17 July 2011

SS: CIRI-CIRI SEBAGAI SEBUAH KARYA SASTERA SEJARAH

1. Tujuan Penulisan:

a. Kegunaan istana – raja dan bangsawan

b. Merakamkan:

i. kebesaran negara kota Melaka

ii. ketinggian martabat kerajaan Melaka

iii. kegemilangan pemerintahan kerajaan Melaka

2. Corak Penceritaan:

a Mengandungi dua corak peristiwa iaitu:-

(i) peristiwa sebenar/fakta sejarah, dan

(ii) peristiwa fantasi, dongeng, mitos/bukan fakta sejarah.

b. Kisah bercampur aduk antara fakta sejarah dan bukan sejarah.

3. Kisah Negara-Kota - Melaka
 

Menitikberatkan peristiwa-peristiwa:

a. Mengagungkan keturunan raja -> melalui unsur ajaib.

Keturunan raja dikaitkan berasal dari keturunan raja agung dan hebat -> iaitu keturunan Iskandar Zulkarnain, Raja dari Mukaduniah yang terkenal hebat, berani dan mempunyai sifat kepahlawanan.

b. Gambaran pemerintahan penuh kebaikan-> adil, gagah, perkasa, berani dan berdaulat.

Contoh 1 : Kemakmuran Melaka dikaitkan dengan peribadi baik sultan pemerintah seperti Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'dDin Riayat Syah.

Contoh 2 : Kait dengan hubungan Melaka -China.

Contoh 3 : Kait raja mulia dan berdaulat peluk Islam.

c. Menonjolkan kebesaran raja Melaka melalui;

(i) gambaran adat-istiadat dan larangan- larangan. Contoh —> mementingkan protokol dan adat-istiadat seperti adat mengadap raja, adat mengarak sejadah, adat pertabalan dan sebagainya.

Contoh -> larangan memakai kain berwarna kuning.
 

-> larangan memakai emas, keris tertentu dan sebagainya.
 

-> larangan bertujuan mengekalkan statusquo.
 

-> kehebatan dan keistimewaan raja.

(ii) Melalui kejayaan Melaka mengatasi negara lain.

(a) Hubungan Melaka dengan China.

(b) Hubungan Melaka -> Pasai dan Iain-Iain .

4. Dari Segi Pertarikhan

a. Sulalatus Salatin tidak mementingkan catatan tarikh berlaku peristiwa-peristiwa terutama peristiwa sejarah sebenar.

b. Pertabalan raja, kelahiran, kemangkatan, hubungan diplomatik tidak disertai tarikh.

c. Jika ada tarikh pun, tidak bertepatan dengan kenyataan sejarah sebenar.

d. Peristiwa sejarah diceritakan seperti laporan.

5. Pengisahan Berpusat kepada satu keturunan

a. Tumpuan kepada keturunan raja pemerintahan Melaka.

b. Keturunan raja Melaka bermula dengan Sultan Muhammad Syah -> diwariskan kepada keturunannya dari sebelah 'ayah'.

c. Pemerintahan-pemerintahan Melaka seterusnya - Sultan Muzaffar Syah -> Sultan Mansur Syah, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah -> Sultan Mahmud Syah.


6. Gaya Penceritaan

a. Mementingkan gambaran kebesaran dan kemasyhuran raja memerintah.

b. Menyanjung kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara-kota. Caranya melalui;

(i) cerita dikaitkan dengan kisah-kisah ajaib,dongeng, mitos, legenda dan fantasi.

(ii) keagungan negara-kota/pemerintahan.

(iii) ketokohan dan kehebatan raja dan pembesar negeri.

c. Memasukkan kisah yang benar-benar berlaku (fakta sejarah sebenar) misalnya sejarah tentang;

(i) kewujudan empayar Melaka dan rantau jajahan takluknya.

(ii) hubungan diplomatik Melaka dengan Siam, China,dan Pasai.

(iii) hubungan Melaka di peringkat antarabangsa.

d. Unsur sejarah adalah bersifat 'pseudosejarah' - sejarah yang dilihat dari perspektif masyarakat dan zaman yang menghasilkannya.

7. Dari Segi Watak

a.Terdiri dari watak-watak dari kalangan:-

(i) Manusia

-> golongan istana (raja dan kerabat) pembesar-pembesar negeri/bangsawan, rakyat jelata/hamba, golongan Arab, India-Muslim dan lain- lain.

(ii) Watak bukan manusia.

-> binatang-binatang seperti lembu putih, semut besar, pelanduk putih, anjing perburuan, cacing gelang-gelang.

-> orang-orang halus seperti hantu, Puteri Gunung Ledang.

8. Dari Segi Struktur Isi Cerita

Struktur isi cerita Sulalatus Salatin menepati ciri-ciri yang biasa ditemui dalam karya corak sastera sejarah iaitu terbahagi kepada 3 bahagian:-

(i) Bahagian awal

(ii) Bahagian kegemilangan

(iii) Bahagian kemerosotan

(i) Bahagian Awal: Kisah awal sesebuah kerajaan/negara kota meliputi kisah;

a. asal-usul keturunan raja- raja

b. kisah pembukaan negara kota

c. kemasukan Islam

Peristiwa dikaitkan dengan cerita mitos, legenda, dongeng dan fantasi.

Contoh dalam teks Sulalatus Salatin;

- Asal usul raja Melaka dikaitkan dari keturunan iskandar Zul-Karnain

- Pembukaan Melaka dikaitkan dengan kejadian aneh -> anjing perburuan ditendang oleh pelanduk putih yang berani dan kemudian ghaib.

- Kemasukan Islam dikaitkan dengan mitos Raja Kecil Besar bermimpi bertemu Rasulullah.

(ii) Bahagian Kegemilangan: meliputi kisah mengenai;

a. Kisah pemerintahan raja-raja pemerintah negara kota.

b. Menonjolkan kebesaran, kejayaan, kehebatan pemerintahan.

c. Peranan negara kota dari segi politik, kebudayaan,perdagangan, pusat penyebaran Islam dan lain-lain.

Contoh Sulalatus Salatin merakam kegemilangan pemerintahan Sultan-Sultan Melaka misalnya:

• Sultan Muzaffar Syah

• Sultan Mansur Syah

• Sultan Alau'd-Din Riayat Syah

d. Kegemilangan Melaka sebagai empayar Melayu terkuat, luas jajahan takluk meliputi Kelantan, Pahang dan Terengganu.

e. Peranan Melaka sebagai pusat pelabuhan terbesar di rantau ini.

f. Peranan Melaka sebagai pusat penyebaran dan pengembangan agama Islam.

g. Peranan Melaka sebagai pusat pengumpulan khazanah hasil-hasil kesusasteraan Islam terpenting.


(iii) Bahagian Kemerosotan: meliputi kisah-kisah:

a. Kemerosotan sesebuah kerajaan dan negara kota dikaitkan dengan kekejaman dan kezaliman raja
memerintah.

b. Berlaku perpecahan di kalangan pembesar.

c. Berleluasa fitnah, amalan rasuah, pilih kasih,ketidakadilan dan sebagainya.

d. Kerajaan lemah senang ditakluki musuh.

Contoh dari teks Sulalatus Salatin;

(i) Menceritakan kekejaman dan kezaliman Sultan Mahmud Syah -> guna kuasa untuk kepentingan diri, kepuasan seks.

(ii) Sultan Mahmud Syah abaikan rakyat, berlaku ketidakadilan, berleluasa amalan rasuah dan pilih kasih.

(iii) Kepentingan raja dan pembesar diutamakan.

(iv) Pentadbiran lemah dan kucar-kacir, pertahanan lemah.

(iv) Portugis menyerang dengan mudah dapat mengalahkan dan menawan Melaka.

No comments:

Post a Comment