17 July 2011

SS-MELAKA DAN HUBUNGAN DIPLOMATIK

HUBUNGAN MELAKA Dl PERINGKAT ANTARABANGSA

Melaka menjalinkan hubungan diplomatik kerajaan degan kerajaan dengan Siam, Majapahit, India, dan China .

Hubungan dengan Kerajaan Siam

Melaka menghantar utusan ke Siam yang terdiri daripada Tun Telanai dan Menteri Tun Jana Putera. Hubungan Melaka dengan Siam dikatakan sepi, “tidak berkelahi dan tidak berdamai."

Melaka ingin bersahabat dan berbaik-baik dengan Siam lalu menghantar utusan sebagai suatu tanda menghulur persahabatan. Antara isi surat raja Melaka kepada raja Siam ialah:

"Surat ini hendakpun tiada dilawani, takut mudarat ke atas nyawa; sungguh di dalam dilawani, terlalu takut akan Paduka Bubunya. Daripada sangat harap akan ampun dan kurnia, maka menyuruhkan Tun Telanai dan Menteri Jana Putera." (Sulalatus Salatin, hlm 108)

Di Siam, utusan dan rombongan Melaka diterima dengan baik. Raja Siam bertanya makna "Mansur Syah". Utusan Melaka memberitahu makna Mansur Syah "raja yang ditolong Allah daripada segala seterunya."

Dipertontonkan kehebatan orang Melaka melalui pertunjukkan lembing. Seorang Suir tua, berpenyakit untut di kaki, bermain lembing, dilambung-lambung, ditahan belakang tetapi tidak luka sebaliknya lembing terpelanting ke tanah.

Rombongan Melaka membantu Siam dengan menentang musuh Siam. Rombongan Melaka berjaya meyakinkan Siam supaya mereka hanya akan menentang musuh yang lebih lebih lemah dan terselamat daripada menghadapi musuh yang lebih kuat dari arah matahari naik. Dengan kebijaksanaan itu, mereka berjaya mengalahkan musuh-musuh Siam. Siam menaruh kepercayaan dan keyakinan pada Melaka sebagai negeri yang kuat dan negeri besar yang setaraf dengan kebesaran Siam. Melaka berjaya dalam usahanya berbaik- baik dengan Siam. Langkah ini dapat menjamin keutuhan Melaka serta meningkatkan kedudukan Melaka setanding dengan kebesaran Siam. Tumpuan dapat diberikan kepada usaha-usaha membangunkan Melaka. Soal keselamatan dapat diatasi.

Hubungan Melaka dengan Majapahit

Kisah hubungan Melaka dengan Majapahit berupa cerita berunsur anakronisme. Melaka telah menghantar rombongan ke Majapahit kerana Sultan Mansur Syah jatuh berahi kepada Puteri Majapahit, Raden Galuh Cendera Kirana yang terkenal cantik. Dengan itu rombongan itu berhasrat meminang puteri Majapahit itu.

Rombongan Melaka terdiri daripada Sultan Mansur Syah, Tun Bijaya Sura, Hang Tuah bersama Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin. Mereka menaiki 500 buah perahu besar, perahu-perahu kecil dan lancaran bertiang tiga dari Singapura.

Ketika di Majapahit, Tun Bijaya Sura dapat selamatkan 40 keris daripada dicuri orang Majapahit. Selain itu Tun Bijaya Sura telah menggertak anjing yang ditambat di hadapan raja Melaka hingga terputus tali tambatan lalulari ke hutan. Hang Jebat dan Hang Kasturi pula masuk ke taman larangan. Apabila mereka ditombaki oleh Jawa, mereka dapat mematahkan serangan. Ketika mengadap Betara Majapahit, Tun Bijaya Sura bermain sapu-sapu rengit. Kain disingsing ke lutut. Pemain berlenjur kaki di depan Betara yang bertujuan menghina Betara.

Tun Bijaya Sura diminta berpakaian cara Jawa.Ketika itulah kerisnya dicuri orang. Walau bagaimanapun beliau dapat menyendal keris Betara Majapahit. Apabila Betara menunjukkan keris Tun Bijaya Sura, Tun Bijaya Sura juga menunjukkan keris Betara.

Setelah menguji kekuatan Melaka, Majapahit mengakui keutuhan Melaka. Kekuatan dan kebijaksanaan hulubalang Melaka melambangkan kebesaran raja Melaka. Majapahit mengakui kekuatan Melaka. Setuju menerima raja Melaka sebagai menantu. Sultan Mansur Syah berjaya berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan Majapahit lebih kukuh kerana diasaskan kepada hubungan kekeluargaan.

Hubungan Melaka dengan China

Rombongan pertama dari Melaka ke China diketuai oleh Tun Perpatih Putih. Rombongan ke China kali pertama ini bertujuan untuk membalas bingkisan dan surat yang dihantar oleh raja China. Raja China telah menghantar "surat" dan bingkis berupa jarum sarat sebuah pilau yang memberi maksud akan kebesaran China dan rakyatnya ramai. Melaka membalas dengan membawa pilau yang sarat diisi sagu rendang.
 

Di China, Tun perpatih Putih memberitahu cara buat sagu. Setiap seorang rakyat Melaka menggentel sagu seorang sebiji. Jumlah sagu dlam pilau itu melambangkan jumlah rakyat Melaka. Tun Perpatih Putih memakai 10 bentuk cincin pada kesepuluh jari kiri dan kanan.

Sewaktu menghadap, pembesar-pembesar China menjeling pada jari beliau. Beliau akan memberi cincin itu pada pembesar China yang menjeling jarinya. Tun Perpatih Putih memberitahu makanan kegemaran orang Melaka islah sayur kangkung tidak dikerat-kerat. Ketika makan, rombongan Melaka terpaksa mendongak untuk menyuap kangkung yang tidak dikerat itu ke mulut. Muslihat ini bertujuan ingin lihat wajah Maharaja China dalam mongkor kaca.
 

Sebagai menghargai raja Melaka, Raja China menghantar Puteri Hang Liu untuk berkahwin dengan raja Melaka. Raja China bersetuju menghantar puterinya disebabkan niatnya supaya raja Melaka mengirim surat sembah ke China. Tun Perpatih Putih beri alasan Raja Melaka tidak dapat datang kerana Melaka berada dalam permusuhan. Hubungan Melaka-China terjalin lebih erat bukan sahaja hubungan diplomatik antara dua negara, juga hubungan keluarga. Selepas itu beras makanan raja China dikupas sama seperti beras makanan Raja Melaka yang juga dikupas, dan orang China jugagemar makan kangkung.

Melaka seterusnya menghantar rombongan ke China untuk kali kedua untuk menghantar surat sembah kepada raja China setelah raja Melaka menjadi menantu. Utusan kali ini diketuai oleh Menteri Jana Putera dan Tun Telanai. Ketika belayar ke China, kapal angkatan Melaka terbias ke Brunei . Raja Brunei bertanya sama ada raja Melaka mengirim sembah ke China. Rombongan Melaka membuat alasan rakyat yang mengirim sembah bukan bukannya raja Melaka. Raja Brunei mengutuskan surat kepada Raja Melaka. Surat Raja Brunei akan di ke Melaka semasa rombongan itu kembali dari China.

Raja China yang menerima sembah daripada Raja Melaka mendapat penyakit kedal diseluruh badan. Seluruh tabib China tidak dapat mengatasi masalah itu. Seorang tabib mencadangkan supaya Raja China minum air basuh kaki raja Melaka untuk mengubati penyakit kedal itu. China menghantar utusan ke Melaka untuk mendapatkan air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Air kaki Sultan mansur Syah itu diminum dan digunakan untuk membasuh badan raja China. Raja China kemudiannya sembuh lalu berikrar tidak akan menerima lagi sembah daripada raja Melaka.

Peristiwa ini memberi gambaran bahawa raja Melaka mempunyai daulat dan kebesaran yang mengatasi kebesaran raja China.

Hubungan Melaka dengan Benua Keling

Hubungan Melaka dengan benua Keling berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Kali ini Hang dilantik Nadim menjadi utusan. Beliau memiliki kepakaran tulis menulis dan melukis corak. Hang Nadim dihantar ke benua Keling atas urusan perniagaan serta membeli kain serasah sebanyak 40 helai. Setiap helai mempunyai 40 perkara.

Di Benua Keling Hang Nadim tidak berkenaan dengan corak kain yang dilukis oleh pelukis-pelukis Keling. Hang Nadim akhirnya melukis sendiri corak kain itu seperti yang dikehendaki oleh raja Melaka. Kemudian pelukis-pelukis Keling meniru corak yang ditunjukkan Hang Nadim. Untuk pulang ke Malaka, Hang Nadim menumpang kapal Hang Isap walaupun sebelum itu seorang sayid bersumpah bahawa kapal Hang Isap akan ditimpa bencana ketika pulang berikutan Hang Isap tidak menjelaskan hutangnya kepada sayid itu. Hang Isap mengaku telah melunaskan segala hutangnya tetapi Saiyid itu tetap bertegas bahawa Hang Isap masih berhutang. Di pertengahan pelayaran kapal Hang Isap telah karam. Kain-kain serasah yang dipesan hanya 4 helai sahaja dapat diselamatkan. Berikutan hal itu, Hang Nadim dimurkai raja Melaka.

SS-Waad

Waad bermaksud perjanjian atau persetiaan antara raja dan rakyat.Raja diwakili oleh Seri Teri Buana manakala rakyat diwakili oleh Demang Lebar Daun.Waad ini dilakukan kerana Seri Teri Buana mahu berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun iaitu Radin Ratna Cendera Puri.Sebelum itu,Seri Teri  Buana telah berkahwin dengan 39 gadis tetapi semuanya menjadi kedal.

Isi Waad:

a. Demang Lebar Daun (pihak rakyat) mahu raja menjaga rakyat, tidak menzalimi rakyat, tidak memalukan rakyat termasuklah tidak mencaci atau mencela rakyat.Sekiranya rakyat melakukan dosa hukum,bunuhlah sahaja.

b.Seri Teri Buana (pihak raja) mahu rakyat tidak menderhaka kepada raja walaupun raja itu zalim.

c.Demang Lebar Daun memberi syarat bahawa jika raja terlebih dahulu mengubah waad,rakyat akan ikut mengubahnya.

Tujuan Waad.

a. Untuk mengukuhkan institui raja.
b. Untuk mewujudkan pemerintahan yg saksama, adil dan berkesan.
c. Untuk menanam rasa setia rakyat kepada raja
d. Untuk menanam rasa hormat rakyat kepada raja

Kesan pelanggaran waad:

a. Bagi pihak raja, mereka akan kehilangan negeri sekiranya melanggar waad yg telah dipersetujui. Contoh kesan pelanggaran oleh Raja Iskandar Syah, menyula dan memalukan anak Sang Rajuna Tapa, Singapura akhirnya jatuh ke tangan Majapahit
b. Bagi pihak rakyat, rumah mereka akan diterbalikkan Allah, bumbungnya ke bawah dan kaki tiangnya ke atas. Contoh kesan pelanggaran waad oleh Sang Rajuna Tapa dengan menderhaka kepada Raja Iskandar Syah iaitu membuka pintu Singapura kepada Majapahit, belaiu suami isteri telah menjadi batu dan bumung rumah mereka diterbalikkan Allah s.w.t

SS-Kezaliman raja

1. Kezaliman Paduka Seri Maharaja thdp Tuan Jana Khatib
- Tuan Jana Khatib yg mahir dlm ilmu khaya lillah tlh dtg ke Singapura. Beliau telah menilik batang pinang di depan istana hingga terbelah dua. Kebetulan peristiwa ini dilihat oleh permaisuri raja. Paduka Seri Maharaja murka kerana menganggap Tuan Jana Khatib sengaja mahu menunjukkan kehandalnnya di hadapn permaisuri. Paduka Seri Maharaja menitahkan agar Tuan Jana kHatib dibunuh. Pembunuhan ini dianggap zalim kerana baginda tidak menyiast terlebih dahulu tujuan Tuan Jana Khatib berbuat demikian.

2. Kezaliman Raja Iskandar Syah
- Raja Iskandar Syah merupakan raja Singapura yg terakhir. Baginda telah memalukan  anak Sang Rajuna Tapa dengan menyulanya di hujung pasar akibat fitnah. Baginda tidak menyiasat terlebih dahulu fitnah yg telah dilemparkan ke atas Sang Rajuna Tapa. Perbuatan yg dianggap zalim oleh Sang Rajuna Tapa ini telah menyebabkannya belot hingga membawa kejatuhan Singapura ke tangan Majapahit.

3. Kezaliman Sultan Mahmud terhadap Tun Ali Sandang dan Tun Isap
- Sultan Mahmud menitahkan Tun Ali Sandang dibunuh hanya kerana cemburukan Tun Ali Sandang yang berada di rumah Tun Dewi semasa baginda ke rumah Tun Dewi. Tun Isap dititahkan membunuh Tun Ali Sandang. Tun Isap melaksanakan tugasnya dan ini menimbulkan kemarahan Seri Wak Raja. Sultan Mahmud menyuruh TunIsap melarikan diri tetapi Tun Isap pulang semula ke Melaka akibat sikap cintakan tanah air. SultanMahmud menyerahkan Tun Isap kepada Seri Wak Raja dlm keadaan tangan terikat. Tun Isap kemudiannya dibunuh oleh Seri Wak Raja.

4. Kezaliman Sultan Mahmud terhadap keluarga Tun Mutahir
- Sultan Mahmud berdendam dengan Tun Mutahir kerana tidak menunjukkan Tun Fatimah kepada baginda dan Tun Fatimah dikahwinkan dengan Tun Ali. Fitnah Kitul dan Raja Mendaliar membuka peluang kepada Sultan Mahmud untuk membunuh Tun Mutahir dan keluarganya. Hanya Tun Fatimah yg tidak dibunuh dan diambil sebagai isteri.

5. Isi-isi lain
- Kezaliman Paduka Seri Maharaja kerana membunuh seorang kanak-kanak pintar yg telah menyelamatkan Singapura dari serangan todak hanya kerana fitnah pembesar
- Kezaliman Sultan Mahmud membunuh adiknya Raja Zainal hanya cemburukan Raja Zainal yg lebih tampan daripadanya
- Kezaliman Sultan Mahmud yg membunuh Seri Bija diraja yg dtg lambat ke istana pada hari raya. juga kerana dendamnya terhadap Seri Bija diraja yg dianggapnya tidak mahu bertuankan baginda lagi

SS-KEPENGARANGAN

1. Penyusun Sulalatus Salatin ialah Tun Muhammad, timang-timangannya Tun Seri Lanang.

2. Berjawatan sebagai Bendahara pada masa pemerintahan Paduka Seri Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah III yang memerintah di Pekan Tua, Batu Sawar, Johor.

3. Berdasarkan isi kandungan Sulalatus Salatin,menampakkan pengarangnya sebagai seorang intelek Melayu yang:

• berminat kepada sejarah dan suasana pergolakan politik di Melaka waktu itu.

• minat membaca naskhah sastera dan sejarah tertua seperti Hikayat Iskandar,Hikayat Raja-Raja Pasai (peristiwa-peristiwa zaman kesultanan Pasai-Semundra.)

• minat membaca berbagai-bagai hikayat daripada kesusasteraan asing seperti:

a. dari kesusasteraan Hindu:

- kisah Raja Suran dan negeri bawah laut.

- kisah di Bukit Si Guntang Mahamiru.

- mengenai binatang suci mengikut kepercayaan Hindu iaitu lembu putih.

- kisah hubungan Melaka -» Benua Keling.


b. dari kesusasteraan Jawa -> cerita Panji dan Cerita Damar Wulan. Contoh:

- kisah Utusan Melaka ke Majapahit.

- peminangan Puteri Galuh Cendera Kirana.

- kisah peminangan Puteri Gunung Ledang.

- meminta mas kahwin yang luar biasa.


c. dari kesusasteraan pengaruh Parsi dan Arab.

Jelas dilihat dari sudut;

- pendahuluan teks -> ada gaya masnawi.

- pembahagian bab-bab /cetera/fasal.

- dimasukkan petikan syair dan bidalan Arab.

- diselitkan ayat-ayat al-Quran.

- dari segi struktur penulisan - mirip gaya "khutbah".

- kalimah-kalimah Arab.

4. Pengarang Sulalatus Salatin merupakan seorang yang kreatif dan artistik kerana dapat menampilkan teks tersebut dalam bentuk yang sangat menarik dan indah (estetik) dari segi persembahannya. Keindahan jelas dari sudut:-

(i) berupaya melukis segala kisah atau gambaranmasyarakat Melayu dengan hidup dan indah.

(ii) menceritakan sesuatu episod dengan nyata dan jelassehingga berjaya mengusik perasaan -> sedih,
menyayat hati, lucu, meriah dan riang gembira.

Contoh:-

(a) gambaran peperangan penuh suasana ngeri dan ganas.

(b) kesan perasaan marah yang tidak terkawal -> dari kata-kata yang diucapkan, contoh;

"Dipertidaknya lelaki kita oleh Betara Majapahit itu, kita dikirimNya subang."

(c) gambaran kebesaran dan kemuliaan berkesan dalam menggambarkan kebesaran kerajaan
China. (Sulalatus Salatin, him. 94)

(iii) berkebolehan menceritakan sesuatu peristiwa denganpenghayatan mendalam, contoh;

- peristiwa tragedi pembunuhan Tun Besar.

- tragedi pembunuhan Bendahara Seri Maharaja
 

(iv) berupaya melukis watak dengan lebih hidup, istimewa dan bercampur dengan unsur lucu. Contoh, watak TunMai Ulat Bulu, Seri Bija Diraja, Seri Wak Raja, MiaRuzul dengan kambing randuk dan Iain-Iain.

(v) menerapkan gaya bahasa indah dan menarik dengan gaya bahasa yang bermutu tinggi.

(vi) menggunakan pelbagai teknik bercerita seperti teknik dialog, monolog dan monolog dalaman, menyelitkan pantun, syair dan bidalan Arab yang menimbulkan kesan keindahan dan menarik ketika membaca teks tersebut.

SS-UNSUR-UNSUR ISLAM

Penceritaan mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimitoskan dengan tujuan untuk mengagungkan Islam dan menunjukkan keistimewaan raja itu sendiri. Penceritaannya memberi gambaran bahawa Islam benar-benar berkembang di Melaka, bermula dari istana Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam ialah Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Syah. Gelaran Sultan diguna pakai setelah Raja Melaka memeluk Islam.


Unsur Islam juga dapat dilihat daripada penyebutan dan penonjolkan tokoh-tokoh dan lama-ulama Islam.

Antaranya Iskandar Zul-Karnian, yang merupakan tokoh pahlawan Islam yang terkenal gagah dan berani dalam menaikkan martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja Melaka yang bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja-raja Melaka.

Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah, tokoh-tokoh nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Khidir. Sulalatus Salatin menceritakan pernikahan Raja Iskandar Zul-Karnain dengan Puteri Syahrul-Bariyah disempurnakan oleh Nabi Khidir. Mas kahwinnya sebanyak 300 ribu dinar emas (Cetera 1).

Tokoh-tokoh pendakwah Islam, iaitu ulama-ulama Islam dari Asia Barat (TimurTengah) datang ke Melaka bertujuan mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana Melaka. Tokoh-tokoh tersebut seperti Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf, dan Maulana Sadar Jahan.

Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama dalam soal-soal berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan.

Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga terlihat dalam perjalanan adat-lstiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. la meliputi hal-hal seperti upacara akad nikah kahwin, dan perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raja Korban. Selain gambaran Islam juga dapat dilihat melalui adat berkhatan.



Menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya wasiat kepada Raja Ahmad (timang-timangan Raja Hussain) (Sulalatus Salatin, hlm. 171-172) dan wasia`t Sultan Alau'd-Din Riayat Syah kepada Sultan Mahmud (Raja Mamad) (Sulalatus Salatin, hlm.186-187). Melalui wasiat, banyak didapati unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.

Unsur Islalm dalam Sulalatus Salatin juga ketara melalui penyebutan tentang kewujudan karya-karya Kesusasteraan Islam di Melaka contohnya Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikyat Amir Hamzah. Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglima-panglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang musuh/Peringgi. (Sulalatus Salatin, hlm. 268-269)

Penceritaan dalam Sulalatus Salatin diselitkan dengan puisi Arab iaitu syair. Pengggunaan puisi atau bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika pada teks tersebut. Lebih jelas menunjukkan keupayaan orang-orang Melaka menguasai seni sastera ini dalam penulisan karya agung itu. Perkara ini jelas dipaparkan dalam peristiwa Sultan Mahmud yang melihat kecantikan Tun Fatimah. Sulalatus Salatin menceritakan hal tersebut melalui syair Arab;

             
    Ma yarji'u al-taffu 'ainnahu 'inda ru'yatihi, Hatta yu' ada i-laiya al-taffa musytaqu,

yakni tiada akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia, hingga berkelip kepadanya kelopak mata, makin bertambah dendam juga, adanya. (Sulalatus Salatin, hlm 251 )

Sulalatus Salatin juga menyentuh tentang corak pendidikan dan perkembangan ilmu keislaman. Istana igambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Pasai dikatakan menjadi sebagai pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah mengikut mazhab Shafie. Istana dijadikan pusat pengajaran Islam dengan sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu.

Ulama-ulama, guru-guru agama dan pendakwah berkumpul di istana. Contohnya, Maulana Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusuf mengajar tasawuf. Sultan Mahmud turut belajar ilmu agama.

Kitab-kitab agama seperti Kitab Duri'l-Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab ini. Diceritakan juga tentang utusan dari Melaka ke Pasai untuk menyelesaikan masalah-masalah berkait ilmu Islam kerana di Pasai ramai ulama-ulama berkumpul bermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman.

Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga tergambar melalui teknik penulisannya. Mukadimah Sulalatus Salatin dimulai dengan Bismillahir-rahmanir-rahim...

Dalam mukadimah disertakan ayat-ayat al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam bahasa Melayu. Struktur penulisan seperti ini adalah teknik yang biasa dalam karya-karya Arab-Parsi. Pada tiap-tiap akhir cetera, pengarang menutupnya dengan ayat "Wa'llahu a'lamu bi's-sawab, wa illaihi 'Imarji'u wa 'l-ma'ab." .Hanya pada akhir cetera ke XV sahaja diakhiri dengan ayat " Wa'llahu a'lam."

Terdapat juga struktur penulisan menggunakan gaya khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat yang meleret-leret dalam wasiat. Selain itu kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya Syahbandar, alam, bahari, sahibul hikayat dan Iain-Iain.

SS-GAMBARAN MELAKA MENERIMA AGAMA ISLAM

Melaka menerima Islam pada zaman pemerintahan Raja Kecil Besar. Nama Islamnya Sultan Muhammad Syah. Sulalatus Salatin menunjukkan raja Melaka memeluk Islam berbeza dengan rakyat jelata. Pengislman Raja Melaka dikaitkan dengan mitos. Raja Kecil Besar digambarkan menerima Islam secara langsung dari Rasulullah s.a.w melalui mimpi.

Diceritakan pada suatu malam Raja Kecil Besar bermimpi. Dalam mimpi baginda telah berpandangan dengan keelokan Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w mengajar baginda mengucap dua kalimah syahadat.

Rasulullah s.a.w menitahkan baginda menukar nama kepada Sultan Muhammad Syah. -Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa keesokan hari pada waktu Asar akan sampai sebuah kapal dari Jeddah dan orang-orang dari kapal itu akan bersembahyang di pantai Melaka. Rasulullah menitahkan baginda menurut kata-kata orang dari kapal itu. Raja Kecil Besar berjanji akan menurut segala kata-kata dan perintah Rasulullah. Kemudian Rasulullah pun ghaib dan baginda terjaga dari mimpi.

Keesokan harinya pada hari siang, baginda mendapati badan baginda berbau narawastu. "Kalam" baginda seperti sudah dikhatankan. Mulut baginda menyebut kalimah syahadat tiada berhenti-henti.

Kelakuan dan tingkah laku Raja Kecil Besar dianggap aneh. Raja Perempuan bimbang melihat perlakuan raja dan memberitahu Bendahara. Ketika Bendahara sampai, baginda masih menyebut "la ilaha i'l Allah, Muhammad-ar-rasulullah." (Sulalatus Salatin, hal 73)

Sultan menceritakan kepada Bendahara tentang mimpinya. Bagi membuktikan bahawa kata-kata baginda adalah benar, ditunjukkan alamat iaitu kalam baginda seperti dikhatankan orang. Baginda juga menyampaikan sabda Rasulullah akan kedatangan sebuah kapal dari Jeddah pada waktu Asar nanti.

Segala cerita mimpi raja itu didapati benar-benar berlaku. Pada waktu Asar, sebuah kapal dari Jeddah berlabuh di Melaka. Makhdum kapal itu bernama Syed Abdul Aziz. Mereka turun bersembahyang di pantai Melaka. Orang-orang Melaka hairan melihat kelakuan orang bersembahyang, "Mengapa orang itu tunggang-tunggik?" ( Sulalatus Salatin, hal 73)

Raja Kecil Besar berserta pembesar negeri datang ke pelabuhan menjemput Makhdum dan rombongan ke istana. Raja dan pembesar diislamkan. Mereka diajar bersembahyang oleh Makhdum.

SS-ASPEK KETATANEGARAAN

Takrif ketatanegaraan

Ketatanegaraan berasal dan perkataan tatanegara yang bermaksud, "aturan dan susunan negara." (Zainul Abidin Safuwan, Kamus Bahasa Melayu Utusan, Utusan Pub. Dist. hlm 1383)

Manakala Kamus Dewan memberi makna tatanegara itu sebagai "susunan dan bentuk pemerintahan negara dan ketatanegaraan pula bermakna, hal yang berkaitan dengan tatanegara seperti politik dan lain-Iain lagi. "( Kamus Dewan, DBP, hlm 1383)


KONSEP RAJA

Raja merupakan orang dan institusi terpenting dalam sebuah pemerintahan. Raja orang yang sangat, mulia dan mempunyai berbagai-bagai kelebihan. Pengarang Sulalatus Salatin meletakkan raja setaraf dengan nabi dan sebagai pengganti Allah di muka bumi (wasiat Bendahara Paduka Raja Tun Perak)

Raja berkuasa mutlak dan menjadi penghubung antara rakyat dengan roh nenek moyang.

Konsep raja berkait rapat dengan keagamaan. Ini bertujuan memperkuatkan kepercayaan rakyat terhadap kebesaran dan kemuliaan raja. Sulalatus Salatin mengaitkan keturunan raja dengan Iskandar Zulkarnain , keturunan raja yang agung dalam sejarah dunia.

Raja mempunyai sifat mulia dan luar biasa yang dikaitkan dengan cerita mitos, misalnya keturunan Raja Suran di Bukit Si Guntang.
Raja memiliki "daulat". Kebolehan luar biasa dikaitkan dengan daulat, contoh daulat raja-raja Melayu dalam Sulalatus Salatin, misalnya;Seri Teri Buana boleh menawarkan air masin.

Raja China pula mendapat penyakit kedal setelah menerima surat sembah raja Sultan Mansur Syah Melaka. Penyakit itu hanya boleh diubati dengan cara Raja China mesti minum air basuh kaki raja Melaka.

Sang Rajuna Tapa yang belot kepada Raja Singapura mendapat tulah iaitu suami isteri menjadi batu.


KONSEP DAULAT DAN DERHAKA

Konsep ini berkait rapat dengan unsur keagamaan dan kepercayaan rakyat meyakini sesiapa derhaka kepada raja akan mendapat balasan di akhirat.

Kewujudan konsep 'daulat dan derhaka' terhasil daripada waadat antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana. Peristiwa waadat ialah manifestasi pengakuan rakyat akan kedaulatan raja dan rakyat tidak boleh derhaka kepada raja walau dalam apa keadaan sekalipun. Contoh:

(i) Bendahara Paduka Raja Tun Perak tidak membenarkan anak buahnya bertindak balas ke atas Raja Muhammad walaupun anaknya (Tun Besar) dibunuh.

(ii) Bendahara Seri Maharaja tidak menentang hukuman bunuh yang dititahkan Sultan Mahmud Syah walaupun beliau tidak bersalah. Bendahara lebih rela dibunuh daripada menderhaka kepada rajanya.

Kedudukan raja diperkukuhkan lagi dengan alat- alat kebesaran dan peraturan-peraturan, larangan-larangan yang dikenakan dalam hubungan raja-rakyat.

KONSEP KERAJAAN

Konsep kerajaan dalam konteks Melayu merujuk kepada;

"satu organisasi besar yang dipimpin oleh, raja dan pembesar-pembesar dalam menjalankan pemerintahan ke atas golongan rakyat bagi sesebuah negeri dan jajahan takluknya." (Harun Daud, hlm. 95)

Kewujudan kerajaan disahkan lagi dengan adanya alat kebesaran kerajaan sebagai bukti kuasa raja yang memerintah.

Ketiga-tiga putera Raja Suran yang turun di Bukit Si Guntang Mahamiru turut membawa bersama alat kebesaran kerajaan seperti mahkota, pedang, curik dan lembing serta cap kempa.

Setiap kerajaan Melayu memiliki alat-alat kebesaran diraja yang tersendiri.



KONSEP NEGERI

Konsep negeri bagi Melaka ialah "bukan sahaja terdiri dari Melaka. malah semua negeri atau jajahan takluknya." (Harun Daud. hlm 97)

Hubungan antara raja dan rakyat terjamin melalui undang-undang dan larangan. Fungsi undang- undang dan larangan untuk keamanan dan mengekalkan taat setia rakyat kepada pemerintah.
 

Raja memerlukan negeri untuk membentuk kerajaan. Tempat-tempat yang dibuka dijadikan negeri biasanya tempat yang strategik dan mempunyai keistimewaan yang tertentu. Pembukaan sesebuah negeri dikaitkan dengan unsur mitos untuk menunjukkan bahawa tempat yang dibuka itu membawa "tuah" atau kelebihan yang tersendiri.


SISTEM PEMERINTAHAN

Masyarakat Melayu tradisional khasnya Melaka mengamalkan sistem pemerintahan beraja secara mutlak. Yang dimaksudkan secara mutlak ini ialah:

Raja berkuasa sepenuhnya. Raja menduduki strata paling tinggi. Mempunyai kuasa autoriti, kuasa penuh ke atas rakyat dan berkuasa penuh dalam urusan kerajaan.

Raja merupakan golongan yang merintah dan rakyat merupakan golongan yang diperintah. Persetujuan ini hasil dari waadat antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun.

Kedudukan raja tidak boleh diganggu gugat. Raja boleh berbuat apa sahaja dan tidak boleh dibantah, misalnya menjatuhkan hukuman mati.

Pengganti raja ditentukan oleh raja pemerintah. Bianya mengikut keturunan sebelah ayah. Selain itu raja ditentukan pelantikannya melalui wasiat, misalnya perlantikan Sultan Mahmud Syah sebagai ganti memerintah dari wasiat ayahandanya Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.

Pemerintahan negeri dibantu oleh pembesar- pembesar negeri melaksanakan perintah raja.

Hubungan raja dan pembesar sangat erat dan kadang-kadang wujud pertalian darah misalnya puteri Bendahara dikahwini oleh sultan.

Pembesar-pembesar Negeri

Pembesar memainkan peranan utama dalam kerajaan Melayu Melaka seperti Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Syahbandar.

Pembesar negeri dilantik oleh raja. Tugas dan kedudukan pembesar mengikut bidang tugas masing-masing;


KECEMERLANGAN DAN KEMALAPAN KUASA POLITIK


Kuasa Politik Melaka melalui empat tahap perkembangan iaitu
 

Tahap1 :
 

Meliputi tahap pembukaan Melaka meliputi masa pemerintahan Raja Iskandar Syah, Raja Besar Muda dan Raja Tengah .

Tahap 2 :
 

Zaman pengukuhan kerajaan Melaka yang berlangsung pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah dan Sultan Abu Syahid.

Tahap 3 :
 

Zaman kegemilangan Melaka yang berlangsung pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.


Tahap 4 :
 

Zaman kejatuhan Melaka yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah.

Pembukaan Melaka

Sulalatus Salatin menceritakan Melaka dibuka oleh Raja Iskandar Syah yang lari dari Singapura. Pembukaan Melaka dikaitkan dengan mitos Raja Iskandar Syah melihat kejadian aneh iaitu seekor pelanduk putih menendang anjing perburuan jatuh ke sungai. Ketika kejadian Raja Iskandar Syah menyandar di bawah sepohon pokok bernama Melaka.

Melaka mula bertapak sebagai kuasa politik yang kuat dan disegani yang dilihat pada kejayaan Melaka mengatasi ancaman daripada Siam.

Tahap Kegemilangan

Puncak kegemilangandan kejayaan Melaka dicapai pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.

Melaka berperanan sebagai empayar Melayu yang kuat dan besar. Melaka muncul sebagai pusat perdagangan, pusat persinggahan timur dan barat dan pusat pengembangan Islam dan hasil-hasil kesusasteraan Melayu dan Islam di kepulauan Melayu.

Kegemilangan Melaka dikaitkan dengan kewibawaan pembesar-pembesar negeri yang berjaya mentadbir Melaka dengan penuh kebijaksanaan.

Ketika ini Melaka melaksanakan dasar perluasan tanah jajahan dan berjaya menakluki Pahang. Keturunan raja Melaka memerintah Pahang misalnya Raja Muhammad.

Melaka juga menakluki Inderagiri, Jambi, Siantan, Kampar dan Siak, Haru, Manjong dan Beruas, Kelantan dan Terengganu.

Tahap Kejatuhan
 

Kerajaan Melayu Melaka mulai mengalami zaman kejatuhan pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Faktor kejatuhan Melaka berkait rapat dengan corak pemerintahan baginda yang lemah.

Sultan Mahmud mementingkan hawa nafsu lebih daripada kepentingan negara dan rakyat. Sultan Mahmud Syah dianggap gila perempuan.

Sultan Mahmud juga bersifat kejam dan gemar menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa. Baginda telah membunuh Tun Ali Sandang kerana menghalang hajatnya pada Tun Dewi dan membunuh Bendahara Seri Maharaja kerana Bendahara tidak menunjukkan Tun Fatimah kepada baginda.

Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud, amalan rasuah berluasa di kalangan pembesar negeri. Misalnya pengikut- pengikut Tun Hassan Temenggung terima rasuah daripada pekedai-pekedai. Saudagar-saudagar memberi persembahan harta benda kepada pembesar untuk tujuan- tujuan tertentu.

Selain itu amalan fitnah memfitnah, hasad dengki dan dendam berluasa. Semuanya berpunca kerana meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan kerajaan dan negeri.
 

Akhirnya kejatuhan Melaka dimuktamadkan dengan penaklukan oleh Portugis.

SS-Pembesar Melaka

Bendahara


Bendahara merupakan pembesar negeri yang paling kanan yang menjadi ketua penasihat kepada sultan. Bendahara bertindak sebagai pemangku sultan sekiranya sultan masih kecil. Misalnya Bendahara Paduka Raja Tun Perak menjalankan pemerintahan sewaktu Sultan Mahmud Syah kecil.

Bendahara kerkuasa menyelesaikan masalah tertentu tanpa merujuk kepada sultan. Misalnya Bendahara Seri Maharaja menyelesaikan perselisihan antara Raja Mendaliar dengan Nina Sura Dewana.

Bendahara juga berkuasa memberi arahan tanpa perintah raja. Selain itu bendahara bertindak sebagai pemimpin tentera dalam peperangan.

Bendahara berkuasa dan berpengaruh dalam melantik dan memilih pengganti sultan. Bendahara Paduka Raja Tun Perak enggan menyembah Raja Muhammad (Raja Muda) setelah tragedi pembunuhan Tun Besar menyebabkan Sultan Mansur Syah terpaksa "mengalah" dan menyingkirkan Raja Muhammad dari takhta Melaka dan dirajakan di Pahang.

Kedudukan Bendahara hampir setaraf dengan raja. Kebesarannya jelas dilihat sewaktu raja mengadakan majlis-majlis jamuan istana. Hanya Bendahara yang layak makan sehidangan dengan anak raja.


Penghulu Bendahari

Penghulu Bendahari bertanggungjawab sebagai Bendahari Raja. Bidang tugasnya memungut hasil negeri terrnasuk yang dipungut oleh syahbandar.

Penghulu Bendahari juga menyimpan daftar bilangan hamba selain mengurus kelengkapan dalam istana, misalnya menyuruh penghulu balai menghiasi balai, membentang tikar, menggantung tabir dan langit-iangit.

Selain itu Penghulu Bendahari memegang usungan di sebelah kanan apabila raja berangkat secara berusungan pada hari raya.

Gelaran untuk Penghulu Bendahari ialah Seri Nara Diraja.


Temenggung

Temenggung bertanggungjawab atas pelaksanaan undang- undang dan peraturan negeri terutama mengenai keselamatan. Temenggung menangkap orang bersalah dan menjalankan hukuman.

Temenggung melaksanakan kawalan dalam negeri. Perkara ini dilihat jelas pada waktu Melaka diancam oleh pencuri-pencuri sewaktu pemerintahan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.

Temenggung bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibatkan protokol seperti dalam majlis mengatur tempat duduk pembesar-pembesar negeri mengikut status masing--masing.

Temenggung turut mengepalai gajah ketika raja berangkat menaiki gajah.


Syahbandar

Syahbandar dianggap sebagai raja segala dagang. Syahbandar bertanggungjawab atas segala urusan di Kuala seperti nemeriksa perahu yang masuk dan keluar. Selain itu tugas Syahbandar

menyelia pedagang-pedagang yang menurunkan barang-oarang dari kapal dan memungut cukai daripada pedagang- pedagang. 


Laksamana

Laksamana dilantik daripada keturunan hulubalang. Laksamana bertanggungjawab menjaga negeri daripada ancaman baik di laut mahupun di darat. Contohnya, Hang Tuah menghalang Semerluki dari Makasar yang datang merosakkan tanah jajahan Melaka.
 

Laksamana juga memikul pedang kerajaan dalam istiadat rasmi. Sulalatus Salatin menceritakan bagaimana Hang Tuah diberi pengiktirafan yang begitu tinggi setelah berjasa kepada raja dengan membunuh Hang Jebat yang menderhaka.

Selain itu Laksamana akan memikul pedang kerajaan di bahagian belakang gajah ketika raja bergajah.

Laksamana turut hadir bersama Temenggung ketika Bendahara membicarakan orang.
 

Laksamana juga bertugas menjaga keselamatan dan maruah Bendahara sekiranya ada yang menghina atau berlaku biadap terhadap Bendahara. Misalnya Laksamana Khoja Hassan tidak teragak-agak membunuh Tun Perpatih Hitam yang berkelakuan kurang sopan iaitu menguis tikar dengan kaki di hadapan Bendahara Seri Maharaja.
 

Laksamana juga bertugas sebagai pengawal istana.

SS-Isi Kandungan Sulalatus Salatin

Bersifat cerita, meliputi cerita:-

(i) Berasaskan fakta-fakta sejarah seperti;

(a) kisah raja-raja memerintah Melaka.

Contoh:-

- Sultan Muzaffar Syah

- Sultan Mansur Syah

- Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah

- Sultan Mahmud Syah dan Iain-Iain.

(b) Kisah perhubungan dan dasar luar Melaka dengan negara-negara jiran dan negara-negara
 
luar seperti Melaka dengan;

- Negeri Siam

- Benua China

- Benua Keling

- Pasai

- Pahang dan sebagainya.

(c) Kisah-kisah peperangan dan penaklukan.

Contoh:-

- kedatangan Peringgi dan penguasaannya ke atas Melaka.

- Penaklukan Melaka ke atas Siak, Kampar, Pahang dan Iain-Iain.


(ii) Cerita bersifat fiksyen dan mitos. Contoh:

- kisah Raja Suran turun ke negeri bawah laut (Dika).

-kisah-kisah di Bukit Si Guntang.

-kisah-kisah mitos seperti,

(a) mitos pembukaan tempat dan negeri, seperti pembukaan Pasai, Singapura dan Melaka.

(b) mitos kemasukan Islam di Melaka.

(c) mitos peminangan Puteri Gunung Ledang.

SS: CIRI-CIRI SEBAGAI SEBUAH KARYA SASTERA SEJARAH

1. Tujuan Penulisan:

a. Kegunaan istana – raja dan bangsawan

b. Merakamkan:

i. kebesaran negara kota Melaka

ii. ketinggian martabat kerajaan Melaka

iii. kegemilangan pemerintahan kerajaan Melaka

2. Corak Penceritaan:

a Mengandungi dua corak peristiwa iaitu:-

(i) peristiwa sebenar/fakta sejarah, dan

(ii) peristiwa fantasi, dongeng, mitos/bukan fakta sejarah.

b. Kisah bercampur aduk antara fakta sejarah dan bukan sejarah.

3. Kisah Negara-Kota - Melaka
 

Menitikberatkan peristiwa-peristiwa:

a. Mengagungkan keturunan raja -> melalui unsur ajaib.

Keturunan raja dikaitkan berasal dari keturunan raja agung dan hebat -> iaitu keturunan Iskandar Zulkarnain, Raja dari Mukaduniah yang terkenal hebat, berani dan mempunyai sifat kepahlawanan.

b. Gambaran pemerintahan penuh kebaikan-> adil, gagah, perkasa, berani dan berdaulat.

Contoh 1 : Kemakmuran Melaka dikaitkan dengan peribadi baik sultan pemerintah seperti Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'dDin Riayat Syah.

Contoh 2 : Kait dengan hubungan Melaka -China.

Contoh 3 : Kait raja mulia dan berdaulat peluk Islam.

c. Menonjolkan kebesaran raja Melaka melalui;

(i) gambaran adat-istiadat dan larangan- larangan. Contoh —> mementingkan protokol dan adat-istiadat seperti adat mengadap raja, adat mengarak sejadah, adat pertabalan dan sebagainya.

Contoh -> larangan memakai kain berwarna kuning.
 

-> larangan memakai emas, keris tertentu dan sebagainya.
 

-> larangan bertujuan mengekalkan statusquo.
 

-> kehebatan dan keistimewaan raja.

(ii) Melalui kejayaan Melaka mengatasi negara lain.

(a) Hubungan Melaka dengan China.

(b) Hubungan Melaka -> Pasai dan Iain-Iain .

4. Dari Segi Pertarikhan

a. Sulalatus Salatin tidak mementingkan catatan tarikh berlaku peristiwa-peristiwa terutama peristiwa sejarah sebenar.

b. Pertabalan raja, kelahiran, kemangkatan, hubungan diplomatik tidak disertai tarikh.

c. Jika ada tarikh pun, tidak bertepatan dengan kenyataan sejarah sebenar.

d. Peristiwa sejarah diceritakan seperti laporan.

5. Pengisahan Berpusat kepada satu keturunan

a. Tumpuan kepada keturunan raja pemerintahan Melaka.

b. Keturunan raja Melaka bermula dengan Sultan Muhammad Syah -> diwariskan kepada keturunannya dari sebelah 'ayah'.

c. Pemerintahan-pemerintahan Melaka seterusnya - Sultan Muzaffar Syah -> Sultan Mansur Syah, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah -> Sultan Mahmud Syah.


6. Gaya Penceritaan

a. Mementingkan gambaran kebesaran dan kemasyhuran raja memerintah.

b. Menyanjung kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara-kota. Caranya melalui;

(i) cerita dikaitkan dengan kisah-kisah ajaib,dongeng, mitos, legenda dan fantasi.

(ii) keagungan negara-kota/pemerintahan.

(iii) ketokohan dan kehebatan raja dan pembesar negeri.

c. Memasukkan kisah yang benar-benar berlaku (fakta sejarah sebenar) misalnya sejarah tentang;

(i) kewujudan empayar Melaka dan rantau jajahan takluknya.

(ii) hubungan diplomatik Melaka dengan Siam, China,dan Pasai.

(iii) hubungan Melaka di peringkat antarabangsa.

d. Unsur sejarah adalah bersifat 'pseudosejarah' - sejarah yang dilihat dari perspektif masyarakat dan zaman yang menghasilkannya.

7. Dari Segi Watak

a.Terdiri dari watak-watak dari kalangan:-

(i) Manusia

-> golongan istana (raja dan kerabat) pembesar-pembesar negeri/bangsawan, rakyat jelata/hamba, golongan Arab, India-Muslim dan lain- lain.

(ii) Watak bukan manusia.

-> binatang-binatang seperti lembu putih, semut besar, pelanduk putih, anjing perburuan, cacing gelang-gelang.

-> orang-orang halus seperti hantu, Puteri Gunung Ledang.

8. Dari Segi Struktur Isi Cerita

Struktur isi cerita Sulalatus Salatin menepati ciri-ciri yang biasa ditemui dalam karya corak sastera sejarah iaitu terbahagi kepada 3 bahagian:-

(i) Bahagian awal

(ii) Bahagian kegemilangan

(iii) Bahagian kemerosotan

(i) Bahagian Awal: Kisah awal sesebuah kerajaan/negara kota meliputi kisah;

a. asal-usul keturunan raja- raja

b. kisah pembukaan negara kota

c. kemasukan Islam

Peristiwa dikaitkan dengan cerita mitos, legenda, dongeng dan fantasi.

Contoh dalam teks Sulalatus Salatin;

- Asal usul raja Melaka dikaitkan dari keturunan iskandar Zul-Karnain

- Pembukaan Melaka dikaitkan dengan kejadian aneh -> anjing perburuan ditendang oleh pelanduk putih yang berani dan kemudian ghaib.

- Kemasukan Islam dikaitkan dengan mitos Raja Kecil Besar bermimpi bertemu Rasulullah.

(ii) Bahagian Kegemilangan: meliputi kisah mengenai;

a. Kisah pemerintahan raja-raja pemerintah negara kota.

b. Menonjolkan kebesaran, kejayaan, kehebatan pemerintahan.

c. Peranan negara kota dari segi politik, kebudayaan,perdagangan, pusat penyebaran Islam dan lain-lain.

Contoh Sulalatus Salatin merakam kegemilangan pemerintahan Sultan-Sultan Melaka misalnya:

• Sultan Muzaffar Syah

• Sultan Mansur Syah

• Sultan Alau'd-Din Riayat Syah

d. Kegemilangan Melaka sebagai empayar Melayu terkuat, luas jajahan takluk meliputi Kelantan, Pahang dan Terengganu.

e. Peranan Melaka sebagai pusat pelabuhan terbesar di rantau ini.

f. Peranan Melaka sebagai pusat penyebaran dan pengembangan agama Islam.

g. Peranan Melaka sebagai pusat pengumpulan khazanah hasil-hasil kesusasteraan Islam terpenting.


(iii) Bahagian Kemerosotan: meliputi kisah-kisah:

a. Kemerosotan sesebuah kerajaan dan negara kota dikaitkan dengan kekejaman dan kezaliman raja
memerintah.

b. Berlaku perpecahan di kalangan pembesar.

c. Berleluasa fitnah, amalan rasuah, pilih kasih,ketidakadilan dan sebagainya.

d. Kerajaan lemah senang ditakluki musuh.

Contoh dari teks Sulalatus Salatin;

(i) Menceritakan kekejaman dan kezaliman Sultan Mahmud Syah -> guna kuasa untuk kepentingan diri, kepuasan seks.

(ii) Sultan Mahmud Syah abaikan rakyat, berlaku ketidakadilan, berleluasa amalan rasuah dan pilih kasih.

(iii) Kepentingan raja dan pembesar diutamakan.

(iv) Pentadbiran lemah dan kucar-kacir, pertahanan lemah.

(iv) Portugis menyerang dengan mudah dapat mengalahkan dan menawan Melaka.

SS-Pengenalan

a. "Sulalatus Salatin" (nama dalam bahasa Arab).

b. Nama lain ialah SEJARAH MELAYU lebih popular.

c. Sulalatus Salatin bermaksud "Salasilah Sultan-sultan" atau Peraturan Segala Raja-raja.

d. Naskhah asal Sulalatus Salatin -» dipercayai Hikayat Melayu yang dibawa dari Goa.

e. Dipercayai naskhah awal tamat penulisannya sebelum tahun Masihi 1536. Disusun semula pada tahun 1612.