JABATAN PELAJARAN PERAK
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Arahan kepada calon:
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN.
Jawab empat soalan sahaja: satu daripada
tiap-tiap Bahagian A, B, C, D.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung
[ ].
Bahagian A : Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional
Jawab satu soalan sahaja
1 Kemunculan Kerajaan Melayu Acheh pada
abad ke 16 telah memperlihatkan perkembangan pesat
kesusasteraan Melayu Islam di Nusantara.
(a) Namakan dua pemerintah Kerajaan Melayu Acheh
pada abad
tersebut. [
4 ]
(b) Jelaskan dasar-dasar pemerintah yang membawa kemajuan
kesusasteraan Melayu Islam
di
Acheh. [
9 ]
(c) Senaraikan tokoh pengarang serta karya yang
dihasilkan pada zaman Kerajaan Melayu Aceh. [12]
2 Tun Sri Lanang merupakan tokoh
cendekiawan Melayu tradisional
yang memainkan peranan penting
pada zaman Kesusasteraan Melayu tradisional.
(a) Nyatakan latar belakang
tokoh ini. [
10 ]
(b) Jelaskan peranan tokoh dalam perkembangan kesusasteraan
Melayu. [ 6 ]
(c) Huraikan dua sumbangan penulisan tokoh
ini. [ 9 ]
Bahagian B: Karya Agung
Jawab satu soalan sahaja
3 Waadat merupakan perjanjian yang
dipersetujui antara pihak raja dan rakyat. Berdasarkan teks Sulalatus
Salatin Sejarah Melayu:
(a) Jelaskankan peristiwa yang menyebabkan
terjadinya waad antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar
Daun. [
5 ]
(b) Nyatakan syarat-syarat waad
tersebut. [14]
(c) Huraikan satu peristiwa perlanggaran waad:
(i) pihak
raja
[ 3 ]
(ii) di pihak
rakyat [
3 ]
4 Baca petikan di bawah ini, dan
jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Dari pagi-pagi
hari Seri Rakna Wikrama sudah keluar diadap orang, dan Tun Perpatih Pandak pula
masuk mengadap. Maka titah baginda pada Tun Perpatih Pandak. "Sekaranglah
baik kita adu Badang dengan Benderang." Maka sembah Tun Perpatih Pandak,
"Tuanku, pada bicara patik, janganlah ia kita adu, kerana jikalau
alah salah seorang, takut menjadi mufarik tuanku dengan paduka adinda."
Maka Seri Rakna Wikrama pun tersenyum mendengar sembah Tun Perpatih Pandak.
Maka titah baginda, "Benarlah seperti kata Tun Perpatih itu." Maka Benderang
pun dititahkan baginda merenangkan rantai terlalu besar, bersama-sama dengan
Badang; disuruh bubuhkan di belakang Siram, supaya kapal tiada boleh lalu. Maka
direntangkannyalah di belakang Siram; setelah itu keduanya dipersalin baginda.
Maka Tun Perpatih Pandak pun bermohonlah kembali; maka Seri Rakna Wikrama pun
memberi surat dan kiriman akan raja Perlak. Maka Tun Perpatih Pandak dipersalin
baginda, maka surat pun diarak oranglah ke perahu, maka Tun Perpatih Pandak pun
belayarlah kembali ke Perlak.
(Dipetik
daripada A. Samad Ahmad [peny], 2003,
Sulalatus
Salatin Sejarah Melayu (Edisi Pelajar),
Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, halaman 53
(a) Huraikan
maksud rangkai kata “kerana jikalau alah salah seorang, takut
menjadi mufarik tuanku dengan paduka adinda”. [
3]
(b) Perihalkan kisah yang terjadi sebelum
peristiwa di
atas. [12]
(c) Jelaskankan
peristiwa-peristiwa lain yang menunjukkan kekuatan Badang. [10]
Bahagian C: Prosa Melayu Tradisional
Jawab satu soalan sahaja
5 Baca petikan di bawah ini dan jawab
soalan-soalan yang mengikutinya
.
Setelah sudah ia
mandi, maka ia pun mengambil bunga pacar piring dan bunga pakan hutan
ditaburkannya dihadapan pemujaan itu dan setengah disangkutnya kepada
pertapaannya itu. Maka dikikisnya kulit kakinya diperbuatnya dupa. Maka Sang
Bimanyu pun berdirilah sebelah kaki sambil berpeluk tubuh, “Pertitis” nama pujaannya
itu.
(
Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, 2003.
Hikayat
Pendawa Lima dalam Mutiara Sastera Melayu Tradisional
Dewan
Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur,halaman 85-86)
(a) Siapakah
yang bersama-sama Sang Bimanyu semasa melakukan pemujaan diatas
dan
nyatakan
peranannya [
3 ]
(b) Selain
unsur pertapaan yang terdapat dalam petikan ini, bincangkan lima pengaruh Hindu
yang
terdapat dalam Hikayat Pendawa
Lima. [10]
(c) Perihalkan
watak-watak bukan manusia yang terdapat di dalam hikayat
ini. [12
]
6 Baca petikan di bawah ini dan jawab
soalan-soalan yang mengikutinya.
Dan,
berkata ia, tiada sembahyangku akan satu sembahyang daripada masa empat puluh
tahun melainkan aku doa bagi Imam Shafii r.a. Dan berkata baginya anaknya yang
laki-laki, “Apa orang Shafii itu, hai bapaku! Hingga berdoa engkau baginya
sekalian doa ini?” Katanya, “Hai, anakku! Adalah Shafii itu seperti matahari
bagi dunia dan afiat bagi segala manusia.”
(Dipetik daripada
Majlis Peperiksaan Malaysia, 2003,
Kesusasteraan Kitab;
Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin,
dalam Mutiara Sastera Melayu
Tradisional Dewan Bahasa Pustaka,
Kuala Lumpur,halaman 200)
(a) Jelaskan
latar belakang tokoh yang dinyatakan dalam
petikan. [12]
(b) Nyatakan
pembahagian waktu yang diamalkan oleh Imam Shafii
r.a. [
7 ]
(c) Galurkan
peristiwa yang menyebabkan Imam Malik mengatakan Imam Shafii r.a tidak
beradab. [
6 ]
Bahagian D: Puisi Melayu Tradisional
Jawab satu soalan sahaja
7 Baca petikan puisi di bawah ini, dan
jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Lulus angan dilakukan,
Lulus kaki dilangkahkan.
Biar bersimbah peluh di muka,
Jangan tersingkap kain basahan.
Bongkok kail penyangkut insang,
Bongkok fiil penyangkut hutang.
Di dalam manis ada pahitnya,
Di dalam pahit ada manisnya.
Kalau puntung masih berapi,
Jangan dihembus-hembus juga.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.],2005,
Mutiara Sastera Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 357-358)
(a) Namakan
jenis puisi di
atas. [
1 ]
(b) Huraikan tiga teknik
penulisan puisi
diatas. [
6 ]
(c) Jelaskan
maksud ungkapan atau rangkai kata di bawah
ini. [
9 ]
(i) Lulus
angan dilakukan,
Lulus
kaki dilangkahkan.
(ii) Biar
bersimbah peluh di muka,
Jangan
tersingkap kain bahasan.
(iii) Bongkok
kail penyangkut insang,
Bongkok
fiil penyangkut hutang.
(d) Bincangkan tiga pengajaran
yang terdapat dalam puisi di
atas. [
9 ]
8 Baca petikan puisi di bawah
ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Kekasih aku seperti nyawa mulia juga,
Kekasih ia juga dengan bawa pun ia juga,
Dijauh daripada nyawa itu barang siapa,
Jika seribu tahun hidup sia-sia juga,
Yang ada serta ia bahawa itu sentiasa,
Sekaliannya kesukaan ia sedia-sedia juga,
Nyawa itu ia menghidupkan segala hati hidupan nyawa dan hati
manusia
juga membawa suka,
Hati yang menghilangkan halar kekasihku itulah yang setia juga,
Kekasihku itu yang menyukakan hati hidayat itu adanya,
Lagi hidayat juga bukhari itu adanya,
Serta nyawa itu ia juga,
Beruntung lagi berbahagia jua.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.],2005,
Mutiara Sastera Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 334)
(a) Nyatakan jenis puisi di
atas. [1]
(b) Jelaskan tiga teknik
penulisan puisi di atas. [6]
(c) Berikan maksud ungkapan atau rangkai kata di
bawah seperti yang terdapat dalam puisi di
atas. [6]
(i) Kekasih
aku seperti nyawa mulia juga,
Kekasih
ia juga dengan bawa pun ia juga,
(ii) Dijauh
daripada nyawa itu barang siapa,
Jika
seribu tahun hidup sia-sia juga,
(iii) Nyawa
itu ia menghidupkan segala hati hidupan nyawa dan
hati
manusia juga membawa suka,
(d) Huraikan empat gaya
bahasa dalam puisi di atas. [12]