LEGENDA ialah cerita yang mengisahkan kebesaran dan
keistimewaan seseorang tokoh yang diyakini kewujudannya oleh masyarakat.
Cerita tersebut sering kali dibuat secaraberlebih-lebihan dan melampaui kelaziman
yang biasa dimiliki oleh seseorang manusia. Cerita-cerita tentang
tokoh legenda ini juga bercampur aduk antara unsur Sejarah dengan unsur
fantasi. Tokoh-tokoh legenda itu biasanya menjadi kemegahan dan kebanggaan
sesuatu bangsa.
Tokoh-tokoh legenda biasanya ditandai oleh beberapa ciri. Antara
ciri utama tersebut termasuklah:
1 mereka memiliki rupa paras yang kacak dan
tampan, berperibadi mulia, dan bijaksana. Ketampanan, kemuliaan, dan
kebijaksanaan mereka dikagumi dan disenangi oleh setiap orang;
2 mereka memiliki ilmu kepahlawanan,
cekap bermain senjata, gagah dan perkasa, serta berani. Kehebatan mereka selalunya tidak
dapat ditandingi oleh mana-mana pahlawan sekalipun;
3 mereka memiliki ilmu kesaktian ataupun
ilmu hikmat yang membantu mereka dalam apa-apa juga keadaan semasa berjuang;
4 mereka, taat dan setia kepada keluarga
dan raja. Ketaatan dan kesetiaan mereka begitu luhur clan suci;
5 mereka memiliki keistimewaan
tertentu yang tiada pada manusia biasa.
Berdasar pada hakikat tersebut, dapat ditemukan perbezaan yang
ketara antara legenda dengan mitos. Legenda lebih berpijak di bumi
nyata, yakni tokoh yang dipusatkan 'lazimnya memang pernah
hidup (diyakini kewujudannya) dan tokoh itu banyak jasanya. Mereka
disenangi dan menjadi sebut-sebutan (idola)masyarakat dan
lantaran itu, perwatakan mereka telah ditokok tambah oleh masyarakat,
malah sikap, pemikiran, dan tindakan mereka, dijadikan ikut-ikutan
olehkelompok tertentu. Hal ini berbeza dengan mitos yang ceritanya
merupakan imaginasipengarang atau kelompok masyarakat tertentu.
CONTOH-CONTOH LEGENDA
Laksamana Hang Tuah
Kewajaran Laksamana Hang Tuah sebagai Legenda
Hang Tuah ialah salah satu legenda Melayu yang menonjol
dalam teks. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Tokoh
ini dipercayai memang pernah hidup di Melaka pada mass dahulu. Yang
menjadikan Hang Tuah tergolong sebagai legenda Melayu adalah kerana beliau memiliki
pelbagai keistimewaan dan kelebihan, sama ada fizikalnya mahupun
mentalnya. Keistimewaan beliau yang paling ketara ialah kepahlawanan dan
kegagahan yang dimilikinya.Beliau juga merupakan lambang kesetiaan masyarakat
Melayu terhadap raja - bersedia menabur jasa dan bakti demi memelihara kebesaran
dan kedaulatan raja Melayu.
Legenda Hang Tuah terakam dalam sebuah hikayat Melayu yang
masyhur, iaitu Hikayat Hang Tuah. Walau bagaimanapun, kisah
yang terdapat dalam hikayat tersebut mempunyai beberapa perbezaan dengan yang
terdapat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini.
Latar Belakang Laksamana Hang Tuah
Cerita tentang Hang Tuah dalam Sulalatus Salatin
Sejarah Melayu bermula pada halaman 103. Beliau dikatakan berasal dari Mengkasar,
Sulawesi. Nama sebenarnya ialah Daeng Mempawah, anak raja Bajung yang telah pun
meninggal dunia. Beliau menetap di Melaka setelah dianugerahkan oleh raja
di Goa (Mengkasar) kepada Sultan Mansur. Pada waktu itu, umurnya baru dua
belas tahun. Sultan Mansur Syahlah yang menukarkan namanya, daripada
Daeng Mempawah kepada Hang Tuah. Beliau menjadi hulubalang utama kepada
beberapa orang sultan Melaka dan diberi gelaran "Laksamana" oleh
Sultan Mansur. Sepanjang menjadi hulubalang Melaka, beliau beberapa kali
terlibat dalam peperangan, antaranya dengan Siam, Haru, dan beberapa
negeri lain serta pernah menjadi utusan ke Siak, Pahang, dan lain-lain.
Hang Tuah mempunyai dua orang isteri dan lima orang anak.
Isteri beliau yang pertama ialah saudara Seri Bija Diraja Datuk Bongkok. Dengan
isteri pertamanya itu, beliau memperoleh tiga orang anak - Tun Sirah, Tun
Biajid, dan Tun Daerah. Tun Daerah kahwini oleh Sultan Mahmud Syah dan mereka
dikurniai seorang puteri yang diberi nama Raja Dewi. Isteri beliau yang kedua adalah
daripada keluarga Bendahara Paduka Raja. Dengan isteri keduanya
itu, beliau dikurniai dua orang anak - Sang Guna dan Tun Emas Jiwa. Tun
Emas Jiwa dijodohkan oleh Hang Tuah dengan Hang Nadim.
Hang Tuah pernah dihukum bunuh oleh Sultan Mansur Syah atas
tuduhan bermukah dengan salah seorang pekerja istana. Walau bagaimanapun,
beliau terselamat daripada hukuman itu sebagai hasil pertolongan Seri Nara
Diraja yang menyembunyikan dan memenjarakan beliau di sebuah dusun. Hang
Tuah meninggal dunia semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah dan
dikebumikan di Tanjung Keling.
Bukti Hang Tuah sebagai Legenda
· KEPAHLAWANAN DAN KEBERANIAN
Kegagahan dan keberanian Hang Tuah telah digambarkan secara
langsung sejak awal lagi. Pada usia semuda dua belas tahun, beliau telah
berjaya membunuh dua orang yang mengamuk di negeri asalnya (Mengkasar). Di
Melaka, beliau telah membunuh 74 orang yang mengamuk. Semasa mengikuti
rombongan peminangan sultan Melaka ke Majapahit, beliau beberapa kali
memperlihatkan kepahlawanannya. Antaranya, beliau telah dapat memangkasratusan
tombak pahlawan Majapahit yang cuba menahannya daripada menaiki balai
larangan betara Majapahit. Kepahlawanan beliau juga terlihat menerusi
beberapa siri peperangan yangmelibatkan beliau selaku pemimpin. Dalam
peperangan menentang Semerluki dan Haru, beliau berjaya mengusir kedua-dua
angkatan tentera itu dari perairan Melaka.
· KESETIAAN
Kesetiaan Hang Tuah terhadap raja dan negara memang tidak dapat
dipertikaikan lagi. Beliau senantiasa mentaati perintah raja yang
sesetengahnya tidak dapat dilakukan oleh orang lain. Penderhakaan Hang
Jebat adalah salah satu daripadanya. Dalam peristiwa itu, tidak ada
seorang pun yang dapat mengusir Hang Jebat daripada istana. Apabila Sultan
Mansur Syah menitahkan Hang Tuah supaya membunuh Hang Jebat, beliau tidak
menolak langsung perintah itu walaupun orang yang bakal dibunuhnya itu adalah
sahabat karibnya sendiri. Beliau seterusnya berjaya membunuh Hang Jebat.
Begitu juga halnya dengan kerelaannya untuk mengeluarkan kuda raja
daripada takungan najis. Demi kesetiaannya kepada raja, beliau telah
mengesampingkan rasa jijik dan berjaya melepaskan kuda itu. seterusnya,
kesetiaan beliau diperlihatkan menerusi kesediaannya menyertai rombonganpeminangan
ke Gunung Ledang bagi memenuhi keinginan I'luar biasa" Sultan Mahmud
Syah yang bercita-cita untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang.
· KETAMPANAN DAN
KEELOKAN RUPA PARAS
Ketampanan beliau digilai oleh gadis dan wanita Majapahit
dan banyak menimbulkan kekecohan di mana-mana sahaja beliau pergi.
Malah, ada wanita yang dalam pelukan suami meleraikan pelukan mereka
semata-mata hendak menatap Hang Tuah.
· KEBIJAKSANAAN DAN
KEPINTARAN
Kebijaksanaan Hang Tuah terserlah semasa beliau menentang seorang
lelaki Jawa yang mengamuk di Melaka. Dalam peristiwa itu, lelaki Jawa
tersebut membawa golok sebagai senjata. Oleh sebab Hang Tuah lebih mahir
berdepan dengan orang yang menggunakan keris, beliau terus mencicirkan
kerisnya lalu dipungut oleh lelaki itu. sebagai hasil daripada
kebijaksanaannya itu, beliau berjaya menewaskan lelaki Jawa itu dengan
mudah.
Raja Iskandar Zul-Karnain
Kewajaran Iskandar Zul-Karnain sebagai Legenda
Raja Iskandar Zul-Karnain merupakan salah seorang tokoh legenda
yang tidak kurang pentingnya dalam Sulalatus Salatin Sejarah
Melayu. Hal ini demikian kerana Raja Iskandar Zul-Karnain merupakan
salah seorang tokoh besar dalam sastera Melayu.Walaupun baginda tidak
digolongkan sebagai tokoh legenda tempatan (kerana kisah-kisah tentang
baginda disadur daripada sastera Arab atau Arab-Parsi), namun cerita tentang
baginda telah tersebar luas dalam kalangan masyarakat Melayu semenjak kedatangan
Islam dahulu.
Pemerihalan tentang raja ini ditonjolkan oleh pengarang pada awal
bab lagi. Pengarang secara langsung telah memerihalkan insan yang bernama
Iskandar Zul-Karnain ini, khususnya tentang asal keturunannya, bangsa, negeri
dan gelarannya. Baginda telah berperang dengan Raja Kida Hindi dan
gambaran tentangpeperangan ini, menurut pengarang "terlalu ramai seperti
yang dalam Hikayat Iskandar itu". Hal ini bermakna, sebagaimana legenda
Hang Tuah yang terakam dalam hikayatnya sendiri -Hikayat Hang Tuah - kisah
tentang Raja Iskandar Zul-Karnain juga ada terakam dalam hikayatnya
sendiri yang memungkinkan baginda tergolong sebagai tokoh legenda.
Latar Belakang Raja Iskandar Zul-Karnain
Pemerihalan tentang ketokohan Iskandar Zul-Karnain bermula pada
halaman 4. Nama baginda ialah Iskandar; Zul-Karnain ialah gelarannya.
Baginda merupakan anak raja Darab dan berbangsa Rom Berta memerintah
Makaduniah (Macedonia). Kemunculanbaginda di dunia sebelah Timur ini bermula
dengan keinginannya untuk "berjalan hendak melihat matahari terbit".
Keinginannya itL telah membawanya tiba di suatu kawasan di negeri Hindi tetap kehadiran
baginda telah disambut dengan serangan oleh pihak Raja Kida Hindi. Raja
Iskandar membalas serangan itu dan berolehkemenangan. Baginda telah
mengislamkan Raja Kida Hindi dan seterusnya menjadi menantu raja itu
setelah berkahwin dengan puterinya yang bernama Puteri Syahrul-Bariyah.
Perkahwinan itu disempurnakan oleh Nabi Khidir a. s. dan melalui
perkahwinan itu lahirlah seorang putera yang dinamai Aristun Syah. Raja
Iskandar Zul-Karnain telah pulang ke Makaduniah semula dan meninggalkan
isterinya pada Raja Kida Hindi atas permintaan Raja Kida Hindi sendiri. Selepas
kemangkatan Raja Kida Hindi, Raja Aristun Syah dan keturunannyalah yang
memerintah negeri Hindi.
Bukti Raja Iskandar Zul-Karnain sebagai Legenda
· KEPAHLAWANAN DAN KEHEBATAN
Kepahlawanan Raja Iskandar terlihat semasa bala tenteranyo menentang
angkatan tentera Raja Kida Hindi. Bala tenterz pimpinan baginda dapat
mengalahkan Raja Kida Hindi dengarmudah, menangkap raja itu hidup-hidup lalu
mengislamkannya, dan seterusnya menjadikan negeri Hindi berada di bawah kekuasaannya.
seterusnya, baginda memberikan persalinar kepada Raja Kida Hindi dan
menyuruh raja itu kembali ke negerinya semula. Kehebatan Raja Iskandar
mengagumkan Raja Kida Hindi sehingga baginda terdorong untuk menjodohkan puterinya
- Puteri Syahrul-Bariyah - dengan Raja Iskandar. Malah lamaran untuk majlis
perkahwinan itu datang daripada pihak perempuan (Raja Kida Hindi), bukan
daripada kehendak Raja Iskandar Zul-Karnain sendiri. Yang melamarnya ialah Nabi
Khidir a. s. Begitulah hebatnya insan yang bernama, Iskandar Zul-Karnain itu.
· KEAGUNGAN DAN
KEBESARAN
Keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain begit menonjol
dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini. Raja Kida Hindi
sendiri, misalnya, menyedari keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain
dan oleh sebab itulah baginda Segera bermuafakat dengan perdana menterinya
untuk mengahwinkan puterinya - Puteri Syahrul-Bariyah - dengan Raja Iskandar Zu
Karnain yang agung itu. Hal ini dilakukannya demi kelangsungan pemerintahannya
di samping untuk beroleh zuriat daripada raja yang agung itu
bagi memerintah negeri Hindi nanti.
Keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain juga dapat
dilihat menerusi upacara perkahwinannya kerana yang menyempurnakan majlis itu
ialah Nabi Khidir a.s yang juga bertindak sebagai wali bagi pihak Raja Kida
Hindi). Malah, Nabi Khidir a.s. sendiri mengesahkan keagungan dan kebesaran
Raja Iskandar Zul-Karnain melalui peringatan yang disampaikannya kepada Raja
Kida Hindi:
... "ketahui olehmu hei Raja Kida Hindi, bahawa raja
kami inilah yang diserahkan Allah Taala kerajaan dunia ini kepadanya, dari
daksina lalu ke paksina."... (hlm. 5)
Seterusnya, keagungan dan kebesaran baginda terlihat menerusi
perlakuan dan ucapan balas Raja Kida Hindi sendiri Setelah mendengar
kata-kata Nabi Khidir a. s.:
... tatkala didengar oleh Raja Kida Hindi kata Nabi Khidir
demikian itu, maka ia pun segera turun dari atas kerusi,
lalu berdiri di tanah seraya ia menyembah pada Raja Iskandar, dan berkata
ia: "Bahawa ketahui oleh tuanku, ya Nabi Allah, dan
segala tuan-tuan yang ada hadir; bahawa hamba ini dengan
sesungguhnya hamba kepada Raja Iskandar, dan anak hamba sekalian pun
hamba juga ke bawah duli baginda itu, seperti sahaya yang mengerjakan
dia seorang, dua orang itu.... (hlm. 6)
Keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain juga dapat
dilihat sewaktu baginda dikahwinkan. Pada waktu itu, semua pembesar bangun
memberikan penghormatan, malahmereka menaburkan emas perak dan permata ratna
mutu manikam ke kaki Raja Iskandar sehingga "seperti busut dua tiga
timbunannya".
· KEKAYAAN DAN KEMURAHAN HATI
Sebagai raja yang agung, Sultan Iskandar Zul-Karnain
memiliki kekayaan yang melimpah-ruah. Baginda tidak tamak akan kemewahan
yang dimilikinya. Baginda telah menganugerahi PuteriSyahrul-Bariyah pakaian
kerajaan yang "tiada-terperi lagi banyaknya". Baginda
juga telah menganugerahi semua raja yang ada semasa majlis perkahwinannya
dengan pakaian yang elok-elok yang bertatahkan ratna mutu manikam dan tiga
buah perbendaharaan yang terbuka. Baginda juga menganugerahi bapa mentuanya
(Raja Kida Hindi) seratus cembul emas berisi permata, ratna mutu manikam,
clan harta benda yang elok-elok. Tidak cukup dengan itu, baginda turut
menganugerahkan seratus ekor kuda.
KEBIJAKSANAAN DAN KEPINTGARAN
Raja Iskandar Zuklkarnain merupakan raja dan pemimpin perang
(penakluk) Islam yang dihormati dan ditakuti di seluruh dunia. Baginda
dihormati bukan sahaja oleh keberanian dan kepahlawanannya, tetapi juga oleh
kebijaksanaan dan kepintarannya. Baginda begitu pintar dalam mengatur strategi perkembangan
Islam. Perkara ini dibuktikan baginda melaluitinclakannya menangkap Raja Kida
Hindi hidup-hidup dan kemudiannya mengislamkan baginda. Baginda
kemudiannya mengambil hati Raja Kida Hindi dengan mempersalini Raja Kida
Hindi seperti pakaian dirinya dan seterusnya menyuruh raja itu pulang ke
negerinya. Langkah bijak yang diambil baginda memungkinkan Raja Kida Hindi
yang menguasai setengah negeri Hindi itu akan memerintahkan rakyatnya
menganut Islam dan seterusnya membolehkan Islam bertapak di India (Hindi).
No comments:
Post a Comment