07 October 2009

Kokurikulum

Merit untuk ke IPTA :

Memastikan pelajar menjawat jawatan tertinggi bagi setiap gerakerja kokurikulum.

Penglibatan pelajar :

* Mendapatkan data/bancian bagi memastikan setiap pelajar menjawat jawatan tertinggi.
* Terlibat secara langsung dalam pengurusan Sukan Sekolah (Ujian Tara, Saringan dan Raptai Sukan).
* Menggalakan penyertaan sebarang aktiviti kokurikulum anjuran JPM dan NGO tetapi yang lebih bersifat ko akademik.
* Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti.
* Khidmat Masyarakat.

Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti :

* Merupakan badan induk yang mempunyai jawatankuasanya dalam kalangan pelajar Pra-U sendiri. Pemilihan ahli jawatankuasa yang tertinggi dibuat melalui satu sistem pilihanraya ala pilihan raya kampus.
* Bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan Pra-U dan membantu pentadbiran PPU secara keseluruhannya seperti Minggu Orientasi Pra-U, gotong royong, aktiviti sukan dan riadah, aktiviti kerohanian dan sebagainya.

Kelab Setia :

* Merupakan kelab yang wajib disertai oleh semua pelajar Pra-U.
* Bekerjasama dengan Jabatan Penerangan Negeri khususnya Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah.
* Memanfaatkan kerjasama untuk tujuan P&P seperti sesi lawatan, bengkel dan kursus anjuran pihak Jabatan Penerangan.

Khidmat Masyarakat :

* Setiap pelajar Pra-U perlu mengikuti aktiviti khidmat masyarakat sama ada di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan mengikut bilangan jam yang ditetapkan.


Penilaian Aktiviti Kokurikulum :

* Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang pelajar dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan :

a. Kehadiran

b. Jawatan disandang

c. Penglibatan

d. Pencapaian

* Penilaian kokurikulum dibuat dengan menggunakan Buku Penilaian Kokurikulum KPM. Untuk memudahkan penyimpanan rekod kemajuan dan pemindahan rekod sekiranya berpindah atau kemasukan ke IPTA.
* Sijil penyertaan/penghargaan diberikan kerana penting untuk mereka jadikan tiket menyambung pelajaran kelak.
* Sijil hanya diberi kepada mereka yang benar-benar layak sahaja.

No comments:

Post a Comment