Bahagian B: KARYA AGUNG SULALATUS SALATIN
Soalan 3. Berdasarkan petikan di bawah
jawab soalan yang mengikutinya
“Syahdan jika menjunjung duli, dahulu kepala bentara yang empat lima
orang itu daripada sida- sida yang duduk di seri balai itu, melainkan segala
menteri yang besar- besar. Adapun nakhoda Cempa yang pilihan duduk di seri
balai; maka segala anak tuan- tuan yang bersahaja- sahaja duduk di selasar
balai. Adapun segala perkakas raja, seperti ketur dan kendi, kipas dan barang
sebagainya diselang- selang duduknya;melainkan puan dan pedang dikelek- kelekan
kiri kanan pedang kerajaan itu, Laksamana atau Seri Bija Diraja memikul pedang
itu.
(
Dipetik daripada A. Samad Ahmad [ peny. ], 2003.
Sulalatus
Salatin Sejarah Melayu ( Edisi Pelajar).
Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 75 )
a. Nyatakan adat istiadat yang
terdapat dalam
petikan. (
1 Markah )
b. Jelaskan 4 bentuk pantang
larang (
12 markah )
c. Huraikan kepentingan adat istiadat dan
pantang
larang (
12 markah )
Skema Pemarkahan
Soalan 3
a. Nyatakan adat istiadat yang
terdapat dalam
petikan. (
1 Markah )
i- Adat
menyembah dan menjunjung duli- semasa menghadap raja
ii- Adat
menyambut utusan- bergantung besar atau kecil sesebuah kerajaan.
Pilih
1 isi sahaja
1
isi = 1 markah (1 markah fakta )
b. Jelaskan 4 bentuk pantang
larang (
12 markah )
Fakta 1: Pantang larang berpakaian.
Huraian: Rakyat jelata ( orang keluaran ) dilarang dari menggunakan
pakaian yang berwarna kuning, di buat tepi tabir, ulasan bantal besar dan
tilam, bungkusan barang, dijadikan barang perhiasan, kain, baju dan
destar, Begitu juga sekiranya ingin masuk ke istana seseorang itu
harus memakai kain berpancung dan berkeris di hadapan serta bersebai sekiranya
berkeris di belakang akan dirampas.
Fakta 2: Memiliki emas.
Huraian: Rakyat jelata walau pun ia seorang yang berada
dilarang memakai barangan kemas yang dibuat daripada emas bergelang kaki emas
dan sekiranya berkeroncong emas berkepala perak pun tidak dibenarkan kecuali ia
dianugerahi oleh raja dapatlah dipakai untuk selama-lamanya.
Fakta 3: Menderhaka.
Huraian: Rakyat jelata adalah ditegah sama sekali melakukan
penderhakaan kepada raja, ini sesuai dengan pepatah Melayu yang mengatakan raja
merupakan payung rakyat tempat berteduh, pantang Melayu menderhaka, sekiranya
seseorang itu menderhaka maka balasan buruk bakal menanti iaitu hukuman bunuh,
bagi penderhaka ia tidak layak untuk berada di atas bumi ini dapat di lihat
dalam peristiwa Hang Jebat yang mati di bunuh apabila bertindak menderhaka ke
atas Sultan Mansor menyebabkan beliau mati di bunuh di tangan sahabatnya
sendiri Hang tuah atas arahan sultan, begitu juga dengan bangkainya turut
dibuang ke laut serta segala anak bininya turut dibunuh manakala kaki tiang dan
tanah bekas rumahnya turut dibuang ke laut inilah betapa besarnya kesalahan
menderhaka yang dianggap tidak layak untuk berada di bumi.
Fakta 4: Biadap di hadapan Bendahara
Huraian: Peristiwa ini dapat dilihat apabila Tun Perpatih Hitam semasa
dibicarakan oleh Bendahara Seri Maharaja maka Tun Hussain anak Tun Perpatih
Hitam datang dengan berkeris panjang untuk mendapatkan ayahandanya dengan ini
beliau telah berdiri sambil menguiskan tikar dengan kaki, perbuatan
ini dianggap satu perbuatan yang biadap menguis tikar di hadapan bendahara dan
menyebabkan ia mati dibunuh oleh Laksamana manakala anakndanya juga turut
dibunuh.
Fakta 5: Membina rumah dan berperahu.
Huraian: Rakyat jelata dilarang membuat rumah bermanjungan bertiang
gantung, tidak berpijak ke tanah serta bertiang terus dari atap dan peranginan,
sekiranya berperahu tidak boleh bertingkap, berpenghadapan dan tidak boleh
memakai penduk dan teterapan keris.
Pilih
4 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1 markah fakta 2 markah
huraian / contoh )
3isi X 4 markah= 12 markah
C .Huraikan kepentingan adat istiadat dan pantang
larang (
12 markah )
Fakta 1: Menggambarkan Keagungan Kerajaan Melaka.
Huraian: Adat istiadat yang tersusun rapi yang diperkenalkan oleh
Sultan Muhammad Shah telah menggambarkan Kerajaan Melaka merupakan sebuah
kerajaan yang agung, besar dan berdaulat. Sistem pemerintahan yang cukup kemas
dan tersusun ( sistematik ) yang mana raja sebagai pemerintah yang dibantu oleh
pembesar- pembesar yang berwibawa bagi melicinkan pentadbiran dan pemerintahan,
jika dibandingkan dengan mana- mana kerajaan di kepulauan Melayu seperti
Majapahit. Melaka adalah sebuah kerajaan yang tersusun maju dan bersistemmatik.
Fakta 2: Menggambarkan martabat raja yang tinggi/ Status kedudukan.
Huraian: Kedudukan raja yang tinggi dalam struktur pemerintahan dapat
di lihat melalui segala adat istiadat dan juga pantang larang yang menunjukkkan
perbezaan yang ketara dengan golongan yang di perintah contoh kedudukan raja
semasa dalam balai penghadapan begitu juga dari segi pemakaian emas adalah
barangan yang amat berharga adalah khusus untuk golongan raja sahaja. Ini jelas
menunjukkan betapa tingginya martabat raja di kalangan rakyat.
Fakta 3: Menggambarkan Kerajaan Melaka sebuah kerajaan Islam yang
unggul.
Huraian: Melalui adat istiadat yang terdapat dalam Kerajaan Melaka
dapat menggambarkan Melaka adalah sebuah kerajaan Islam yang unggul di rantau
Melayu ini dapat di lihat melalui peristiwa bagaimana sebuah kitrab Darul
Mazlum sebuah kitab dari negara Arab yang telah diarak dengan penuh
penghormatan sehingga sampai ke istana Melaka. Begitu juga sambutan pada malam
bulan Ramadhan iaitu malam 7 likur dan ianya patut dicontohi oleh setiap para
pemerintah.
Fakta 4: Menggambarkan Rakyat yang taat setia.
Huraian: Melalui adat istiadat dan pantang larang dapat menggambarkan
masyarakat Melayu yang patuh dan sanggup menjunjung segala perintah dan
peraturan yang dikenakan oleh golongan pemerintah terhadap golongan yang
diperintah. Mereka beranggapan bahawa raja adalah golongan
yang berdaulat oleh itu mereka memberikan taat setia yang tidak
berbelah bagi kepada raja serta teguh memegang prinsip ‘Pantang Melayu Derhaka
Kepada Raja’
Fakta 5: Mengukuhkan Institusi Istana dan pembesar Melayu.
Huraian: Melalui adat istiadat dan pantang larang dapat menggambarkan
institusi istana dan kuasa pembesar dilindungi daripada ancaman- ancaman jahat
yang cuba untuk menjatuhkannya dengan adanya adat dan pantang larang seolah-
olah golongan rakyat cuba dinafikan hak mereka, walau pun ada di kalangan
rakyat yang mampu memiliki kekayaan tetapi disebabkan adanya peraturan yang
mengatakan rakyat biasa tidak boleh memiliki dan memakai barangan emas kecuali
dianugerahi, maka secara tidak langsung golongan istana dan pembesar akan di
pandang tinggi dan mulia dan tidaklah timbulnya perasaan bongkak akibat
kekayaan di kalangan rakyat dan pada satu masa mungkin bertindak mencabar
institusi beraja.
Pilih
4 isi sahaja
1
isi = 3 markah (1 markah fakta 2 markah huraian / contoh)
4
isi X 3 markah= 12 markah