24 July 2012

Cerminan kedudukan wanita Dalam SS


kita dapat memahami dan mengetahui kedudukan dan tugas wanita di zaman itu dari teks Sejarah Melayu walaupun ia tidak menceritakannya secara tersendiri dan tidak menceritakannya secara sengaja. Sejarah Melayu ada menceritakan tiga kumpulan wanita yang berbeza, iaitu wanita kampung, wanita istana dan akhir sekali wanita ajaib (Zaleha, 1998).

Wanita Kampung
Sejarah Melayu, walaupun berkisar sekeliling raja-raja, ada juga menceritakan sedikittentang wanita kampung dan aktiviti iktisad mereka. Di dalam cetera kedua, diceritakantentang adik beradik Wan Empuk dan Wan Malini yang mempunyai perhumaan sekaligusmenunjukkan ativiti ekonomi mereka iaitu berhuma (Shellabear, 1991). Ada juga diceritakandalam cetera keduapuluh sembilan tentang seorang pelulut yang membantu Hang Nadim. Inimenunjukkan bahawa pada zaman itu ada juga aktiviti ekonomi yang dilakukan wanitaseperti ini, iaitu menghasilkan bedak wangi. Ia juga mencerminkan satu sifat wanita kampungyang keinginan memperoleh emas ataupun kesenangan-kerana dengan menolong HangNadim dia tahu akan diupah kerana Hang Nadim datang untuk menunaikan kehendak Sultan.Meskipun sedikit, Sejarah Melayu ada memberi gambaran tentang kehidupan dankegiatan ekonomi wanita dizaman itu. Ia juga mewarnai wanita kampung ini sebagaimempunyai perasaan; sifat tamak yang ditonjolkan pelulut, dan sifat takut yang ditunjukkan Wan Empuk dan Wan Malini. Sememangnya ia tiada huraian yang panjang lebar tentang wanita kampung tetapi masih dapat kita memahami tugas wanita di zaman itu. Contoh yangdikemukan dalam cetera kedua tentang Wan Empuk dan Wan Malini juga dipersetujui olehGeertz (Geertz, 1961), di mana dia setuju dengan hidup orang Melayu dan Jawa yangberhuma di zaman itu. Dia juga ada mengatakan bahawa wanita Jawa dizaman itu dapatbekerjasama dengan seorang wanita lain, seperti contoh adiknya. Ini jarang pula diperlihatkandalam orang lelaki (Geertz, 1961) dan juga dapat dilihat di dalam SM yang kurangmemperlihatkan dua lelaki yang bekerjasama di bawah satu bumbung seperti wanita yangdipaparkan di dalams cetera kedua-iaitu Wan Empuk dan Wan Malini. Sumber ini dapatdipergunakan walaupun ia membincangkan tentang wanita Jawa, struktur masyarakat Jawalebih kurang sama dengan masyarakat Melayu.

Wanita Istana
Sebagai sebuah karya yang bersifat istana sentrik,banyak diceritakan tentang wanitayang ada sangkut paut dengan istana. Ini termasuk wanita yang mempunyai hubunganlangsung dengan raja dari segi kekerabatan ataupun perkahwinan, wanita yang bersangkutpaut dengan pembesar istana serta wanita yang bertugas di istana sebagai dayanag-dayangdan juga lain-lain. Ia banyak menceritakan tentang wanita dan juga fungsi di dalammasyarakat itu.Dalam Sejarah Melayu ia ada menceritakan tentang wanita yang digunakan untuk mengeratkan hubungan antara keluarga dan juga negeri. Raden Galoh Cendera Kirana telahdikahwini oleh Sultan Mansor Shah untuk menjalinkan hubungan antara Melaka danMajapahit. Begitu juga dengan perkahwinan antar Sultan Mansur dan Hang Li Po yangbertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Melaka dengan Negara Cina. Di sini, wanitadigambarkan sebagai alat untuk memperatkan dua kerajaan yang berbeza. Dari segi hubungandengan Majapahit, Melaka mungkin inginkan persahabatan kerana kedua-dua empayar ini
dianggap besar dan makmur dizaman itu. Persahabatan dengan Cina pula diadakan untuk perlindungan kerana Cina dahulu dianggap sebagai kuasa besar di benua Asia ini. Wanitajuga berfungsi mengeratkan hubungan antara keluarga didalamcontoh cetera ketiga belas dimana Tun Kudu yang dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja telah mebuat Tun Perak berbaik-baik semula dengan Seri Nara Diraja keran Tun Kudu merupakan saudaranya.Wanita juga dicerminkan sebagai hadiah kepada lelaki. Contohnya Makhdum Mudatelah dianugerahi Dang Bibah dan Dang Bunga kerana telah menjawab sebuah kemusykilanagama yang disampaikan oleh Sultan Mansor Shah dalam Cetera Kedua Puluh. Hang Nadimjuga telah dianugerahi Cobak oleh Sultan Mahmud Shah kerana berjaya merampas Tun Teja.Satu lagi contoh adalah Sultan memberi Tun Kudu kepada Seri Nara Diraja walaupun TunKudu merupakan isterinya. Ini memperlihatkan kuasa wanita sebagai pengaman keadaan,mengamankan keadaan di antara dua lelaki iaitu Tun Perak dan Seri Nara Diraja.Wanita juga digambarkan sebagai alat pemuas nafsu seks didalam cerita ini walaupuntidak ketara ditonjolkan ataupun diceritakan secara terperinci. Contohnya adalah isteri TunBiajid yang berzina dengan Sultan Mahmud dalam cetera keduapuluh enam. Ini jugamenunjukkan cerminan bahawa wanita dizaman itu terlibat secara aktif didalam menjalinkanhubungan seks (Reid, 1988).Wanita juga digambarkan sebagai pemegang paksi kuasa negeri. Ini jarangditonjolkan tetapi dapat dilihat ketara dimana Tun Fatimah enggan memberi anak kepadaSultan jika anaknya tiada dijanjikan sebagai pelapis raja. Ini menonjolkan kebijaksanaanwanita dizaman itu, dan juga menekankan tugas wanita sebagai pemberi zuriat kepada lelakihinggakan Sultan sanggup bersetuju dengan wanita. Ini menunjukkan kekuatan dankepintaran wanita dalam mempergunakan kemahuan sesorang lelaki itu,lebih-lebih lagikerana ia seorang Sultan-menunjukkan kuasa wanita diatas lelaki.
Secara kolektif, kita dapat melihat susun lapis dan juga perwatakan wanita didalamSejarah Melayu. Ini yang mengagungkan lagi teks Sejarah Melayu kerana sememangnya,dalam pelbagai teks klasik yang lain, jarang pun diceritakan tentang wanita.

Wanita Ajaib
Sejarah Melayu juga ada menceritakan tentang wanita yang bersifat ajaib. Contohyang paling ketara adalah Puteri Gunung Ledang. Di sini, beliau telah membodoh-bodohkanSultan Mahmud dengan meminta barang-barang mustahil sebagai hantaran. Ini menyedarkanSultan Mahmud kerana dia tidak kesampaian menghadiahkan darah anaknya sendiri. Dapatdisimpulkan bahawa tugas wanita disini adalah sebagai penyedar, dan juga mengingatkankepada Sultan bahawa dia tidak mampu memiliki semuanya

Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional


PERSOALAN DAN LATAR MASYARAKAT


Kesusasteraan dan masyarakat mempunyai hubungan yang amat erat. Sesebuah karya kesusasteraan dibina oleh persoalan-persoalan yang dipetik daripada rencamnya kehidupan sesuatu masyarakat. Pengarang atau pencipta akan menjalin persoalan-persoalan daripada kehidupan masyarakat tersebut hingga menjadikannya satu rantaian peristiwa yang mempunyai kesenimbungan antara satu sama lain dan akhirnya membentuk sebuah karya. Dalam usaha memasukkan persoalan-persoalan itu, pengarang secara langsung turut memasukkan gambaran latar masyarakat untuk menjadikan setiap persoalan itu signifikan dan relevan serta nampak realistik. Kajian ke atas persoalan dan latar masyarakat merujuk kepada:

(i)   Keagungan raja dan negara 
Satu perkara yang tidak boleh dinafikan dalam karya-karya tradisional Melayu ialah raja diletakkan pada kedudukan yang tinggi. Keagungan raja dan negara diangkat menjadi persoalan utama dalam karya-karya kesusasteraan. Oleh itu, raja di diberikan gambaran-gambaran hebat termasuklah diwarnai dengan unsur-unsur dongeng dan mitos. Sejarah Melayu misalnya; mengaitkan nasab raja-raja Melaka dengan Iskandar Dzulkarnain dari Makadunia. Selain itu, keagungan raja juga digambarkan oleh pengarang-pengarang sastera Melayu tradisional melalui peristiwa yang dianggap penting. Dalam Hikayat Raja-raja Pasai, Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa misalnya, terdapat peristiwa-peristiwa ajaib tentang proses pengislaman raja-rajanya. Misalnya, mereka bermimpi bertemu Nabi Muhammad, diludahi mulut mereka oleh Baginda dan tiba-tiba boleh mengucap dua kalimah syahadat dan juga kejadian brrkhatan melalui mimpi.

Dalam soal kenegaraan pula, bangsa Melayu mempunyai konsep khas untuk negeri(negara) Kewujudan sesebuah negeri hanya diiktiraf jika negeri itu mempunyai raja. Raja yang tidak bernegeri tidak diterima ke-raja-annya. Dengan kata lain, keagungan sesebuah negeri itu bergantung kepada kehebatan rajanya. Kewujudan sesebuah negeri dikaitkan dengan peristiwa aneh atau menakjubkan, misalnya pembukaan Melaka yang berdasarkan kejadian pelanduk menendang anjing perburuan Parameswara.

(ii)  Kepahlawanan
Persoalan ini menjadi inti utama sastera epik, sastera sejarah, sastera lisan dan sastera panji. Secara logiknya, sesebuah negeri tidak akan dapat mempertahankan kewujudannya tanpa kehadiran seorang pahlawan yang hebat dan terbilang. Kehebatan watak tradisional melibatkan gambaran ciri fizikal bentuk tubuh badan mereka dan ketangkasan mereka di medan pertempuran khususnya dalam pertarungan senjata, misalnya watak Hang Tuah, yang yang memiliki sifat kepahlawanan yang tiada tolok bandingnya. 

Selain itu, gambaran kehebatan dengan bantuan atau dengan ciri-ciri tambahan seperti penguasaan ilmu muslihat perang, dibekalkan senjata luar biasa atau sifat-sifat peribadi dan tabiat yang tertentu. Aspek kepahlawanan yang digambarkan dilihat atau dinilai berdasarkan kaca mata sezaman. Oleh sebab pada zaman itu kudrat fizikal adalah segala-galanya dalam usaha mempertahankan maruah diri dan bangsa umumnya,maka kecendurangan pengarang mengangkat watak-wataknya dengan segala keluarbiasaan dan kehebatan tidak relevan dengan latar sezamannya

(iii) Kesetiaan rakyat
Persoalan kesetiaan rakyat banyak diterapkan dalam karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional. Setia menjadi satu persoalan pokok yang terpancar daripada cerita-cerita tradisional. Watak Hang Tuah  adalah lambang kesetiaan rakyat yang mutlak dan watak ini sebenarnya sekadar mewakili rakyat berketurunan Melayu dalam menyempurnakan waadat yang termeterai antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba seperti mana yang tercatat dalam Sejarah Melayu. Dalam episod itu, Demang Lebar Daun  bersumpah untuk menumpuhkan segala ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi kepada rajanya, manakala di pihak Sang Sapurba pula telah bersumpah jika keturunannya menganayai rakyat, akibatnya negara akan runtuh.
(iv)  Panduan untuk raja, pembesar, dan rakyat
Tanpa peraturan manusia akan hidup dalam keadaan terumbang-ambing dan tidak teratur. Peraturan dan hukum akan mengawal tingkah laku dan perbuatan manusia.  Satu lagi klasifakasi sastera Melayu tradisional ialah sastera ketatanegaraan yang dikarang khusus untuk memberikan panduan kepada raja, pembesar dan rakyat menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam hidup bermasyarakat, bernegara dan berbudaya. Dua buah karya utama dalam klasifikasi ini ialah Tajus salatin atau Mahkota Segala Raja-raja karangan Bukhari al-Jauhari dan Bustanus salatin atau Taman Segala Raja-raja karangan syeikh Nuruddin al-Raniri.
                                                        
Kewujudan kedua-dua buah karya ini jelas membuktikan bahawa dalam usaha membina sebuah kerajaan dan negara, antara prasyarat yang diperlukan ialah adanya panduan untuk mentadbir dan menjalankan tanggungjawab masing-masing, sama ada sebagai raja, pembesar mahupun rakyat jelata. Kedatangan Islam ke alam Melayu telah menyedarkan  masyarakat Melayu akan perlunya satu panduan, khususnya tentang ilmu ketatanegaraan berlandaskan nilai dan norma yang dipersetujui bersama atas landasan agama Islam. 

Selain ditulis dalam kitab-kitab ketatanegaraan, pengarang-pengarang turut memuatkan panduan untuk Raja, pembesar dan rakyat secara tidak langsung dalam karya sastera lain. Contohnya yang terdapat dalam Sejarah Melayu. Selain itu pengarang turut menyelitkan kritikan halus sebagai panduan, misalnya tentang kegagalan peminangan Puteri Gunung Ledang yang menempelak juga kerakusan nafsu Sultan Mahmud Mahmud(dalam sejarah melayu)dan juga bencana yang menimpa Sultan Ahmad apabila membunuh puteranya sendiri(dalam Hikayat Raja-raja Pasai)

(v) Keagamaan dan kepercayaan
Bangsa Melayu melalui tiga fasa kepercayaan dan keagamaan, iaitu bermula dengan animisme, Hindu-Buddha dan Islam. Kesemuanya terpancar dalam hasil-hasil kesusasteraan. Kedatangan pengaruh agama dan budaya Islam ke alam Melayu telah mencorakkan satu bentuk sistem kepercayaan dan kebudayaan baru di kalangan masyarakat  Islam sebagai agama yang menyeluruh telah tersebar begitu pesat sekali sehinggakan dalam tempoh tidak sampai satu abad, hampir seluruh alam Melayu telah diislamkan. Kejayaan ini banyak bergantung pada strategi penyebaraan dan pendekatan yang digunakan oleh para pendakwah dan mubaligh Islam yang datang khususnya dari benua Arab dan India. 
Secara umumnya, selain persoalan keagamaan yang begitu dominan dalam karya-karya pengarang sastera Melayu tradisional khususnya selepas kedatangan Islam, unsur-unsur kepercayaan lain terus subur dalam hasil-hasil karya sastera melayu yang lain. Kepercayaan animisme misalnya tetap menjadi pilihan pengarang atau pencipta sesebuah karya.Persoalan ini banyak dilihat dalam cerita-cerita lisan seperti mitos, lagenda dan cerita rakyat. Antaranya cerita-cerita yang menonjolkan unsur sistem kepercayaan animisme misalnya cerita Asal Usul Dunia, cerita Semangat padi, cerita Badang dan cerita Langsuir.Unsur-unsur ini juga banyak terdapat dalam manifestasi jampi dan mantera serta ditemui dalam cerita-cerita penglipur lara, yang diselitkan dalam pengambaraan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh wira dan wirawati.

(vi) Pendidikan/moral
Hakikat bahawa sastera Melayu tradisional menjadi media pendidikan masyarakat pendidikan masyarakat Melayu lama adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Pada zaman tiada instutisi pendidikan yang formal ,selain terdidik daripada pengalaman sendiri, masyarakat juga dapat menimba ilmu pengetahuan dengan mendengar cerita dan pengalaman orang lain dalam kelompok asing. Disinilah terletak peranan pengarang atau pencipta hasil sastera zaman itu. 

Penyampaian mesej pendidikan dan moral dibuat dengan berhati-hati .Adalah penting bagi pengarang atau pencipta karya supaya memilih isu yang sesuai, bahasa yang berseni dan berlapik serta situasi pengucapan atau penyampaian yang tepat. Itulah sebabnya mesej-mesej pendidikan ini banyak disusun  dalam bentuk puisi termasuklah pantun, gurindam, seloka, peribahasa, masnawi, nazam, berzanji, rubai, rejang dan teromba. Bentuk puisi yang ternyata lebih ringkas berbanding prosa. Seseorang yang telah melakukan salah boleh dinasihati, disindir dan ditegur. Pengunaan diksi yang bersifat konotatif dalam puisi-puisi tersebut dapat mengurangkan kesan emosi terhadap seseorang yang ditegur.
(vii) Gambaran masyarakat
Secara keseluruhan, hasil-hasil sastera melayu tradisional adalah satu-satunya bentuk dokumentasi  yang boleh menjadi rujukan untuk melihat corak hidup dan gambaran masyarakat  zaman silamnya. Justeru tidak terdapat sebarang bentuk catatan kecuali  sedikit  sebanyak yang terpahat pada dinding gua, hasil-hasil sastera sama ada lisan atau bertulis merupakan sumber utama penelitian antropologi manusia Melayu.

Satu lagi perkara yang ketara tentang kecenderungan pengarang memasukkan gambaran masyarakat dalam karya mereka ialah untuk menjadikannya sebagai pedoman kepada generasi akan datang. Hal ini bersesuaian dengan motif penciptaan sesebuah karya sastera itu sendiri iaitu memberikan pedoman kepada masyarakat tentang nilai dan norma yang luhur dan wajar dipupuk merentasi batas zaman.

Tokoh Sastera


Kajian ke atas tokoh kesusasteraan Melayu tradisional. kajian perlu memberi penekanan kepada latar, sumbangan, dan kepentingan tokoh-tokoh tersebut. Antara tokoh-tokoh penting kesusasteraan Melayu tradisional yang perlu diberi penekanan ialah:
(i)     Tun Seri Lanang
(ii)    Hamzah Fansuri
(iii)   Bukhari al-Jauhari
(iv)   Nuruddin al-Raniri
(v)    Sheikh Daud al-Fatani
(vi)   Raja Ali Haji
(vii)  Syed Muhammad bin Zainal Abidin
(viii) Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani

(i)     TUN SRI LANANG

Nama sebenarnya ialah Tun Muhamad bin Tun Ahmad. Dilahirkan di Johor. Beliau ialah keturunan Bendahara Melaka dan Johor. Hidup pada akhir abad ke-17. anak kepada Paduka Temenggung Ahmad. Oleh  sebab itu, beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam sejarah pertuanan Melaka dan Johor. Kebolehan itu mendorong beliau mengarang. Beliau menjadi Bendahara Johor pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil (1570-1579). Tun Sri Lanang pernah membantu Raja Abdullah memerintah Johor setelah Sultan Alauddin Riayat Syah tidak berminat memerintah. Raja Abdullah telah meminta beliau yang bergelar Bendahara Paduka Raja mengarang buku Sejarah Melayu pada tahun 1612.

      Pada tahun 1613, beliau telah dibawa ke Acheh apabila Johor dikalahkan oleh Acheh. Beliau menemui Syeikh Nurudin al-Raniri dan mengajar bahasa Melayu kepada Syeikh itu. Di Acheh juga beliau menyambung penulisan bukunya, ‘Buku Melayu’. Hal ini ada tersebut dalam buku ‘Bustan al-Salatin’ karya Syeikh Nuruddin al-Raniri fasal 12 bab 11. Beliau sangat meminati kitab-kitab dan buku-buku pengetahuan. Karangan beliau telah membolehkan kita mengetahui sejarah dan budaya bangsa kita pada hari ini.



(ii)    HAMZAH FANSURI

Beliau sangat terkenal sebagai seorang pujangga Melayu-Islam dalam zaman kegemilangan Acheh. Beliau dilahirkan di Barus, Sumatera Utara. Beliau terkenal sebagai seorang penyair dan ahli suluk. Beliau pernah mengunjungi negeri Pahang, Bentan, Jawa, Siam, Mekah dan Madinah. Beliau tidak jemu-jemu mempelajari segala ilmu. Beliau juga mengembangkan ajaran-ajaran agama dengan dibantu oleh Syamsuddin al-Sumatera-i. Namun begitu, ajaran-ajaran suluknya ditentang hebat oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf dari Singkel.

      Segala pendapat, ajaran, dan karangan Hamzah dikatakan membahayakan pengikut-pengikut agama Islam. Akibatnya,Sultan Iskandar Thani memerintahkan kitab-kitab karangan Hamzah dan Syamsuddin dibakar pada tahun1637. Hamzah Fansuri juga terkenal sebagai seorang penyair yang menghasilkan karya yang mengandungi kias ibarat, panduan hidup serta teladan kepada manusia.

      Hal ini boleh dilihat dalam ‘Syair Perahu’. Beliau mengibaratkan kehidupan manusia umpama sebuah perahu. Antara syair-syair beliau yang lain ialah ‘Syair Burung Pungguk, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir dan Syair Burung Pingai’. Manakala karangan beliau yang lain ialah dua buah kitab iaitu’ Sarab al-Asyikin dan Asrar al-Ariffin fi-Bayan Ilmu al-Suluk waI-Tauhid’. Hamzah terkenal dalam Kesusateraan Melayu Tradisional sebagai orang yang memperkenalkan bentuk syair yang kita kenali sekarang ini. Selain itu, beliau juga menjadi penyumbang utama dalam Sastera Kitab.

(iii)    BUKHARI AL- JAUHARI

Beliau seorang pujangga Melayu. Hidup dalam kurun ke-17. Beliau berasal dari Johor, tetapi menetap di Acheh pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Pada tahun 1603, beliau mengarang ‘Taj al-Salatin’ yang dikatakan berdasarkan kepada beberapa buah kitab daripada bahasa Arab dan Parsi. Kitab ini mengandungi falsafah kemanusiaan, khusus sebagai panduan kepada raja. Namun begitu, ‘Taj al-Salatin’ sangat terkenal di Alam Melayu, dipelajari oleh bangsawan di Solo dan Jogja serta diterjemahkan ke dalam bahasa Jawa dan Makasar. Kitab ini sangat tinggi nilainya kerana pengaruhnya yang sangat begitu luas.

Sebagai seorang pengarang, tidak syak lagi bahawa beliau ialah penyumbang kepada genre ketatanegaraan yang membolehkan kita mengetahui peraturan-peraturan yang dipakai pada zaman dahulu untuk memerintah dan tugas serta tanggungjawab semua pihak yang mendiami sesebuah negeri.
(iv)   NURUDDIN AL-RANIRI

Nama sebenarnya ialah Syeikh Nuruddin bin Ali al-Raniri. Beliau berasal daripada Render, berhampiran bandar Sirat dalam daerah Gujerat, India. Beliau pernah mempelajari bahasa Melayu daripada seorang Jawa ketika berada di Mekah dan mendalaminya daripada ajaran Tun Sri Lanang. Beliau seorang pengarang yang banyak menghasilkan karya-karya dan memetik serta menterjemah karangan-karangan daripada bahasa Arab dan Parsi. Beliau sangat disayangi Sultan Acheh. Atas perintah Sultan Iskandar Thani, beliau mengarang ‘Bustan al-Salatin’ (Taman Raja-raja) pada tahun 1638. Sebelum itu, beliau telah mengarang kitab al-Mustaqin (1628). Beliau juga telah menterjemahkan ‘Kitab Syarah al-Akaid al-Nasafiya’ ke dalam bahasa Melayu daripada bahasa Arab dengan namanya ‘Durrat al-Faraid Bisyarah al-Akaid’.

    Beliau menentang hebat ilmu suluk yang dikembangkan oleh Hamzah Fansuri dan Syamsuddin al-Sumatera-i. Untuk itu, beliau mengarang kitab ‘Tabyan fi Makrifat al-Adyan’ (1664) yang mengandungi tentangan terhadap ajaran suluk itu. Ada beberapa buah lagi kitab yang dikarangnya iaitu ‘Asrar al-Insan fi Makrifat al-Roh wal-Rahman’ (1640), ‘Kitab Akhbar al-Akhirat’(1642) dan ‘Jawahir al-Ulum fi Kasyf al-Maklum’ (1642).

     Sebagai seorang ulamak yang disayangi sultan dan keluarganya, beliau mempunyai pengaruh yang sangat besar di kalangan pemerintah sehingga penentangannya terhadap Hamzah Fansuri dan Syamsuddin disokong sultan dan para pembesar lainnya. Beliau merupakan penyumbang utama dalam bidang keagamaan dan juga kitab ketatanegaraan. Sumbangan beliau memberikan pengetahuan, petunjuk dan panduan kepada rakyat serta pemerintah.


(v)    SYEIKH DAUD AL-FATANI 
Nama sebenar beliau Syeikh Daud ibn Abdullah. Lahir di Krisik, Patani, Selatan Thai pada awal abad ke-18. Beliau pernah belajar selama 30 tahun di Mekah dan 5 tahun di Madinah. Beliau terkenal sebagai ulamak yang banyak mengarang buku-buku agama di samping berdakwah menerusi buku-buku karangannya di seluruh Alam Melayu.

      Di samping itu,beliau mempunyai pengikut dan anak muridnya di seluruh Alam Melayu termasuk raja-raja dan pembesar seperti Sultan Safuddin, Raja Sambas. Antara karangan-karangan beliau yang terkenal ialah ‘Kifyatul Muhtaj’ (Hikayat Mikraj al-Nabi), ‘Al-Dhur al-Thamin’ (membicarakan tentang pengikut Islam), ‘Ghayatul takrib’ (membicarakan hukum faraid), ‘Minhaj al-Abidin’ dan ‘Furu al-Masa’il waUsul al-Masa’il. Berpandukan hasil-hasil karya beliau, kita dapat menggolongkan Syeikh Daud sebagai ulamak dan pengarang sastera kitab yang gigih dan berpengaruh di Alam Melayu.


(vi)   RAJA ALI HAJI

Beliau dilahirkan di Pulau Penyengat, Riau. Berketurunan pembesar Bugis. Datuknya Raja Haji, seorang pahlawan yang menjadi Yamtuan Muda Johor pada tahun 1777. Manakala ayahnya Raja Ahmad ialah pembesar Riau yang pernah dihantar berunding dengan Belanda di Jawa. Beliau pernah mengikut ayahnya menunaikan haji ke Mekah dan menuntut ilmu ke sana. Sekembalinya ke Riau, beliau bertugas sebagai penasihat dan guru kepada Raja Ali, Yamtuan Muda Johor ketika itu. Beliau terkenal sebagai ahli bahasa dan menulis buku tatabahasa Melayu iaitu ‘Bustan al-Katibin’ (Taman Pujangga) pada tahun 1857. Usaha beliau mendapat sanjungan kerana penyusunannya membantu menambah buku tatabahasa Melayu. Beliau juga mengarang sebuah kamus yang bernama ‘Kitab Pengetahuan Bahasa’ tetapi karyanya yang paling terkenal ialah ‘Tuhfat al-Nafis’ yang dikarangnya pada tahun 1865 di Pulau Penyengat, Riau yang menjadi pusat pemerintahan Empayar Johor-Riau.

      Karya yang berbentuk Sastera Sejarah ini amat berbeza dengan karya yang sama denganya. Sungguhpun masih terdapat mitos dan lagenda di dalamnya, tetapi tarikh-tarikh telah diberikan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku, tidak seperti dalam ‘Sejarah Melayu’ dan ‘ Hikayat Raja-raja Pasai’.

      Karya-karya beliau yang lain ialah ‘Syair Abdul Muluk, Syair Suluh Pegawai, Syair  Siti Sianah, Gurindam Dua Belas dan Syair Sinar Gemala Mastika Alam’. Oleh itu, kita boleh menganggap beliau sebagai seorang pengarang yang prolifik pada zamannya. Beliau bukan sahaja menyumbang kepada bidang kesusasteraan tetapi juga sejarah dan bahasa.



(vii)   SYED MUHAMMAD BIN ZAINAL ABIDIN

Beliau terkenal dengan gelaran Tuk Ku Tuan Besar di Terengganu. Dilahirkn pada tahun 1795. Mendapat pendidikan langsung daripada bapanya dan seorang guru agama bernama Syeikh Abdul Kasir bin Abdul Rahim juga seorang ulamak dan mufti zaman pemerintahan Sultan Baginda Omar di Bulat Bayas. Beliau juga pernah berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin juga ulamak terkenal dan guru kepada Sultan zainal Abidin III. Seterusnya beliau pergi ke Mekah mempelajari ilmu fiqh, usuluddin, tasawuf di samping ilmu bahasa dan ilmu sastera (ilmu balaghah, arud dan qafiah). Hasilnya beliau sangat berminat dengan sastera.

Antara karya-karya beliau dalam bentuk puisi nazam ialah ‘Kanz al-Ula, Sirat al-Nabawiyah, Jawahir al-Saniyyah, Al-Durrat al-Fakhirat dan Tahliyat al-Wildan. Beliau juga menghasilkan beberapa karya tentang akidah dan fiqh. Beliau merupakan ahli agama dan sastera yang terkenal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia suatu ketika dulu.



(viii)  SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATANI

Nama sebenar beliau ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa. Lahir di Patani dalam tahun 1856. Mendapat pendidikan agama di tempat kelahirannya di Mekah dan di Mesir. Beliau bukan sahaja mempelajari ilmu usuluddin, fiqh, tauhid, hadis, tafsir, nahu dan saraf malahan sangat cenderung kepada mata pelajaran sains dan sastera.
     Di samping itu, beliau meminati ilmu perubatan. Beliau telah menghasilkan beberapa buah karya dalam beberapa bidang ilmu. Hasil tulisannya terdapat 10 buah buku dalam bahasa Melayu dan 13 buah buku dalam bahasa Arab. Karangan-karangannya meliputi bidang-bidang usuluddin, fiqh, tasawuf, sejarah, sains, bahasa, sastera dan perubatan. Peluang bertugas di pencetakkan semasa di Mekah dan di Mesir membolehkannya mengarang kitab dan menerbitkannya. Antara karangan beliau yang terkemuka ialah ‘Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin’ yang memuatkan segala bidang ilmu. Oleh itu, beliau dapat dianggap sebagai tokoh pengarang yang serba boleh dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional.

19 June 2012

SKEMA KM1 PERTENGAHAN TAHUN




1.      Kedatangan Islam ke alam  Melayu telah membawa karya-karya non-naratif
dalam masyarakat Melayu tradisional.
Huraikan 6 karya non-naratif yang di bawa oleh Islam ke alam Melayu
dengan berdasarkan contoh-contoh yang sesuai.                          [25 markah]

Fakta 1.  Syair.
Huraian + contoh .  – Syair berasal daripada bahasa Arab ‘shi’r’ yang
                                       Membawa maksud puisi.
-          Jenis puisi tradisional yang berangkap iaitu 4 rangkap sebaris.
-          Setiap baris rangkapnya merupakan isi atau maksud puisi.
-          Kekempat-empat baris itu mempunyai rima yang sama iaitu aaaa.
-          Syair membawa tema yang barkaitan dengan kias ibarat,sindiran,nasihat,pengajaran,agama dan cerita.
-          Cth…syair nasihat,syair ghafilah.

                   Fakta 2. Nazam
                   Huraian + Contoh.    -    Sebuah puisi Arab yang bermaksud lagu atau zikir
                                                          Bagi satu tujuan,sambutan atau keramaian.
-          Merupakan puisi dua baris serangkap yang
Mempunyai 5 atau 6 perkataan sebaris.
-          Ia mempunyai ikatan dalam 12 baris dalam sajaknya
Dua baris serangkap dan adakalanya 4 baris.
-          Corak isinya mengandungi pelajaran agama Islam
      Yang paling dasar.
-          Tema isinya berkaitan dengancerita tentan Nabi Muhammad s.a.w. ,ilmu tauhid ,ilmu fikah dan rukun iman.
-          Cth….nazam Kaanz al-‘ula.

                   Fakta 3. Rubai[Rubaiyat]
                   Huraian + Contoh.      -   Puisi Melayu lama yang berasal dari kesusasteraan 
                                                            Arab – Parsi.                                                                                                
-          Terdiri daripada 4 baris serangkap yang jumlah
      Perkataannya tidak menentu.
-          Ianya mengandungi falsafah  yang mendalam.
-          Memerlukan tahap intelek yang tinggi untuk menghasilkannya.
-          Satu rangkap rubai merupakan satu idea atau pemikiran yang lengkap.
-          Cth…kemuliaan insan  dan manusia.

                   Fakta 4. Masnawi
                   Huraian + Contoh.  -     Merupakan puisi lama yang berasal dari Parsi.
-          mempunyai rima akhir yang berpola aa , bb dan cc.
-          Isi atau idea utamannya tentang puji-pujian
-          Rubai mengandungi jumlah barisyang bebas dalam rangkapnya.
-          Cth…masnawi Abu Bakar , masnawi Omar.

                   Fakta 5.  Qit’ah
                   Huraian + contoh.    -     Puisi yang berbentuk bebas yang tiada ikatan dari
                                                           Segi jumlah rangkapnya.
-          Setiap rangkapnya membawa satu kesatuan idea atau
      Isi serta tema yang dibawanya.
-          Corak isinya membawa pemikiran tentang keilmuan.
-          Merupakan puisi yang diduplikasi daripada puisi Arab dari bentuk syair.
-          Cth…Ehwal Insan dan Zalim

                   Fakta 6. Ghazal.
                   Huraian + Contoh.   -    Puisi berangkap yang terdiri daripada delapan baris.
-          Setiap barisnya di akhiri oleh perkataan yang sama.
-          Puisi ini berasal daripada Parsi.
-          Isi dan temanya b erkaitan tentang cinta dan kasih sayang.
-          Puisi ini berbentuk bebas yang tidak tentu bilangan perkataan yang tidak seimbang.
-          Cth…Ghazal Kekasih.

              [fakta =1 markah , Huraian + Contoh = 3 markah]

Soalan 2

[i] Nyatakan latar belakang Tun Seri Lanang .            [5m]

Fakta 1 : Nama sebenarnya Tun Muhammad   {1m]

Fakta 2 : Keturunan bangsawan Melayu daripada bendahara Melaka.  [1m]

Fakta 3 : Bertugas sebagai bendahara sewaktu pemerintahan Raja Abdullah   {1m]

Fakta 4 : Bendahara kerajaan Melayu  Johor      [1m]

Fakta 5 : Bertugas sebagai penyusun dan penulis Sulalatus Salatin.     {1m]

[ii] Jelaskan empat keistimewaan Tun Seri Lanang berdasarkan isi kandungan sejarahMelayu.                                                                          [20m]
1. Fakta : Seorang yang bijaksana dan intelektual             [2m]

Huraian +cth : Daripada penulisan karya tersebut dapat dilihat nilai keintelektualan Tun Seri Lanang yang peka dengan sejarah dan perubahan politik yang berlaku disekitarnya. Sebagai seorang yang mencintai ilmu beliau pasti telah membaca banyak hikayat dalam kesusasteraan asing spt Hik. IskandarZulkarnain dan,Hik.Raja Pasai yang dimuatkan dalam karya ini dengan begitu menarik sekali.                   [3m]

2.Fakta :  seorang yang kreatif dan artistik                        [2m]

Huraian +cth : Tun Seri lanang seorang yang berpengetahuan luas,kreatif dan artistik sehingga beliau dapat menampilkan Sejarah Melayu dalam bentuk yang sangat  unik . Ini dapat dilihat melalui perlukisan kisah , pengembaraan serta gambaran masyarakat Melayu dengan hidup dan indah. Kisah –kisah itu digarap dengan jelas sehingga mengusik jiwa dan perasaan terutamanya gambaran peperangan dan tragis.        [3m]

3.Fakta : Seorang yang berkebolehan dalam menggambarkan peristiwa lampau dengan realistik.                                                                              [2m]

Huraian + Cth : Huraiannya tentang peristiwa lampau yang bukan pada zamannya adalah menarik dan lebih realistik terutamanya melalui kisah dan tragedi seperti kisah pembunuhan Tun Besar atau pun kisah pembunuhan bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir.                                                                     

4. Fakta : seorang yang dapat memaparkan sesuatu watak itu dengan begitu hidup.  [2m]

Huraian + Cth : Watak-watak dalam Sejarah Melayu terutamanya watak-watak istimewa dan memilki sifat yang berlainan serta  unsur lucu dapat digambarkan begitu hidup melalui sikap dan tingkah laku watak tersebut ,menimbulkan rasa cemas, geli hati dan marah kepada pembaca. Terutamanya dalam cerita Mia Ruzul dengan kambing Randuk atau pun cerita tentang Tun Mai Ulat Bulu.                       [3m]

5. Fakta :Seorang yang bijak dalam pengunaan  gaya bahasa dan teknik bercerita   [2m]

Huraian + CTh : Gaya bahasa dalam Sejarah Melayu begitu banyak kerana beliau seorang yang boleh menguasai pelbagai bahasa. Di mana dalam sejarah  Melayu terdapatnya penggunaan Bahasa Arab, Jawa, dan Parsi . Manakala terdapat pelbagai teknik penulisan yang dipersembahkan olehnya seperti teknik dialog, monolog, intermonolog, pantun, syair yang boleh menimbulkan kesan keindahan serta menarik minat pembaca untuk terus membaca karya tersebut.                      [3m]

Soalan 3
 a. fakta  - Dosa yang dimaksudkan ialah kegagalan Hang Hadim untuk 
                    membawa pulang kain serasah yang dipesan oleh Sultan Mahmud  
                    dari Benua Keling  (2m)

        huraian - Hang Nadim telah diutuskan ke Benua Keling untuk membeli 40 
                       helai kain serasah pelbagai corak
                      - Hang Nadim telah menumpang kapal Hang Isap yang telah              
                        disumpah oleh Sayid akibat pertelagahan
                      - Akibatnya Sultan Mahmud Murka kerana hanya 4 helai sahaja
                        kain yang dapat diselamatkan (4 m)

b. Siapakah Tun Teja dan mengapa baginda menginginkannya?

     i. Nama asalnya Tun Teja Ratna Menggala
    ii  Tun Teja anak kepada bendahara Pahang (Seri Amar Bangsa Diraja)
   iii. memiliki rupa paras yang cantik
   iv  memiliki kebolehan mengesip / membelah lada sulah dengan gigi
    v. tunang kepada Sultan Abdul Jamal              

   baginda menginginkan Tun Teja kerana

    i. Seri Wak raja telah mengkhabarkan kecantikan Tun Teja
   ii. Sultan Mahmud telah kematian permaisuri     

c. Tindakan Hang Nadim untuk mendapatkan Tun Teja (9 m)

    i. Berbuat baik dengan seorang perempuan tua pelulut untuk memasuki rumah
       Datuk Bendahara
   ii.  Menawarkan emas dan kain baju yang banyak kepada si pelulut
  iii.  memberi si pelulut satu lulut untuk disapu ke badan Tun Teja
  iv.  Tun Teja dilarikan ke Pahang menggunakan jong milik Nakhoda Saiyid
        Ahmad                                                                     (3 X 3m)

Soalan 5
Ciri-ciri keagamaan dan tujuannya

Ciri 1   :    Memulakan pujian kepada Allah
Tujuan :    Ia merupakan pengakuan, bahawa segala yang akan dibicarakan adalah milik
                 Allah. Apa-apa yang dibicarakan adalah sebahagian daripada ilmunya
Contoh:    (m/s 197) Alhamdulillah al-lazi…

Ciri 2   :    Berikutnya disertakan dengan selawat dan salam ke atas penghulu kita nabi
                 Muhammad s.a.w, keluarga dan sahabat
Tujuan :    merupakan pengakuan dan pengiktirafan terhadap nabi Muhammad s.a.w dan
                  peranannya membawa petunjuk Islam. Nabi, keluarga dan sahabat adalah
                  contoh teladan dan ikutan yang baik
Contoh:     (m/s 198) Dan rahmat dan sejahtera atas penghulu kita nabi Muhammad…

Ciri 3  :     Pengarang merasa bertanggungjawab untuk menyebarkan ilmu agama atas
                  permintaan pemerintah, kawan-kawan atau pelajar-pelajar atau dorongan diri
                  sendiri.
Tujuan :   menambah ilmu, memberi dan menyebarkan ilmu
Contoh:    (m/s 200) Imam Syafii banyak hafaz ia akan asy’ar mengaji atasnya…

Ciri 4   :    Di dalam karangan kitab sering disulami dengan ayat al-Quran dan hadis
                 berkait dengan persoalan yang dibicarakan 
Tujuan :   mengukuhkan persoalan-persoalan yang dibicarakan menurut perspektif Islam
Contoh :   (m/s 204) katanya kulihatkan dikau, pada hal aku membacakan hadis
                 Rasullallah s.a.w

Ciri 5   :    Pengarangnya daripada golongan agama/ulama
Tujuan :   Untuk lebih diyakini kerana pengarangnya mempunyai kepakaran dan
                 kedudukan dalam masyarakat
Contoh :  (m/s 196) Kitab ini dikarang oleh Syeikh Ahmad b.Muhamad Zain dan
                 Mustafa. Beliau mendapat pendidikan di Pattani dan Makkah

Ciri 6   :   Isinya berkaitan dengan ilmu/tokoh Islam
Tujuan :   Untuk meninggikan/memperkukuh syiar Islam untuk dijadikan panduan
                 kepada umat Islam
Contoh :   Ini kelebihan al-Imam al-A’zam al-Afkar Imam kita Shafii r.a

Ciri 7   :   Isinya berkaitan nama-nama imam mazhab ternama
Tujuan :   Untuk menerangkan tkoh-tokoh besar dalam agama Islam yang boleh dijadikan
                 contoh teladan
Contoh:    (m/s 206) Imam Malik, Imam Syafii

Soalan 6
a) Huraikan tiga perkara penting  dalam petikan di atas                                [6 m]

-          Nisumbli seorang perempuan peliharaan permaisuri meminta Ahmad dan
      Muhammad supaya tidak tinggal lama sebaliknya pergi ke mana-mana kerana
      hendak di bunuh

-          Nisumbli memberitahu dia dating ke situ kerana mendengar nakhoda menitahkan
      budak-budak Habsyi membunuh mereka

-          Mereka berdua tidak dibenar lama-lama di situ sebaliknya pergi ke mana-mana
      mencari kehidupan baru.

( 1 isi 2 markah)

b.Huraikan arahan bunuh yang dikenakan ke atas kedua budak tersebut       [8 m]

-          Nakhoda marah, mukanya seperti api menyala-nyala apabila diberitahu
      budaknya(pengikutnya) memberitahu kepala mereka disepak oleh Ahmad
      dan Muhamad

-          Nakhoda menyepak kepala budaknya (pengikutnya) kerana pemberitahuan
Tersebut

-          Nakgoda menyuruh memanggil 50 orang budak  Habsyi dan menyuruh bunuh
      Ahmad dan Muhamad

-          Nakhoda berjanji akan memberi harta sebanyak seratus dirham dan akan
       memulangkan (membebaskan) mereka ke negeri Hapun

-          Mereka juga akan dibekalkan dengan makanan dan kapal
    (1 isi 2 markah)


 c. Selepas episod di atas, kedua kanak-kanak tersebut berjaya melepaskan diri.
      Terangkan bagaimana mereka melepaskan diri                                        [11 m]

-          Sang Maha Pendeta suruh mereka membawa diri dengan membekalkan azimat
dan keris seorang sebilah

-          Mereka dinasihatkan supaya tidak lupa ilmu Allah, tidak takbur, sentiasa beribadat serta tidak berpisah antara keduanya.

-    Mengendong Muhamad lalu lari meninggalkan tempat tersebut siang dan malam,
      masuk hutan keluar hutan hingga sampai ke negeri Hapun

-          Mereka kemudian lari masuk ke dalam gua, bernama Hamindar Singsih

-          Habsyi menutup pintu gua supaya Ahmad dan Muhamad tidak dapat keluar

-          Ahmad dan Muhamad bertemu seorang tua bertapa Tuan Syeikh Khailuddin serta mengajar perkara-perkara yang baik

-          Syeikh Khailudin berdoa supaya kedua kanak-kanak itu selamat

-          Seorang Habsyi menyedari ahmad dan Muhamad lari lalu memberitahu temannya untuk mengajar Ahmad dan Muhamad

-          Ahmad dan Muhamad mengambil keputusan untuk menentang orang-orang Habsyi. Ahmad dan Muhamad berjaya membunuh beberapa orang sementara yang lain Berjaya melarikan diri 

-          Mereka kemudiannya selamat daripada pembunuhan

( 1 isi -1 markah)

Soalan 7
Jawapan:

i. Bentuk puisi;
    - berangkap-rangkap
   -  setiap rangkap mempunyai 4 baris, kecuali rangkap pertama 2 baris sahaja
   -  jumlah perkataan dalam satu baris antara 4 hingga 6 perkataan
   -  bilangan suku kata dalam setiap baris antara 10 hingga 15 suku kata.
   -  keseluruhan rima akhirnya iaitu a,a,a,a kecuali di rangkap pertama a,b.
   -  tiada pembayang hanya maksud atau isi yang hendak disampaikan oleh penyair.

ii.  Tema;

Bertemakan kesyukuran ibu bapa kerana memperoleh anak yang baru lahir yang  berupa rahmat daripada Allah s.w.t.
- Kesyukuran dan kegembiraan itu turut dirasai oleh kaum keluarga dan masyarakat keliling.
- Puisi di atas dinyanyikan sewaktu kenduri naik buaian atau berendoi iaitu ketika sebaik-baik sahaja ibu yang bersalin telah lepas pantang atau dalam pantang selama 44 hari. Namun kebiasaannya diadakan selepas 7 hari bayi tersebut dilahirkan serentak dengan memberikan namanya.
- Puisi endoi yang dinyanyikan secara beramai-ramai itu bermula dengan memuji-muji  kebesaran Allah s.w.t. kemudian menceritakan asal mula jadi kanak-kanak itu dari awal sehingga ketika ibu itu mengandung, disambung lagi dengan kisah kesusahan ketika ibu menjaga kandungannya sehingga bayi selamat dilahirkan.
- Dalam puisi tersebut jelas menggambarkan harapan ibu bapa akan masa depan anaknya dalam keadaan yang sempurna.



iii. Lima peringatan;

a. Menyarankan kepada masyarakat bahawa apa juga yang ingin dilakukan mesti bermula 
    dengan mengingati Allah s.w.t. dan Rasullullah s.a.w. Oleh itu masyarakat perlu tahu
    salasilah dan riwayat hidup Rasulullah s.a.w. kerana baginda ialah penghulu segala
    nabi dan pembawa syafaat kepada seluruh umat Islam.
b. Menceritakan asal kejadian manusia adalah sama iaitu bermulanya nabi Adam. Jadi
    masyarakat diingatkan agar mempelajari kisah nabi-nabi..
c. Setiap ibu bapa mengharap zuriatnya sendiri melalui perkahwinan yang sah dan
    sentiasa menanti-nanti kehadirannya seterusnya berhasrat ingin membesarkannya
    dengan penuh kasih sayang dan segala perhatian tertumpu kepada anak itu.
d. Menyampaikan nasihat kepada anak-anak agar berbuat baik, berbudi dan sentiasa
    menghormati ibu bapa mereka.
e. Pengorbanan ibu bapa terlalu banyak terhadap anak-anak mereka. Jasa mereka tidak
    terbalas terutama ibu yang mengandung dan melahirkan.
f.  Si ibu perlu menjaga kesihatannya agar anak dalam kandungan sentiasa dalam keadaan
    baik dan terpancar nur keislaman padanya.
g. Memperkatakan tentang pengajaran Islam seperti rukun Islam dan kitab suci al-Quran 
   yang perlu sentiasa menjadi panduan dan diambil berat oleh ibu bapa dalam mendidik
   anak-anak mereka .
                        



Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik


Bahasa Melayu Kuno digantikan dengan Bahasa Melayu Klasik. Peralihan ini dikaitkan dengan kedatangan agama Islam yang ke Asia Tenggara pada abad ke-13.

Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Ciri-ciri bahasa klasik ialah:
  • Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.
  • Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang
  • Menggunakan bahasa istana
  • Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
  • Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt.sebermula, alkisah, hatta, adapun.
  • Banyak menggunakan partikel pun dan lah
  • Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
  • Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.
  • Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan I’lamLmaka kemudian daripada itu (dari Amma ba’du); atau pada ayat sunat berbuka atas tamardan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab.
  • Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqa’id al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.

27 May 2012

SESI MEMILIH SAIZ BAJU KOPERAT:
TARIKH : 28/5/2012
MASA    : 8.00-10.00 AM
TEMPAT: KELAS TINGKATAN 6 (KABIN)