1. Kedatangan Islam ke
alam Melayu telah membawa karya-karya non-naratif
dalam masyarakat Melayu tradisional.
Huraikan 6 karya non-naratif yang di bawa oleh Islam ke
alam Melayu
dengan berdasarkan contoh-contoh yang
sesuai. [25
markah]
Fakta 1. Syair.
Huraian + contoh . – Syair berasal daripada bahasa Arab
‘shi’r’ yang
Membawa
maksud puisi.
- Jenis
puisi tradisional yang berangkap iaitu 4 rangkap sebaris.
- Setiap
baris rangkapnya merupakan isi atau maksud puisi.
- Kekempat-empat
baris itu mempunyai rima yang sama iaitu aaaa.
- Syair
membawa tema yang barkaitan dengan kias ibarat,sindiran,nasihat,pengajaran,agama
dan cerita.
- Cth…syair
nasihat,syair ghafilah.
Fakta
2. Nazam
Huraian
+ Contoh. - Sebuah puisi Arab
yang bermaksud lagu atau zikir
Bagi
satu tujuan,sambutan atau keramaian.
- Merupakan
puisi dua baris serangkap yang
Mempunyai 5 atau 6 perkataan sebaris.
- Ia
mempunyai ikatan dalam 12 baris dalam sajaknya
Dua baris serangkap dan adakalanya 4 baris.
- Corak
isinya mengandungi pelajaran agama Islam
Yang paling dasar.
- Tema
isinya berkaitan dengancerita tentan Nabi Muhammad s.a.w. ,ilmu tauhid ,ilmu
fikah dan rukun iman.
- Cth….nazam
Kaanz al-‘ula.
Fakta
3. Rubai[Rubaiyat]
Huraian
+ Contoh. - Puisi Melayu
lama yang berasal dari kesusasteraan
Arab
–
Parsi.
- Terdiri
daripada 4 baris serangkap yang jumlah
Perkataannya tidak menentu.
- Ianya
mengandungi falsafah yang mendalam.
- Memerlukan
tahap intelek yang tinggi untuk menghasilkannya.
- Satu
rangkap rubai merupakan satu idea atau pemikiran yang lengkap.
- Cth…kemuliaan
insan dan manusia.
Fakta
4. Masnawi
Huraian
+ Contoh. - Merupakan puisi lama yang
berasal dari Parsi.
- mempunyai
rima akhir yang berpola aa , bb dan cc.
- Isi atau
idea utamannya tentang puji-pujian
- Rubai
mengandungi jumlah barisyang bebas dalam rangkapnya.
- Cth…masnawi
Abu Bakar , masnawi Omar.
Fakta
5. Qit’ah
Huraian
+ contoh. - Puisi yang
berbentuk bebas yang tiada ikatan dari
Segi
jumlah rangkapnya.
- Setiap
rangkapnya membawa satu kesatuan idea atau
Isi serta tema yang dibawanya.
- Corak
isinya membawa pemikiran tentang keilmuan.
- Merupakan
puisi yang diduplikasi daripada puisi Arab dari bentuk syair.
- Cth…Ehwal
Insan dan Zalim
Fakta
6. Ghazal.
Huraian
+ Contoh. - Puisi berangkap yang
terdiri daripada delapan baris.
- Setiap
barisnya di akhiri oleh perkataan yang sama.
- Puisi ini
berasal daripada Parsi.
- Isi dan
temanya b erkaitan tentang cinta dan kasih sayang.
- Puisi ini
berbentuk bebas yang tidak tentu bilangan perkataan yang tidak seimbang.
- Cth…Ghazal
Kekasih.
[fakta
=1 markah , Huraian + Contoh = 3 markah]
Soalan 2
[i] Nyatakan latar belakang Tun Seri Lanang . [5m]
Fakta 1 : Nama sebenarnya Tun Muhammad {1m]
Fakta 2 : Keturunan bangsawan Melayu daripada bendahara
Melaka. [1m]
Fakta 3 : Bertugas sebagai bendahara sewaktu pemerintahan Raja
Abdullah {1m]
Fakta 4 : Bendahara kerajaan Melayu Johor [1m]
Fakta 5 : Bertugas sebagai penyusun dan penulis Sulalatus
Salatin. {1m]
[ii] Jelaskan empat keistimewaan Tun Seri Lanang berdasarkan isi
kandungan
sejarahMelayu. [20m]
1. Fakta : Seorang yang bijaksana dan
intelektual [2m]
Huraian +cth : Daripada penulisan karya tersebut dapat dilihat nilai
keintelektualan Tun Seri Lanang yang peka dengan sejarah dan perubahan politik
yang berlaku disekitarnya. Sebagai seorang yang mencintai ilmu beliau pasti
telah membaca banyak hikayat dalam kesusasteraan asing spt Hik.
IskandarZulkarnain dan,Hik.Raja Pasai yang dimuatkan dalam karya ini dengan
begitu menarik sekali. [3m]
2.Fakta : seorang yang kreatif dan
artistik [2m]
Huraian +cth : Tun Seri lanang seorang yang berpengetahuan luas,kreatif
dan artistik sehingga beliau dapat menampilkan Sejarah Melayu dalam bentuk yang
sangat unik . Ini dapat dilihat melalui perlukisan kisah ,
pengembaraan serta gambaran masyarakat Melayu dengan hidup dan indah. Kisah
–kisah itu digarap dengan jelas sehingga mengusik jiwa dan perasaan terutamanya
gambaran peperangan dan
tragis. [3m]
3.Fakta : Seorang yang berkebolehan dalam menggambarkan peristiwa
lampau dengan
realistik. [2m]
Huraian + Cth : Huraiannya tentang peristiwa lampau yang bukan pada
zamannya adalah menarik dan lebih realistik terutamanya melalui kisah dan
tragedi seperti kisah pembunuhan Tun Besar atau pun kisah pembunuhan bendahara
Seri Maharaja Tun
Mutahir.
4. Fakta : seorang yang dapat memaparkan sesuatu watak itu dengan
begitu hidup. [2m]
Huraian + Cth : Watak-watak dalam Sejarah Melayu terutamanya
watak-watak istimewa dan memilki sifat yang berlainan serta unsur
lucu dapat digambarkan begitu hidup melalui sikap dan tingkah laku watak
tersebut ,menimbulkan rasa cemas, geli hati dan marah kepada pembaca.
Terutamanya dalam cerita Mia Ruzul dengan kambing Randuk atau pun cerita
tentang Tun Mai Ulat
Bulu. [3m]
5. Fakta :Seorang yang bijak dalam pengunaan gaya bahasa dan
teknik bercerita [2m]
Huraian + CTh : Gaya bahasa dalam Sejarah Melayu begitu banyak kerana
beliau seorang yang boleh menguasai pelbagai bahasa. Di mana dalam
sejarah Melayu terdapatnya penggunaan Bahasa Arab, Jawa, dan Parsi .
Manakala terdapat pelbagai teknik penulisan yang dipersembahkan olehnya seperti
teknik dialog, monolog, intermonolog, pantun, syair yang boleh menimbulkan
kesan keindahan serta menarik minat pembaca untuk terus membaca karya
tersebut. [3m]
Soalan 3
a. fakta - Dosa yang
dimaksudkan ialah kegagalan Hang Hadim untuk
membawa
pulang kain serasah yang dipesan oleh Sultan Mahmud
dari
Benua Keling (2m)
huraian - Hang Nadim
telah diutuskan ke Benua Keling untuk membeli 40
helai
kain serasah pelbagai corak
-
Hang Nadim telah menumpang kapal Hang Isap yang
telah
disumpah
oleh Sayid akibat pertelagahan
-
Akibatnya Sultan Mahmud Murka kerana hanya 4 helai sahaja
kain
yang dapat diselamatkan (4 m)
b. Siapakah Tun Teja dan mengapa baginda menginginkannya?
i. Nama asalnya Tun Teja Ratna Menggala
ii Tun Teja anak kepada bendahara
Pahang (Seri Amar Bangsa Diraja)
iii. memiliki rupa paras yang cantik
iv memiliki kebolehan mengesip / membelah
lada sulah dengan gigi
v. tunang kepada Sultan Abdul
Jamal
baginda menginginkan Tun Teja kerana
i. Seri Wak raja telah mengkhabarkan kecantikan
Tun Teja
ii. Sultan Mahmud telah kematian
permaisuri
c. Tindakan Hang Nadim untuk mendapatkan Tun Teja (9 m)
i. Berbuat baik dengan seorang perempuan tua
pelulut untuk memasuki rumah
Datuk Bendahara
ii. Menawarkan emas dan kain baju yang banyak
kepada si pelulut
iii. memberi si pelulut satu lulut untuk disapu
ke badan Tun Teja
iv. Tun Teja dilarikan ke Pahang menggunakan
jong milik Nakhoda Saiyid
Ahmad (3
X 3m)
Soalan 5
Ciri-ciri keagamaan dan tujuannya
Ciri 1 : Memulakan pujian
kepada Allah
Tujuan : Ia merupakan pengakuan, bahawa segala
yang akan dibicarakan adalah milik
Allah.
Apa-apa yang dibicarakan adalah sebahagian daripada ilmunya
Contoh: (m/s 197) Alhamdulillah al-lazi…
Ciri 2 : Berikutnya disertakan
dengan selawat dan salam ke atas penghulu kita nabi
Muhammad
s.a.w, keluarga dan sahabat
Tujuan : merupakan pengakuan dan pengiktirafan
terhadap nabi Muhammad s.a.w dan
peranannya
membawa petunjuk Islam. Nabi, keluarga dan sahabat adalah
contoh
teladan dan ikutan yang baik
Contoh: (m/s 198) Dan rahmat dan sejahtera
atas penghulu kita nabi Muhammad…
Ciri 3 : Pengarang merasa
bertanggungjawab untuk menyebarkan ilmu agama atas
permintaan
pemerintah, kawan-kawan atau pelajar-pelajar atau dorongan diri
sendiri.
Tujuan : menambah ilmu, memberi dan menyebarkan ilmu
Contoh: (m/s 200) Imam Syafii banyak hafaz ia
akan asy’ar mengaji atasnya…
Ciri 4 : Di dalam karangan
kitab sering disulami dengan ayat al-Quran dan hadis
berkait
dengan persoalan yang dibicarakan
Tujuan : mengukuhkan persoalan-persoalan yang
dibicarakan menurut perspektif Islam
Contoh : (m/s 204) katanya kulihatkan dikau, pada hal
aku membacakan hadis
Rasullallah
s.a.w
Ciri 5 : Pengarangnya daripada
golongan agama/ulama
Tujuan : Untuk lebih diyakini kerana pengarangnya
mempunyai kepakaran dan
kedudukan
dalam masyarakat
Contoh : (m/s 196) Kitab ini dikarang oleh Syeikh Ahmad
b.Muhamad Zain dan
Mustafa.
Beliau mendapat pendidikan di Pattani dan Makkah
Ciri 6 : Isinya berkaitan dengan
ilmu/tokoh Islam
Tujuan : Untuk meninggikan/memperkukuh syiar Islam
untuk dijadikan panduan
kepada
umat Islam
Contoh : Ini kelebihan al-Imam al-A’zam al-Afkar Imam
kita Shafii r.a
Ciri 7 : Isinya berkaitan nama-nama
imam mazhab ternama
Tujuan : Untuk menerangkan tkoh-tokoh besar dalam
agama Islam yang boleh dijadikan
contoh
teladan
Contoh: (m/s 206) Imam Malik, Imam Syafii
Soalan 6
a) Huraikan tiga perkara penting dalam petikan di
atas [6
m]
- Nisumbli
seorang perempuan peliharaan permaisuri meminta Ahmad dan
Muhammad supaya tidak tinggal lama
sebaliknya pergi ke mana-mana kerana
hendak di bunuh
- Nisumbli
memberitahu dia dating ke situ kerana mendengar nakhoda menitahkan
budak-budak Habsyi membunuh mereka
- Mereka
berdua tidak dibenar lama-lama di situ sebaliknya pergi ke mana-mana
mencari kehidupan baru.
( 1 isi 2 markah)
b.Huraikan arahan bunuh yang dikenakan ke atas kedua budak
tersebut [8 m]
- Nakhoda
marah, mukanya seperti api menyala-nyala apabila diberitahu
budaknya(pengikutnya) memberitahu
kepala mereka disepak oleh Ahmad
dan Muhamad
- Nakhoda
menyepak kepala budaknya (pengikutnya) kerana pemberitahuan
Tersebut
- Nakgoda
menyuruh memanggil 50 orang budak Habsyi dan menyuruh bunuh
Ahmad dan Muhamad
- Nakhoda
berjanji akan memberi harta sebanyak seratus dirham dan akan
memulangkan (membebaskan)
mereka ke negeri Hapun
- Mereka
juga akan dibekalkan dengan makanan dan kapal
(1 isi 2 markah)
c. Selepas episod di atas, kedua kanak-kanak tersebut berjaya
melepaskan diri.
Terangkan bagaimana mereka
melepaskan diri [11
m]
- Sang Maha
Pendeta suruh mereka membawa diri dengan membekalkan azimat
dan keris seorang sebilah
- Mereka
dinasihatkan supaya tidak lupa ilmu Allah, tidak takbur, sentiasa beribadat
serta tidak berpisah antara keduanya.
- Mengendong Muhamad lalu lari meninggalkan
tempat tersebut siang dan malam,
masuk hutan keluar hutan hingga
sampai ke negeri Hapun
- Mereka
kemudian lari masuk ke dalam gua, bernama Hamindar Singsih
- Habsyi
menutup pintu gua supaya Ahmad dan Muhamad tidak dapat keluar
- Ahmad dan
Muhamad bertemu seorang tua bertapa Tuan Syeikh Khailuddin serta mengajar
perkara-perkara yang baik
- Syeikh
Khailudin berdoa supaya kedua kanak-kanak itu selamat
- Seorang
Habsyi menyedari ahmad dan Muhamad lari lalu memberitahu temannya untuk
mengajar Ahmad dan Muhamad
- Ahmad dan
Muhamad mengambil keputusan untuk menentang orang-orang Habsyi. Ahmad dan
Muhamad berjaya membunuh beberapa orang sementara yang lain Berjaya melarikan
diri
- Mereka
kemudiannya selamat daripada pembunuhan
( 1 isi -1 markah)
Soalan 7
Jawapan:
i. Bentuk puisi;
- berangkap-rangkap
- setiap rangkap mempunyai 4 baris, kecuali rangkap
pertama 2 baris sahaja
- jumlah perkataan dalam satu baris antara 4 hingga
6 perkataan
- bilangan suku kata dalam setiap baris antara 10
hingga 15 suku kata.
- keseluruhan rima akhirnya iaitu a,a,a,a kecuali di
rangkap pertama a,b.
- tiada pembayang hanya maksud atau isi yang hendak
disampaikan oleh penyair.
ii. Tema;
Bertemakan kesyukuran ibu bapa kerana memperoleh anak yang baru lahir
yang berupa rahmat daripada Allah s.w.t.
- Kesyukuran dan kegembiraan itu turut dirasai oleh kaum keluarga dan masyarakat
keliling.
- Puisi di atas dinyanyikan sewaktu kenduri naik buaian atau berendoi
iaitu ketika sebaik-baik sahaja ibu yang bersalin telah lepas pantang atau
dalam pantang selama 44 hari. Namun kebiasaannya diadakan selepas 7 hari bayi
tersebut dilahirkan serentak dengan memberikan namanya.
- Puisi endoi yang dinyanyikan secara beramai-ramai itu bermula dengan
memuji-muji kebesaran Allah s.w.t. kemudian menceritakan asal mula jadi
kanak-kanak itu dari awal sehingga ketika ibu itu mengandung, disambung lagi
dengan kisah kesusahan ketika ibu menjaga kandungannya sehingga bayi selamat
dilahirkan.
- Dalam puisi tersebut jelas menggambarkan harapan ibu bapa akan masa
depan anaknya dalam keadaan yang sempurna.
iii. Lima peringatan;
a. Menyarankan kepada masyarakat bahawa apa juga yang ingin dilakukan
mesti bermula
dengan mengingati Allah s.w.t. dan Rasullullah
s.a.w. Oleh itu masyarakat perlu tahu
salasilah dan riwayat hidup Rasulullah s.a.w. kerana
baginda ialah penghulu segala
nabi dan pembawa syafaat kepada seluruh umat Islam.
b. Menceritakan asal kejadian manusia adalah sama iaitu bermulanya nabi
Adam. Jadi
masyarakat diingatkan agar mempelajari kisah
nabi-nabi..
c. Setiap ibu bapa mengharap zuriatnya sendiri melalui perkahwinan yang
sah dan
sentiasa menanti-nanti kehadirannya seterusnya
berhasrat ingin membesarkannya
dengan penuh kasih sayang dan segala perhatian
tertumpu kepada anak itu.
d. Menyampaikan nasihat kepada anak-anak agar berbuat baik, berbudi dan
sentiasa
menghormati ibu bapa mereka.
e. Pengorbanan ibu bapa terlalu banyak terhadap anak-anak mereka. Jasa
mereka tidak
terbalas terutama ibu yang mengandung dan
melahirkan.
f. Si ibu perlu menjaga kesihatannya agar anak dalam kandungan
sentiasa dalam keadaan
baik dan terpancar nur keislaman padanya.
g. Memperkatakan tentang pengajaran Islam seperti rukun Islam dan kitab
suci al-Quran
yang perlu sentiasa menjadi panduan dan diambil berat oleh
ibu bapa dalam mendidik
anak-anak mereka .
No comments:
Post a Comment