Subtajuk Kata Tugas mesti ditanya dalam BM 1 STPM setiap tahun. Adalah rugi sekiranya anda tidak menguasainya...
KATA TUGAS
KATA TUGAS
· Kata yang bersifat pelbagai jenis (heterogen) – tidak boleh jadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik (FN/FK/FA) · Hadir dalam ayat, klausa @ frasa · Mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu | ||||
JENIS KT | DEFINISI | CONTOH | ||
Kata hubung Dan, lalu, malahan, yang, bahawa, kerana | Hubung 2 binaan ayat AMC AMP | 1. Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain. 2. Budak yang sedangmembaca itu adik saya | ||
Kata seru Aduh, cis, amboi | Lahirkan perasaan | 1. Aduh, sakitnya kakiku ! 2. Amboi, comelnya bayi itu ! | ||
Kata Tanya ASIBIDIBAM | Tanya / soal | 1. Apakah yang ada dalam kotak itu ? | ||
Kata perintah Jangan, usah, minta, harap, tolong | Tindakbalas – perintah, arahan, larangan, silaan, permintaan | 1. Jangan buang sampah di sini. 2. Sila ambil makanan di sana. 3. Tolong temankan adik saya. | ||
Kata pembenar Ya, benar, betul | mengesahkan | 1. Ya, itulah orangnya. 2. Betul, kamilah yang menjaga budak itu. | ||
Kata pangkal ayat Maka, adapun, sebermula | Depan ayat | 1. Maka panglima itu pun diberi persalinan. 2. Hatta istana itu pun siaplah. | ||
Kata Bantu · Telah, sedang, masih · Hendak, mahu, patut, dapat, mesti, mungkin | Aspek – masa | 1. Pekerja itu sudah pulang. 2. Ahmad akan ke sana esok. | ||
Ragam - perasaan | 1. Kanak-kanak itu hendakmakan. 2. Dia patut datang bulan lalu. | |||
Kata penguat · Terlalu, makin, agak, paling, cukup, kurang. · Sekali, nian, betul, benar · Amat, sungguh, sangat | Depan | 1. Masakan ibunya palingsedap 2. Sungai itu agak dalam. | ||
Belakang | 1. Indah nian istana bunian. 2. Lambat benar bas itu tiba. | |||
bebas | 1. Pakaian seragam pasukan itu amat kemas. 2. Pakaian seragam pasukan itu kemas amat. | |||
Kata penegas · Juga, jua, pun, lagi, hanya, memang · -kah, -tah, -lah | Kata | 1. Hanya dia sahabat baik saya. 2. Kami juga ingin ke pekan. | ||
partikel | 1. Siapakah majikan kamu ? 2. Itulah rumah idamanku. | |||
Kata nafi · Bukan · Tidak · Bukan...tidak | Bukan (FN / FSN ) | 1. Projek itu bukan usaha saya. 2. Makanan itu bukan untuk Ratna. | ||
Tidak (FK / FA) | 1. Bapanya tidak turun ke sawah hari ini 2. Kenyataan itu tidak benar. | |||
Bukan (FK/FA) pertentangan maklumat | 1. Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja 2. Pak Ali bukan kaya sangat, tetapi pemurah orangnya. | |||
Kata pemeri · Ialah · adalah | Ialah + FN Adalah + FA Adalah + FSN | 1. Bahasa Melayu ialahsalah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia. 2. Makanan seimbangadalah baik untuk kesihatan badan 3. Sumbangan besar beliauadalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar. | ||
Kata arah tepi, belakang atas, bawah, sisi, selatan, timur dll. | Hala | 1. Buku itu ada di atas meja. 2. Mereka menuju ke tengahpadang. | ||
Kata bilangan | Tentu (kardinal) dua, seratus | 1. Dua hari lagi, saya akan berangkat ke Itali. | ||
Tak tentu segala, semua, beberapa | 1. Segala persiapan telah dibuat. | |||
himpunan beratus-ratus, berguni-guni, ketiga-tiga | 1. Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjara. | |||
pisahan masing-masing, tiap-tiap | 1. Setiap orang dikehendaki mengisi borang penyertaan. | |||
pecahan setengah, dua per tiga | 1. Setengah hartanya akan diserahkan kepada rumah anak yatim. | |||
Kata penekan nya | Beri penegasan | 1. Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. | ||
Kata pembenda nya | Bukan KN jadi KN | 1. Lajunya ialah 100 km sejam. | ||
KATA SENDI NAMA - Letaknya dihadapan FN | ||||
KSN | Definisi | Contoh | ||
di | tunjukkan tempat | 1. Ibunya bekerja di sekolah itu. | ||
ke | 1. tunjukkan tempat @ arah yang dituju 2. tunjukkan masa/waktu | 1. Mereka akan ke Kuantan esok. 2. Burung-burung itu terbang ke arah selatan. 3. Ali menunggu emaknya di perhentian bas dari pagi ke petang. | ||
dari | tunjukkan arah, tempat @ waktu/masa | 1. Angin kencang bertiup dari arah selatan. 2. Bola itu ditendang dari penjuru padang. 3. Temoh pembayaran bermula dari pukul sembilan pagi. | ||
daripada | 1. menyatakan punca bagi manusia/haiwan/benda/unsur mujarad. | 1. Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya. 2. Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah. | ||
2. sumber / asal kejadian | 1. Ukiran itu diperbuat daripada logam. | |||
3. perbandingan / perbezaan | 1. Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama. | |||
kepada | 1. menyatakan sasaran manusia/institusi, haiwan dan unsur mujarad | 1. Sila kembalikan borang itu kepada kerani pejabat ini. 2. Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. 3. Pastikanlah anak-anak anda tidak terdedah kepada bahaya dadah. | ||
2. menyatakan pecahan | 1. Peserta bengkel itu dibahagiakan kepada dua kumpulan. | |||
3. menyatakan perubahan keadaan | 1. Suhu badannya meningkat kepada 39ºC | |||
pada | 1. menunjukkan keterangan waktu/tempat | 1. Bas kami bertolah pada pukul tujuh pagi. | ||
2. ada pada | 1. Wang itu ada pada ibu. | |||
3. menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja | 1. Layang-layang itu tersangkut pada tiang telefon. | |||
4. digunakan pada ungkapan | 1. Pada pandangan saya, kisah itu hanyalah khayalan. | |||
untuk/bagi | 1. tunjukkan kegunaan sesuatu | 1. Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina. | ||
untuk | menyatakan bahagian yang ditentukan | 1. Hadiah itu untukmu. 2. Tanah seluas dua ekar itu untuk kamu. | ||
demi | tujuan | 1. Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara. | ||
unsur penegas | 1. Demi Allah, aku tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu. | |||
tentang (mengenai) | membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu/umum @ mujarad | 1. Mereka berbincangtentang masalah negara. 2. Kami berbual tentangkejadianrompakan itu. | ||
terhadap | rujukan penyambut tentu (haiwan/manusia/benda) | 1. Seseorang ketua harus bersikap adil terhadapanak buahnya. 2. Tawas akan bertindakbalas terhadapkotoran dalam air. | ||
seperti/bagai/ umpama/ laksana | perbandingan | 1. Pemuda itu berlagak ...orang kaya. 2. Pasangan mempelai itu ...pinang dibelah dua. | ||
dengan | 1. maksud bersama2/beserta | 1. Ayah pergi ke pekan dengan ibu. | ||
2. cara sesuatu dilakukan | 1. Dia menyambut tetamu itu dengan hati terbuka. | |||
3. mamakai/menggunakan | 1. Ani melukis potret itu dengan cat air. | |||
4. perbandingan yang serupa/sama | 1. Warna bajunya sama biru dengan warna bajuku. | |||
sejak/semenjak | penanda waktu/masa | 1. Hasnah sugul sejak kematian ibunya. | ||
akan | merujuk manusia (penggunaannya mesti didahului KA emotif | 1. Wanita itu amat rindu akan anaknya. 2. Anak raja itu berahi akan Tuan Puteri Bongsu. | ||
oleh | ayat pasif (di-.../ter-.../kena | 1. Kuih itu dibeli olehnya 2. Buku Pelita Bahasa terkarang oleh Za’ba. 3. Pencuri itu kena tangkap oleh polis. | ||
membawa maksud sebab (asalnya oleh sebab) boleh guna ”lantaran” | 1. Ia mati oleh senjatanya sendiri. | |||
hingga/sampai | membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu @ tempat | 1. Pegawai itu berjaga sampai pagi. 2. Anak-anaknya belajar hingga peringkat universiti | ||
dalam/antara | berfungsi sebagai kata arah (tiada ruang/tiada jarak) | 1. Dalam hal ini, kita semua setuju 2. Tiada perbezaan yang besar antara pendapatnya dengan pendapat saya |
No comments:
Post a Comment