15 September 2011

Contoh Soalan Percubaan & Skema


Bahagian A

1.   Kedatangan Islam ke alam  Melayu telah membawa karya-karya non-naratif dalam masyarakat Melayu tradisional.
Huraikan 6 karya non-naratif yang di bawa oleh Islam ke alam  Melayu
dengan berdasarkan contoh-contoh yang sesuai.                          [25 markah]

Fakta 1.  Syair.
Huraian + contoh .  – Syair berasal daripada bahasa Arab ‘shi’r’ yang
                                       Membawa maksud puisi.
-          Jenis puisi tradisional yang berangkap iaitu 4 rangkap sebaris.
-          Setiap baris rangkapnya merupakan isi atau maksud puisi.
-          Kekempat-empat baris itu mempunyai rima yang sama iaitu aaaa.
-          Syair membawa tema yang barkaitan dengan kias ibarat,sindiran,nasihat,pengajaran,agama dan cerita.
-          Cth…syair nasihat,syair ghafilah.

                   Fakta 2. Nazam
                   Huraian + Contoh.    -    Sebuah puisi Arab yang bermaksud lagu atau zikir
                                                          Bagi satu tujuan,sambutan atau keramaian.
-          Merupakan puisi dua baris serangkap yang
Mempunyai 5 atau 6 perkataan sebaris.
-          Ia mempunyai ikatan dalam 12 baris dalam sajaknya
Dua baris serangkap dan adakalanya 4 baris.
-          Corak isinya mengandungi pelajaran agama Islam
      Yang paling dasar.
-          Tema isinya berkaitan dengancerita tentan Nabi Muhammad s.a.w. ,ilmu tauhid ,ilmu fikah dan rukun iman.
-          Cth….nazam Kaanz al-‘ula.

                   Fakta 3. Rubai[Rubaiyat]
                   Huraian + Contoh.      -   Puisi Melayu lama yang berasal dari kesusasteraan 
                                                            Arab – Parsi.                                                                                                
-          Terdiri daripada 4 baris serangkap yang jumlah
      Perkataannya tidak menentu.
-          Ianya mengandungi falsafah  yang mendalam.
-          Memerlukan tahap intelek yang tinggi untuk menghasilkannya.
-          Satu rangkap rubai merupakan satu idea atau pemikiran yang lengkap.
-          Cth…kemuliaan insan  dan manusia.

                   Fakta 4. Masnawi
                   Huraian + Contoh.  -     Merupakan puisi lama yang berasal dari Parsi.
-          mempunyai rima akhir yang berpola aa , bb dan cc.
-          Isi atau idea utamannya tentang puji-pujian
-          Rubai mengandungi jumlah barisyang bebas dalam rangkapnya.
-          Cth…masnawi Abu Bakar , masnawi Omar.

                   Fakta 5.  Qit’ah
                   Huraian + contoh.    -     Puisi yang berbentuk bebas yang tiada ikatan dari
                                                           Segi jumlah rangkapnya.
-          Setiap rangkapnya membawa satu kesatuan idea atau
      Isi serta tema yang dibawanya.
-          Corak isinya membawa pemikiran tentang keilmuan.
-          Merupakan puisi yang diduplikasi daripada puisi Arab dari bentuk syair.
-          Cth…Ehwal Insan dan Zalim

                   Fakta 6. Ghazal.
                   Huraian + Contoh.   -    Puisi berangkap yang terdiri daripada delapan baris.
-          Setiap barisnya di akhiri oleh perkataan yang sama.
-          Puisi ini berasal daripada Parsi.
-          Isi dan temanya b erkaitan tentang cinta dan kasih sayang.
-          Puisi ini berbentuk bebas yang tidak tentu bilangan perkataan yang tidak seimbang.
-          Cth…Ghazal Kekasih.

              [fakta =1 markah , Huraian + Contoh = 3 markah]



2.      Penyebaran pengaruh Hindu ke  alam Melayu telah membawa perubahan
dalam karya sastera epik Hindu dalam hikayat-hikayat Melayu bercorak
Roman Hindu.
                       
[i]  Apakah yang dimaksudkan dengan hikayat-hikayat Melayu bercorak
      Roman Hindu.                                                                         [5 markah]
Fakta 1.   Karya-karya hikayat Melayu roman hindu adalah disadur daripada kitab-kitab hindu seperti kitab Pancatantera, Kadamnari dan Katha Sarit sagara.

Fakta 2.  Hikayat ini di dalamnya terdapat pengaruh hindu, Islam dan tempatan yang tebal.

Fakta 3.   Unsur-unsur motif hindu masih menebal dalam karya ini seperti unsur pertapaan,senjata ajaib dan penjelmaan.

Fakta 4.   Plot atau jalan cerita terbahagi kepada tiga peringkat iaitu bahagian permulaan, bahagian pengembaraan dan bahagian penyelesaian cerita.

Fakta 5.   watak-watak dalam karya epik Melayu roman hindu ini terbahagi kepada  dua watak iaitu watak protagonis [baik] dan antagonis [jahat].

Fakta 6.   contoh-contoh karya ialah Hik.Simiskin, Hik. Lang lang Buana,Hik Serangga Bayu, Hik.Parang Putting dan Hik. Puspa raja.

[ii]. Jelaskan 4 perubahan yang terdapat dalam karya sastera epik Melayu
       Bercarak Roman Hindu tersebut.                                          [20 markah]

Fakta 1.  Fungsi karya  Epik Melayu bercorak Roman Hindu.
Huraian +contoh.       -  sebuah karya sastera yang bertujuan untuk hiburan ,
                                       Menyenangkan fikiran dan bukannya sebagai kitab
                                       Agama hindu.
-          Boleh dibaca oleh sesiapa sahaja danbila-bila masa bukannya hanya untuk ahli agama dan pada tempat tertentu sahaja.
-          Penumpuan diberikan kepada jalan cerita sahaja  falsafah hindu atau pun ilmu hokum hindu ditinggalkan.

                   Fakta 2.   Bentuk karya tersebut.
                   Huraian +contoh.     -    Berbentuk prosa dan bukannya lagi dalam bentuk
                                                         Puisi yang panjang jenis seloka.
-          Mempunyai  jalan cerita [plot],watak dan latar
      Bukannya hanya sebagai puisi seloka.

                    Fakta 3.  watak dan peranannya.
                    Huraian + contoh.    -   watak manusia biasa yang mempunyai kebaikan dan
                                                          Kelemahan dan bukannya watak yang bersifat
                                                          Ketuhanan.
-          Watak berperanan sebagai watak baik yang
       Menentang watak jahat dan bukan sebagai watak
Baik sebagai lambang kepada ketuhanan.
-          Watak digambarkan sebagai seorang pahlawan yang berani  dan cekap dan bukannya sebagai watak penjelmaan daripada dewa Visynu.
                  
                   Fakta 4.  Unsur tempatan.
                   HUraian + contoh.   -     Penyesuaian dengan masyarakat Melayu feudal
                                                          Di mana penumpuan kepada istana dan kerajaan.
-          Raja dianggap sebagai  suci dan mulia serta harus
                                                         Dipertahankan oleh rakyat.
-          Nama watak terdapat unsur Islam seperti Sita Dewi menjadi Puteri Sekuntum Bunga.
-          Latarnya terdapat unsur tempatan seperti suasana perkampungan Melayu, pokok kelapa,sirih dan
     Adat berpantun.

                   Fakta 5.  Unsur Islam
                   Huraian + contoh.    -    Memasukan ciri –ciri ajaran Islam seperti nama Nabi
                                                          Adam , dengan takdir Allah Taala  dan sebagainya.
-          Adat-adat hindu ditinggalkan atau dicerita sepintas lalu seperti  Perkahwinan Sita Dewi dengan Seri  Rama.

                [fakta = 1 markah, Huraian contoh = 4 markah]


Bahagian B: KARYA AGUNG

3. Rasa kedukaan, kesedihan dan dukacita turut dikenali sebagai pathos. Pathos juga menggambarkan sifat-sifat berserah, perihal penderitaan yang tidak tertanggung atau kesengsaraan kerana menanggung dukacita yang amat mendalam. Antara peristiwa yang mengandungi unsur pathos dalam Sejarah Melayu ialah;


Peristiwa 1
Perceraian Tun Kudu oleh Sultan Muzaffar Shah
Perceraian Tun Kudu adalah disebabkan perbalahan antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja. Sultan Muzaffar terpaksa menceraikan Tun Kudu demi mendamaikan persengketaan antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja. Sebagai seorang wanita yang masih muda Tun Kudu turut menanggung penderitaan diceraikan demi kepentingan Melaka dan terpaksa berkahwin dengan Seri Nara Diraja Tun Ali yang telah tua. Namun Tun Kudu tidak mempunyai pilihan lain kerana ketentuan hidupnya terserah kepada ketentuan kuasa dipihak lelaki lebih-lebih lagi atas titah sultan.

Peristiwa 2
Pembunuhan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir
Bendahara Tun Mutahir telah difitnah hendak merampas kuasa. Hal ini menyebabkan beliau dan semua ahli keluarganya dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah, kecuali Tun Fatimah

 Peristiwa 3
Pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat
Kesedihan dirasai apabila Hang Jebat telah menjadi korban demi membela penganiayaan keatas sahabat baiknya Hang Tuah. Tindakan Hang Jebat melakukan amuk dan membunuh demi membela ‘kematian’ sahabatnya telah membawa kecelakaan kepada dirinya. Ini kerana pantang Melayu menderhaka kepada raja. Sebagai seorang hamba yang setia kepada tuannya, Hang Tuah telah mengenepikan rasa persahabatan dan persaudaraan terhadap Hang Jebat. Hang Tuah tetap menurut titah raja, membunuh Hang Jebat yang dikatakan menderhaka kepada raja. Pembunuhan Hang Jebat menggambarkan kesetiaan Hang Tuah yang tidak berbelah bagi terhadap raja Melaka.

Peristiwa 4
Pembunuhan Budak Cerdik
Nasib malang yang menimpa seorang budak yang mencadangkan agar serangan todak ditepi pantai Singapura yang berkubukan betis manusia digantikan dengan batang pisang. Kepintaran budak cerdik ini telah dicemburui oleh pembesar-pembesar dan mula dicurigai. Lantas atas fitnah pembesar, budak itu telah dihukum bunuh kerana bimbang apabila dia besar kelak cuba merampas kerajaan pula.

Peristiwa 5
Pembunuhan Tun Jana Khatib
Nasib yang menimpa Tun Jana Khatib iaitu orang Pasai yang dihukum bunuh oleh raja Singapura iaitu Paduka Seri Maharaja. Dia telah dituduh cuba menunjuk-nunjukkan kesaktiannya dihadapan permaisuri iaitu isteri Paduka Seri Maharaja dengan menilik sebatang pinang dekat istana raja hingga terbelah. Raja mencemburui keistimewaan Tun Jana Khatib lalu menitahkan hukuman bunuh.

Peristiwa 6
Pembunuhan Anak Sang Rajuna Tapa
Nasib anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang merupakan gundik Raja Iskandar Syah amat malang apabila dia telah dihukum bunuh dengan cara disula dan mayatnya telah diletakkan dihujung pasar. Hukuman ini dianggap sebagai satu penganiayaan kerana dia telah difitnah

Peristiwa 7
Kematian Tun Besar Anak Tun Perak
Tun Besar anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak telah dibunuh oleh Raja Muhammad kerana kesilapan kecil ketika bermain sepak raga.

Peristiwa 8
Pembunuhan Raja Zainal
Atas titah perintah Sultan Mahmud, Hang Berkat telah membunuh Raja Zainal dengan alasan menggugat keamanan Melaka. Namun hakikat sebenarnya, baginda bimbang Raja Zainal akan merampas kuasa kerajaannya.


Peristiwa 9
Pembunuhan Tun Ali Sandang
Tun Ali Sandang iaitu keluarga Seri Dewa Raja telah dibunuh oleh Tun Isap atas titah perintah Sultan Mahmud. Pembunuhan ini dianngap sebagai satu babak pilu kerana ia membabitkan seorang perempuan iaitu Tun Dewi.

Peristiwa 10
Pembunuhan Seri Bija Diraja
Pembunuhan ke atas Seri Bija Diraja  berpunca dari kelewatan beliau mengadap Sultan Mahmud Syah. Namun sebaliknya, Sultan mengesyaki sikap Seri Bija Diraja mengandungi unsur mahu menderhaka.



4. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya

      Maka sultan Ahmad pun pergilah ke jambatan mendapatkan Peringgi, terlalu banyak hulubalang mengiringkan baginda; maka sultan Ahmad Syah, ditempuh baginda dengan segala hulubalang, Peringgi pun pecah berhamburan, lalu ke air; sekaliannya undurlah ke perahunya.Maka dibedilnya dari kapal dengan meriam yang besar-besar, seperti halilintar bunyinya. Maka sultan Ahmad terdiri di atas gajah baginda di hujung jambatan, khabar pun baginda tiada akan bedil yang seperti hujan lebat datangnya itu. Maka Makhdum berpegang kedua-dua tangannya pada kiri kanan rengka; kata Makhdum Sadar jahan pada sultan Ahmad,”Hei sultan,di sini bukan tempat tauhid; mari kita kembali.” Maka sultan Ahmad pun kembalilah ke istana. Maka peringgi pun berseru dari kapal, katanya,”Hei orang Melaka! Ingat-ingat kamu sekalian! Demi Dios, esok hari kami naik ke darat.” Maka sahut orang Melaka,”Baiklah!”
         Maka sultan Ahmad pun mengampungkan orang dan disuruh berhadir senjata; maka hari pun malamlah, segala hulubalang dan segala anak tuan-tuan semuanya tertunggu di balairung. Maka kata segala anak tuan-tuan itu, “Apa kita buat duduk saja ni? Baik kita membaca hikayat perang, supaya kita beroleh faedah daripadanya.”maka sahut Tun Muhammad Unta, “Benarlah seperti kata tuan-tuan itu; baiklah Tun Indera Segara pergi pohonkan Hikayat Muhammad Hanafiah, sembahkan  mudah-mudahan dapat patik-patik itu mengambil faedah daripadanya, kerana peringgi akan melanggar esok hari.

a)      Terangkan ikhtiar yang dilakukan oleh sultan Ahmad dan askar Melaka bagi membendung kemaraan Peringgi
                                                                                                     [5 markah]
      
-          Sultan Ahmad Pergi Ke jambatan untuk menahan serangan
-          Melanggar askar-askar peringgi dengan pertolongan askar-askarnya hingga menyebabkan peringgi lari ke perahu
-          Sultan Ahmad berdiri di atas gajah di hujung jambatan sehingga Makhdum Sadar Jahan mengarahkan sultan berundur ke istana
-          Sultan mengarahkan askar-askarnya berkumpul dengan membawa senjata masing-masing
-          Waktu malam mereka membaca  hikayat perang untuk menaikkan semangat
-          Tun Indera Segara disuruh meminta Hikayat Muhammad Hanafiah daripada sultan

b)      Terangkan faktor-faktor kejatuhan Melaka ke tangan Portugis
                                                                                                   [20 markah]
i)  Kelemahan pemerintahan Sultan Mahmud Syah
  
-          Sultan Mahmud mementingkan diri sendiri,  mementingkan hawa nafsu
      daripada hidup rakyat
-          contoh:  mengadakan hubungan sulit dengan isteri  Tun Biajid dan Tun Dewi

           ii)  Sultan Mahmud bernafsu besar

-          Baginda sanggup menyusahkan rakyat kerana mengikut nafsunya. Hal ini telah menimbulkan kebencian di hati rakyat.
-          Contoh:  selepas permaisuri mangkat berhasrat untuk berkahwin dengan
                     Puteri Gunung Ledang
                           Terpikat dengan kecantikan Tun Teja tunangan sultan Abdul
                           Jamal, menyuruh pembesar melarikan Tun Teja
                           Tergoda dengan kejelitaan Tun Fatimah, anak bendahara Seri
                           Maharaja
     
iii) Musuh dalam Negara
      
-          Fitnah oleh penghulu saudagar Nina Sura Dewana dan raja Mandaliar
      berhubung dengan Kitul yang berhutang membawa kepada pembunuhan  
      bendahara
-          contoh: Terbunuhnya keluarga bendahara Seri Maharaja (hilangnya
      bendahara yang bijak

            iv)  Tidak bijak memerintah

-          Baginda telah melantik bendahara yang tua dan tidak tahu memerintah serta cacat sebagai bendahara Melaka
-          Contoh: Bendahara Lubuk Batu – tepok

            v)   Portugis Menyerang Melaka
    
-          Angkatan Portugis lengkap dengan kapal-kapal yang besar dan lengkap dengan kelengkapan perang
-          Contoh: Portugis datang dengan empat buah kapal besar,dan lima buah ghali panjang.
                                                                                           Fakta;     2 markah
                                                                                           Huraian: 2 markah
                                                                                           Contoh:  1 markah



Bahagian C: PROSA MELAYU TRADISIONAL

Soalan 5
     
 Serta melihat tingkahnya Nisumbli itu lalu datang di hadapannya serta melihat kepada anak itu. Lalu gementar hatinya Nisumbli itu. Katanya, “Ya tuanku, yang jangan tuan lama-lama di sini dan baik tuanku pergi ke mana-mana kerana tuan Dewi Permaisuri itu setelah sudah bersuamikan dengan tua  nakhoda Syam, jalannya daripada burung pancawarna itu. Kerana hamba lari dating di sini bukannya sesuatu apa-apa, sebab hamba mendengar suaranya nakhoda itu diperintahkan kepada budak-budaknya Habsyi yang bernama Bicu, disuruh  bunuhkan kepada anak kedua bersaudara. Jangan tuanku lagi lama-lama di sini, baik tuanku pergi ke mana-mana mencari kehidupannya.”

                                                                        (Dipetik daripada Ksusasteraan Hikayat,
                                                                      Hikayat Ahmad Muhammad dalam Mutiara
                                                                           Sastera Melayu Tradisional m/s 113)

a) Huraikan tiga perkara penting  dalam petikan di atas                                [6 m]

-          Nisumbli seorang perempuan peliharaan permaisuri meminta Ahmad dan
      Muhammad supaya tidak tinggal lama sebaliknya pergi ke mana-mana kerana
      hendak di bunuh

-          Nisumbli memberitahu dia dating ke situ kerana mendengar nakhoda menitahkan
      budak-budak Habsyi membunuh mereka

-          Mereka berdua tidak dibenar lama-lama di situ sebaliknya pergi ke mana-mana
      mencari kehidupan baru.

( 1 isi 2 markah)

b.Huraikan arahan bunuh yang dikenakan ke atas kedua budak tersebut       [8 m]

-          Nakhoda marah, mukanya seperti api menyala-nyala apabila diberitahu
      budaknya(pengikutnya) memberitahu kepala mereka disepak oleh Ahmad
      dan Muhamad

-          Nakhoda menyepak kepala budaknya (pengikutnya) kerana pemberitahuan
Tersebut

-          Nakgoda menyuruh memanggil 50 orang budak  Habsyi dan menyuruh bunuh
      Ahmad dan Muhamad

-          Nakhoda berjanji akan memberi harta sebanyak seratus dirham dan akan
       memulangkan (membebaskan) mereka ke negeri Hapun

-          Mereka juga akan dibekalkan dengan makanan dan kapal
    (1 isi 2 markah)


 c. Selepas episod di atas, kedua kanak-kanak tersebut berjaya melepaskan diri.
      Terangkan bagaimana mereka melepaskan diri                                        [11 m]

-          Sang Maha Pendeta suruh mereka membawa diri dengan membekalkan azimat
dan keris seorang sebilah

-          Mereka dinasihatkan supaya tidak lupa ilmu Allah, tidak takbur, sentiasa beribadat serta tidak berpisah antara keduanya.

-    Mengendong Muhamad lalu lari meninggalkan tempat tersebut siang dan malam,
      masuk hutan keluar hutan hingga sampai ke negeri Hapun

-          Mereka kemudian lari masuk ke dalam gua, bernama Hamindar Singsih

-          Habsyi menutup pintu gua supaya Ahmad dan Muhamad tidak dapat keluar

-          Ahmad dan Muhamad bertemu seorang tua bertapa Tuan Syeikh Khailuddin serta mengajar perkara-perkara yang baik

-          Syeikh Khailudin berdoa supaya kedua kanak-kanak itu selamat

-          Seorang Habsyi menyedari ahmad dan Muhamad lari lalu memberitahu temannya untuk mengajar Ahmad dan Muhamad

-          Ahmad dan Muhamad mengambil keputusan untuk menentang orang-orang Habsyi. Ahmad dan Muhamad berjaya membunuh beberapa orang sementara yang lain Berjaya melarikan diri 

-          Mereka kemudiannya selamat daripada pembunuhan

( 1 isi -1 markah)


6. Banyak persamaan yang terdapat antara Cerita Panji dengan cerita Penglipur Lara Melayu. Huraikan persamaan-persamaan itu berdasarkan Hikayat Misa Taman Jayeng Kesuma
                                                                                                               (25 markah)

a)      Persamaan Plot atau Jalan Cerita

- Plot cerita terbahagi kepada tiga bahagian iaitu permulaan (eksposisi), bahagian
   pengembaraan dan bahagian akhir cerita.
- Oleh sebab Hikayat dalam buku ini berdasarkan kepada bab 12 sahaja, maka   
             bahagian kedua iaitu pengembaraan sahaja yang ditonjolkan
          -  contoh: Sira Panji mengembara mencari Ken Sengerba Ningrat

b)      Persamaan Watak dan Perwatakan

         -  Watak terdiri daripada anak-anak raja dan watak antagonis
         - contoh : Sira Panji (protagonist), Raden Singa Menteri (Antagonis)
         - Terdapat juga watak-watak pembantu yang taat kepada pemerintah
         - contoh: Wirun, Kalang, Sendudama

   c) Terdapat unsur Penyamaran
        
        -  Unsur penyamaran berlaku bagi menyukarkan watak lain mengenali identiti
            mereka
        -  contoh :  Sira Panji menyamar sebagai Misa Edan Sira  Panji Jayeng Kesuma,
                          Wirun kepada Wira Jayapati, Sendudama kepada Dabuh Lapu, Kalang
                          kepada Wira Karta

  d) Latar tempat

       - Berkisar kepada empat buah negeri. Sira Panji dan rombongan berjalan dari
          Banjaransari menuju ke Gegelang
       - contoh 4 buah negeri:  Gagelang, Kuripan, Daha, dan Singasari

  e) Tema dan Persoalan

      - Tema tentang percintaan putera dan puteri raja
      - Contoh :  Sira Panji bercinta dengan Ken Sengerba Ningrat

  f)  Gaya Bahasa

      - Banyak menggunakan gaya bahasa simile
      - Rakyat mengiringi  seperti laut ramainya

g) Unsur pertapaan

     - Terdapat unsure pertapaan dalam cerita
     - Ketika Sira Panji menunggu Endang Kesuma Jiwa di Balai Gading, Endang Kesuma
       Jiwa dipercayai sedang bertapa.
                                                                                          Fakta: 2 markah
                                                                                          Huraian dan contoh : 2 markah



Bahagian D: PUISI MELAYU TRADISIONAL

Soalan: 7

i.     Nyatakan persamaan maksud terdapat dalam kedua-dua puisi di atas. [6]
ii.    Bincangkan dari sudut gaya bahasa bagi kedua-dua puisi di atas. [9]
iii.   Jelaskan perbezaan teknik penulisan bagi kedua-dua puisi di atas [10]

Jawapan:

i.  Persamaan maksud
     -  Kehidupan manusia amat mencabar dan tidak kekal iaitu dalam puisi A
     menceritakan perihal ada manusia yang beroleh kebaikan dan beroleh kerugian
     ketika hidup di  dunia ini. Sesiapa yang beroleh kebaikan akan mendapat manfaat, dan
     yang tidak berusaha mencari ilmu akan menjadi manusia yang rugi di dunia ini. Oleh
     itu kebaikan atau keuntungan dan kerugian di dunia ini tidak merupakan sesuatu yang
     kekal. Begitu juga dalam puisi B, kehidupan di dunia tidak kekal iaitu  bermula dalam
     alam roh, alam rahim ibu, alam dunia nyata, alam barzakh, dan dalam alam akhirat
     setelah meninggal dunia.
     - Dalam puisi A, manusia atau masyarakat diminta mencari ilmu selama hidup di
     dunia ini supaya kehidupan di dunia ini tidak sia-sia. Dalam puisi B, manusia atau
     masyarakat didorong mempelajari ilmu Usuluddin dan memikirkan bagaimana
     kejadian manusia. Manusia juga dinasihati agar tidak lupa akan kejadian diri di dunia
     ini iaitu daripada tiada, kepada ada, dan tiada pula.

  ii.   Gaya bahasa;
        Puisi A:
      - Epifora (ulangan hujung baris) iaitu segala-gala di baris pertama dan kedua untuk
        menunjukkan keindahan puisi itu.
      - Perulangan kata “dan”  di baris 2 dan 4 adalah sebagai penegas.
      - Inversi (kata terbalik) iaitu baris pertama beroleh tiada sepatutnya tiada beroleh
         bertujuan untuk keindahan bahasa.
      - Gaya bahasa alusi iaitu menggunakan nama tokoh penting dalam Islam iaitu
        Bukhari.

      Puisi B:
      - Perulangan singkatan kata atau sinkof contoh “mu” untuk kamu yang merupakan
        penegas kepada mesej yang  hendak disampaikan.
      -  Gaya bahasa percakapan iaitu “bilang” yang membawa maksud jelaskan, nyatakan,
         Beritahu buka  yang lazimnya bermaksud kira atau hitungan.
      -  Inversi (kata terbalik) contohnya ‘ dengan apa bilang adamu’ yang sepatutnya
        ‘bilang, dengan apa adamu’. Kata terbalik menyalahi hukum tatabahasa.
      - Terdapat gaya bahasa pergandaan iaitu satu-satu.


iii. Perbezaan teknik penulisan
    - Jumlah patah perkataan serta jumlah suku kata dalam satu baris tidak seimbang. Ada
       yang panjang dan ada yang pendek.
    - Jumlah patah perkataan dalam puisi A terdiri  daripada 7 hingga 10 perkataan  dalam
       satu baris; manakala puisi B terdiri daripada 4 hingga 5 perkataan dalam satu baris
    - Jumlah suku kata pula dalam puisi A ialah dari 3 hingga 22 suku kata dalam satu
       baris dan pada puisi B, jumlah suku kata ialah antara 9 hingga 15 dalam satu baris.
    - Dari segi rima – Puisi A rimanya tidak sama iaitu a,a,b,a iaitu tidak terdapat rima  
       awal dan rima tengah dalam satu baris; manakala Puisi B rimanya terikat iaitu a,a,a,a
       seperti pantun. Ini menjadikan puisi ini menarik dari segi bentuknya.
  


Soalan: 8
i     Nyatakan dengan jelaskan nilai negatif yang sering dikaitkan dengan puisi
      di atas.                                                                                                           [2]
ii.   Bincangkan kepentingan seloka di atas dalam mendidik masyarakat.          [8]
iii.  Huraikan lima pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas.                        [15]

 Jawapan:

  1. Nilai negatif
-          malas menguruskan diri sendiri dan malas berusaha untuk kehidupan dan malas untuk kejayaan diri sendiri

      ii.   Kepentingan
-          Menempelak sikap golongan yang malas dan tidak memanfaatkan harta dan  
      kelebihan yang dimiliki mereka.
-     Menyindir sikap negatif Si Luncai yang menjadi simbol golongan pemalas pada
      hari ini.
-     Menyindir dan mengejek dalam nada berjenaka dengan tujuan memberi
pengajaran, bimbingan dan teladan.
-     Menghiburkan hati kepada sesiapa yang mendengar dan melihat perlakuan Si
      Luncai yang bodoh-bodoh itu.
-     Protes sosial.

iii.   Pengajaran
-          Setiap manusia hendaklah berfikiran rasional iaitu dapat mempertimbangkan sesuatu yang baik dengan yang buruk. Dalam hal ini kita hendaklah memanfaatkan segala kelebihan yang dimiliki demi kebaikan diri dan masyarakat.
-          Janganlah kita melupakan tanggungjawab kita dalam mendidik anak-anak kerana anak merupakan amanah Allah yang perlu dijaga dan diasuhkan dengan baik supaya dapat menjadi insan yang bergunakepada keluarga, masyarakat, bangsa, dan negara.
-          Janganlah kita mempersia-siakan harta yang dimiliki, meskipun binatang ternakan dan kebun kerana kedua-duanya ialah harta yang dapat meningkatkan taraf kehidupan seseorang, keluarga dan negara.
-          Kita mestilah menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh bukannya sambalewa dan separuh jalan sahaja. Ilmu sangat berguna kerana boleh menentukan hala tuju kehidupan seseorang di samping menjadi penentu kejayaan pada masa depan.
-          Kita juga perlu memanfaatkan setiap masa yang terluang dengan pekerjaan yang berfaedah, bukannya membiarkan masa yang terluang itu berlalu begitu sahaja.
-          Kita wajar memanfaatkan kesihatan yang dimiliki sebelum keuzuran menimpa diri.



Sumber: c.zul



17 July 2011

SS-MELAKA DAN HUBUNGAN DIPLOMATIK

HUBUNGAN MELAKA Dl PERINGKAT ANTARABANGSA

Melaka menjalinkan hubungan diplomatik kerajaan degan kerajaan dengan Siam, Majapahit, India, dan China .

Hubungan dengan Kerajaan Siam

Melaka menghantar utusan ke Siam yang terdiri daripada Tun Telanai dan Menteri Tun Jana Putera. Hubungan Melaka dengan Siam dikatakan sepi, “tidak berkelahi dan tidak berdamai."

Melaka ingin bersahabat dan berbaik-baik dengan Siam lalu menghantar utusan sebagai suatu tanda menghulur persahabatan. Antara isi surat raja Melaka kepada raja Siam ialah:

"Surat ini hendakpun tiada dilawani, takut mudarat ke atas nyawa; sungguh di dalam dilawani, terlalu takut akan Paduka Bubunya. Daripada sangat harap akan ampun dan kurnia, maka menyuruhkan Tun Telanai dan Menteri Jana Putera." (Sulalatus Salatin, hlm 108)

Di Siam, utusan dan rombongan Melaka diterima dengan baik. Raja Siam bertanya makna "Mansur Syah". Utusan Melaka memberitahu makna Mansur Syah "raja yang ditolong Allah daripada segala seterunya."

Dipertontonkan kehebatan orang Melaka melalui pertunjukkan lembing. Seorang Suir tua, berpenyakit untut di kaki, bermain lembing, dilambung-lambung, ditahan belakang tetapi tidak luka sebaliknya lembing terpelanting ke tanah.

Rombongan Melaka membantu Siam dengan menentang musuh Siam. Rombongan Melaka berjaya meyakinkan Siam supaya mereka hanya akan menentang musuh yang lebih lebih lemah dan terselamat daripada menghadapi musuh yang lebih kuat dari arah matahari naik. Dengan kebijaksanaan itu, mereka berjaya mengalahkan musuh-musuh Siam. Siam menaruh kepercayaan dan keyakinan pada Melaka sebagai negeri yang kuat dan negeri besar yang setaraf dengan kebesaran Siam. Melaka berjaya dalam usahanya berbaik- baik dengan Siam. Langkah ini dapat menjamin keutuhan Melaka serta meningkatkan kedudukan Melaka setanding dengan kebesaran Siam. Tumpuan dapat diberikan kepada usaha-usaha membangunkan Melaka. Soal keselamatan dapat diatasi.

Hubungan Melaka dengan Majapahit

Kisah hubungan Melaka dengan Majapahit berupa cerita berunsur anakronisme. Melaka telah menghantar rombongan ke Majapahit kerana Sultan Mansur Syah jatuh berahi kepada Puteri Majapahit, Raden Galuh Cendera Kirana yang terkenal cantik. Dengan itu rombongan itu berhasrat meminang puteri Majapahit itu.

Rombongan Melaka terdiri daripada Sultan Mansur Syah, Tun Bijaya Sura, Hang Tuah bersama Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin. Mereka menaiki 500 buah perahu besar, perahu-perahu kecil dan lancaran bertiang tiga dari Singapura.

Ketika di Majapahit, Tun Bijaya Sura dapat selamatkan 40 keris daripada dicuri orang Majapahit. Selain itu Tun Bijaya Sura telah menggertak anjing yang ditambat di hadapan raja Melaka hingga terputus tali tambatan lalulari ke hutan. Hang Jebat dan Hang Kasturi pula masuk ke taman larangan. Apabila mereka ditombaki oleh Jawa, mereka dapat mematahkan serangan. Ketika mengadap Betara Majapahit, Tun Bijaya Sura bermain sapu-sapu rengit. Kain disingsing ke lutut. Pemain berlenjur kaki di depan Betara yang bertujuan menghina Betara.

Tun Bijaya Sura diminta berpakaian cara Jawa.Ketika itulah kerisnya dicuri orang. Walau bagaimanapun beliau dapat menyendal keris Betara Majapahit. Apabila Betara menunjukkan keris Tun Bijaya Sura, Tun Bijaya Sura juga menunjukkan keris Betara.

Setelah menguji kekuatan Melaka, Majapahit mengakui keutuhan Melaka. Kekuatan dan kebijaksanaan hulubalang Melaka melambangkan kebesaran raja Melaka. Majapahit mengakui kekuatan Melaka. Setuju menerima raja Melaka sebagai menantu. Sultan Mansur Syah berjaya berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan Majapahit lebih kukuh kerana diasaskan kepada hubungan kekeluargaan.

Hubungan Melaka dengan China

Rombongan pertama dari Melaka ke China diketuai oleh Tun Perpatih Putih. Rombongan ke China kali pertama ini bertujuan untuk membalas bingkisan dan surat yang dihantar oleh raja China. Raja China telah menghantar "surat" dan bingkis berupa jarum sarat sebuah pilau yang memberi maksud akan kebesaran China dan rakyatnya ramai. Melaka membalas dengan membawa pilau yang sarat diisi sagu rendang.
 

Di China, Tun perpatih Putih memberitahu cara buat sagu. Setiap seorang rakyat Melaka menggentel sagu seorang sebiji. Jumlah sagu dlam pilau itu melambangkan jumlah rakyat Melaka. Tun Perpatih Putih memakai 10 bentuk cincin pada kesepuluh jari kiri dan kanan.

Sewaktu menghadap, pembesar-pembesar China menjeling pada jari beliau. Beliau akan memberi cincin itu pada pembesar China yang menjeling jarinya. Tun Perpatih Putih memberitahu makanan kegemaran orang Melaka islah sayur kangkung tidak dikerat-kerat. Ketika makan, rombongan Melaka terpaksa mendongak untuk menyuap kangkung yang tidak dikerat itu ke mulut. Muslihat ini bertujuan ingin lihat wajah Maharaja China dalam mongkor kaca.
 

Sebagai menghargai raja Melaka, Raja China menghantar Puteri Hang Liu untuk berkahwin dengan raja Melaka. Raja China bersetuju menghantar puterinya disebabkan niatnya supaya raja Melaka mengirim surat sembah ke China. Tun Perpatih Putih beri alasan Raja Melaka tidak dapat datang kerana Melaka berada dalam permusuhan. Hubungan Melaka-China terjalin lebih erat bukan sahaja hubungan diplomatik antara dua negara, juga hubungan keluarga. Selepas itu beras makanan raja China dikupas sama seperti beras makanan Raja Melaka yang juga dikupas, dan orang China jugagemar makan kangkung.

Melaka seterusnya menghantar rombongan ke China untuk kali kedua untuk menghantar surat sembah kepada raja China setelah raja Melaka menjadi menantu. Utusan kali ini diketuai oleh Menteri Jana Putera dan Tun Telanai. Ketika belayar ke China, kapal angkatan Melaka terbias ke Brunei . Raja Brunei bertanya sama ada raja Melaka mengirim sembah ke China. Rombongan Melaka membuat alasan rakyat yang mengirim sembah bukan bukannya raja Melaka. Raja Brunei mengutuskan surat kepada Raja Melaka. Surat Raja Brunei akan di ke Melaka semasa rombongan itu kembali dari China.

Raja China yang menerima sembah daripada Raja Melaka mendapat penyakit kedal diseluruh badan. Seluruh tabib China tidak dapat mengatasi masalah itu. Seorang tabib mencadangkan supaya Raja China minum air basuh kaki raja Melaka untuk mengubati penyakit kedal itu. China menghantar utusan ke Melaka untuk mendapatkan air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Air kaki Sultan mansur Syah itu diminum dan digunakan untuk membasuh badan raja China. Raja China kemudiannya sembuh lalu berikrar tidak akan menerima lagi sembah daripada raja Melaka.

Peristiwa ini memberi gambaran bahawa raja Melaka mempunyai daulat dan kebesaran yang mengatasi kebesaran raja China.

Hubungan Melaka dengan Benua Keling

Hubungan Melaka dengan benua Keling berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Kali ini Hang dilantik Nadim menjadi utusan. Beliau memiliki kepakaran tulis menulis dan melukis corak. Hang Nadim dihantar ke benua Keling atas urusan perniagaan serta membeli kain serasah sebanyak 40 helai. Setiap helai mempunyai 40 perkara.

Di Benua Keling Hang Nadim tidak berkenaan dengan corak kain yang dilukis oleh pelukis-pelukis Keling. Hang Nadim akhirnya melukis sendiri corak kain itu seperti yang dikehendaki oleh raja Melaka. Kemudian pelukis-pelukis Keling meniru corak yang ditunjukkan Hang Nadim. Untuk pulang ke Malaka, Hang Nadim menumpang kapal Hang Isap walaupun sebelum itu seorang sayid bersumpah bahawa kapal Hang Isap akan ditimpa bencana ketika pulang berikutan Hang Isap tidak menjelaskan hutangnya kepada sayid itu. Hang Isap mengaku telah melunaskan segala hutangnya tetapi Saiyid itu tetap bertegas bahawa Hang Isap masih berhutang. Di pertengahan pelayaran kapal Hang Isap telah karam. Kain-kain serasah yang dipesan hanya 4 helai sahaja dapat diselamatkan. Berikutan hal itu, Hang Nadim dimurkai raja Melaka.

SS-Waad

Waad bermaksud perjanjian atau persetiaan antara raja dan rakyat.Raja diwakili oleh Seri Teri Buana manakala rakyat diwakili oleh Demang Lebar Daun.Waad ini dilakukan kerana Seri Teri Buana mahu berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun iaitu Radin Ratna Cendera Puri.Sebelum itu,Seri Teri  Buana telah berkahwin dengan 39 gadis tetapi semuanya menjadi kedal.

Isi Waad:

a. Demang Lebar Daun (pihak rakyat) mahu raja menjaga rakyat, tidak menzalimi rakyat, tidak memalukan rakyat termasuklah tidak mencaci atau mencela rakyat.Sekiranya rakyat melakukan dosa hukum,bunuhlah sahaja.

b.Seri Teri Buana (pihak raja) mahu rakyat tidak menderhaka kepada raja walaupun raja itu zalim.

c.Demang Lebar Daun memberi syarat bahawa jika raja terlebih dahulu mengubah waad,rakyat akan ikut mengubahnya.

Tujuan Waad.

a. Untuk mengukuhkan institui raja.
b. Untuk mewujudkan pemerintahan yg saksama, adil dan berkesan.
c. Untuk menanam rasa setia rakyat kepada raja
d. Untuk menanam rasa hormat rakyat kepada raja

Kesan pelanggaran waad:

a. Bagi pihak raja, mereka akan kehilangan negeri sekiranya melanggar waad yg telah dipersetujui. Contoh kesan pelanggaran oleh Raja Iskandar Syah, menyula dan memalukan anak Sang Rajuna Tapa, Singapura akhirnya jatuh ke tangan Majapahit
b. Bagi pihak rakyat, rumah mereka akan diterbalikkan Allah, bumbungnya ke bawah dan kaki tiangnya ke atas. Contoh kesan pelanggaran waad oleh Sang Rajuna Tapa dengan menderhaka kepada Raja Iskandar Syah iaitu membuka pintu Singapura kepada Majapahit, belaiu suami isteri telah menjadi batu dan bumung rumah mereka diterbalikkan Allah s.w.t

SS-Kezaliman raja

1. Kezaliman Paduka Seri Maharaja thdp Tuan Jana Khatib
- Tuan Jana Khatib yg mahir dlm ilmu khaya lillah tlh dtg ke Singapura. Beliau telah menilik batang pinang di depan istana hingga terbelah dua. Kebetulan peristiwa ini dilihat oleh permaisuri raja. Paduka Seri Maharaja murka kerana menganggap Tuan Jana Khatib sengaja mahu menunjukkan kehandalnnya di hadapn permaisuri. Paduka Seri Maharaja menitahkan agar Tuan Jana kHatib dibunuh. Pembunuhan ini dianggap zalim kerana baginda tidak menyiast terlebih dahulu tujuan Tuan Jana Khatib berbuat demikian.

2. Kezaliman Raja Iskandar Syah
- Raja Iskandar Syah merupakan raja Singapura yg terakhir. Baginda telah memalukan  anak Sang Rajuna Tapa dengan menyulanya di hujung pasar akibat fitnah. Baginda tidak menyiasat terlebih dahulu fitnah yg telah dilemparkan ke atas Sang Rajuna Tapa. Perbuatan yg dianggap zalim oleh Sang Rajuna Tapa ini telah menyebabkannya belot hingga membawa kejatuhan Singapura ke tangan Majapahit.

3. Kezaliman Sultan Mahmud terhadap Tun Ali Sandang dan Tun Isap
- Sultan Mahmud menitahkan Tun Ali Sandang dibunuh hanya kerana cemburukan Tun Ali Sandang yang berada di rumah Tun Dewi semasa baginda ke rumah Tun Dewi. Tun Isap dititahkan membunuh Tun Ali Sandang. Tun Isap melaksanakan tugasnya dan ini menimbulkan kemarahan Seri Wak Raja. Sultan Mahmud menyuruh TunIsap melarikan diri tetapi Tun Isap pulang semula ke Melaka akibat sikap cintakan tanah air. SultanMahmud menyerahkan Tun Isap kepada Seri Wak Raja dlm keadaan tangan terikat. Tun Isap kemudiannya dibunuh oleh Seri Wak Raja.

4. Kezaliman Sultan Mahmud terhadap keluarga Tun Mutahir
- Sultan Mahmud berdendam dengan Tun Mutahir kerana tidak menunjukkan Tun Fatimah kepada baginda dan Tun Fatimah dikahwinkan dengan Tun Ali. Fitnah Kitul dan Raja Mendaliar membuka peluang kepada Sultan Mahmud untuk membunuh Tun Mutahir dan keluarganya. Hanya Tun Fatimah yg tidak dibunuh dan diambil sebagai isteri.

5. Isi-isi lain
- Kezaliman Paduka Seri Maharaja kerana membunuh seorang kanak-kanak pintar yg telah menyelamatkan Singapura dari serangan todak hanya kerana fitnah pembesar
- Kezaliman Sultan Mahmud membunuh adiknya Raja Zainal hanya cemburukan Raja Zainal yg lebih tampan daripadanya
- Kezaliman Sultan Mahmud yg membunuh Seri Bija diraja yg dtg lambat ke istana pada hari raya. juga kerana dendamnya terhadap Seri Bija diraja yg dianggapnya tidak mahu bertuankan baginda lagi

SS-KEPENGARANGAN

1. Penyusun Sulalatus Salatin ialah Tun Muhammad, timang-timangannya Tun Seri Lanang.

2. Berjawatan sebagai Bendahara pada masa pemerintahan Paduka Seri Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah III yang memerintah di Pekan Tua, Batu Sawar, Johor.

3. Berdasarkan isi kandungan Sulalatus Salatin,menampakkan pengarangnya sebagai seorang intelek Melayu yang:

• berminat kepada sejarah dan suasana pergolakan politik di Melaka waktu itu.

• minat membaca naskhah sastera dan sejarah tertua seperti Hikayat Iskandar,Hikayat Raja-Raja Pasai (peristiwa-peristiwa zaman kesultanan Pasai-Semundra.)

• minat membaca berbagai-bagai hikayat daripada kesusasteraan asing seperti:

a. dari kesusasteraan Hindu:

- kisah Raja Suran dan negeri bawah laut.

- kisah di Bukit Si Guntang Mahamiru.

- mengenai binatang suci mengikut kepercayaan Hindu iaitu lembu putih.

- kisah hubungan Melaka -» Benua Keling.


b. dari kesusasteraan Jawa -> cerita Panji dan Cerita Damar Wulan. Contoh:

- kisah Utusan Melaka ke Majapahit.

- peminangan Puteri Galuh Cendera Kirana.

- kisah peminangan Puteri Gunung Ledang.

- meminta mas kahwin yang luar biasa.


c. dari kesusasteraan pengaruh Parsi dan Arab.

Jelas dilihat dari sudut;

- pendahuluan teks -> ada gaya masnawi.

- pembahagian bab-bab /cetera/fasal.

- dimasukkan petikan syair dan bidalan Arab.

- diselitkan ayat-ayat al-Quran.

- dari segi struktur penulisan - mirip gaya "khutbah".

- kalimah-kalimah Arab.

4. Pengarang Sulalatus Salatin merupakan seorang yang kreatif dan artistik kerana dapat menampilkan teks tersebut dalam bentuk yang sangat menarik dan indah (estetik) dari segi persembahannya. Keindahan jelas dari sudut:-

(i) berupaya melukis segala kisah atau gambaranmasyarakat Melayu dengan hidup dan indah.

(ii) menceritakan sesuatu episod dengan nyata dan jelassehingga berjaya mengusik perasaan -> sedih,
menyayat hati, lucu, meriah dan riang gembira.

Contoh:-

(a) gambaran peperangan penuh suasana ngeri dan ganas.

(b) kesan perasaan marah yang tidak terkawal -> dari kata-kata yang diucapkan, contoh;

"Dipertidaknya lelaki kita oleh Betara Majapahit itu, kita dikirimNya subang."

(c) gambaran kebesaran dan kemuliaan berkesan dalam menggambarkan kebesaran kerajaan
China. (Sulalatus Salatin, him. 94)

(iii) berkebolehan menceritakan sesuatu peristiwa denganpenghayatan mendalam, contoh;

- peristiwa tragedi pembunuhan Tun Besar.

- tragedi pembunuhan Bendahara Seri Maharaja
 

(iv) berupaya melukis watak dengan lebih hidup, istimewa dan bercampur dengan unsur lucu. Contoh, watak TunMai Ulat Bulu, Seri Bija Diraja, Seri Wak Raja, MiaRuzul dengan kambing randuk dan Iain-Iain.

(v) menerapkan gaya bahasa indah dan menarik dengan gaya bahasa yang bermutu tinggi.

(vi) menggunakan pelbagai teknik bercerita seperti teknik dialog, monolog dan monolog dalaman, menyelitkan pantun, syair dan bidalan Arab yang menimbulkan kesan keindahan dan menarik ketika membaca teks tersebut.

SS-UNSUR-UNSUR ISLAM

Penceritaan mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimitoskan dengan tujuan untuk mengagungkan Islam dan menunjukkan keistimewaan raja itu sendiri. Penceritaannya memberi gambaran bahawa Islam benar-benar berkembang di Melaka, bermula dari istana Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama beragama Islam ialah Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Syah. Gelaran Sultan diguna pakai setelah Raja Melaka memeluk Islam.


Unsur Islam juga dapat dilihat daripada penyebutan dan penonjolkan tokoh-tokoh dan lama-ulama Islam.

Antaranya Iskandar Zul-Karnian, yang merupakan tokoh pahlawan Islam yang terkenal gagah dan berani dalam menaikkan martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja Melaka yang bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja-raja Melaka.

Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah, tokoh-tokoh nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Khidir. Sulalatus Salatin menceritakan pernikahan Raja Iskandar Zul-Karnain dengan Puteri Syahrul-Bariyah disempurnakan oleh Nabi Khidir. Mas kahwinnya sebanyak 300 ribu dinar emas (Cetera 1).

Tokoh-tokoh pendakwah Islam, iaitu ulama-ulama Islam dari Asia Barat (TimurTengah) datang ke Melaka bertujuan mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana Melaka. Tokoh-tokoh tersebut seperti Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf, dan Maulana Sadar Jahan.

Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama dalam soal-soal berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan.

Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga terlihat dalam perjalanan adat-lstiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. la meliputi hal-hal seperti upacara akad nikah kahwin, dan perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raja Korban. Selain gambaran Islam juga dapat dilihat melalui adat berkhatan.



Menjadi suatu amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar negeri dan putera mahkota. Misalnya wasiat kepada Raja Ahmad (timang-timangan Raja Hussain) (Sulalatus Salatin, hlm. 171-172) dan wasia`t Sultan Alau'd-Din Riayat Syah kepada Sultan Mahmud (Raja Mamad) (Sulalatus Salatin, hlm.186-187). Melalui wasiat, banyak didapati unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan al-Quran dan hadis.

Unsur Islalm dalam Sulalatus Salatin juga ketara melalui penyebutan tentang kewujudan karya-karya Kesusasteraan Islam di Melaka contohnya Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikyat Amir Hamzah. Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglima-panglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang musuh/Peringgi. (Sulalatus Salatin, hlm. 268-269)

Penceritaan dalam Sulalatus Salatin diselitkan dengan puisi Arab iaitu syair. Pengggunaan puisi atau bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika pada teks tersebut. Lebih jelas menunjukkan keupayaan orang-orang Melaka menguasai seni sastera ini dalam penulisan karya agung itu. Perkara ini jelas dipaparkan dalam peristiwa Sultan Mahmud yang melihat kecantikan Tun Fatimah. Sulalatus Salatin menceritakan hal tersebut melalui syair Arab;

             
    Ma yarji'u al-taffu 'ainnahu 'inda ru'yatihi, Hatta yu' ada i-laiya al-taffa musytaqu,

yakni tiada akan berkelip kelopak mata tatkala melihat dia, hingga berkelip kepadanya kelopak mata, makin bertambah dendam juga, adanya. (Sulalatus Salatin, hlm 251 )

Sulalatus Salatin juga menyentuh tentang corak pendidikan dan perkembangan ilmu keislaman. Istana igambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Pasai dikatakan menjadi sebagai pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah mengikut mazhab Shafie. Istana dijadikan pusat pengajaran Islam dengan sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu.

Ulama-ulama, guru-guru agama dan pendakwah berkumpul di istana. Contohnya, Maulana Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusuf mengajar tasawuf. Sultan Mahmud turut belajar ilmu agama.

Kitab-kitab agama seperti Kitab Duri'l-Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab ini. Diceritakan juga tentang utusan dari Melaka ke Pasai untuk menyelesaikan masalah-masalah berkait ilmu Islam kerana di Pasai ramai ulama-ulama berkumpul bermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman.

Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga tergambar melalui teknik penulisannya. Mukadimah Sulalatus Salatin dimulai dengan Bismillahir-rahmanir-rahim...

Dalam mukadimah disertakan ayat-ayat al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam bahasa Melayu. Struktur penulisan seperti ini adalah teknik yang biasa dalam karya-karya Arab-Parsi. Pada tiap-tiap akhir cetera, pengarang menutupnya dengan ayat "Wa'llahu a'lamu bi's-sawab, wa illaihi 'Imarji'u wa 'l-ma'ab." .Hanya pada akhir cetera ke XV sahaja diakhiri dengan ayat " Wa'llahu a'lam."

Terdapat juga struktur penulisan menggunakan gaya khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat yang meleret-leret dalam wasiat. Selain itu kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya Syahbandar, alam, bahari, sahibul hikayat dan Iain-Iain.

SS-GAMBARAN MELAKA MENERIMA AGAMA ISLAM

Melaka menerima Islam pada zaman pemerintahan Raja Kecil Besar. Nama Islamnya Sultan Muhammad Syah. Sulalatus Salatin menunjukkan raja Melaka memeluk Islam berbeza dengan rakyat jelata. Pengislman Raja Melaka dikaitkan dengan mitos. Raja Kecil Besar digambarkan menerima Islam secara langsung dari Rasulullah s.a.w melalui mimpi.

Diceritakan pada suatu malam Raja Kecil Besar bermimpi. Dalam mimpi baginda telah berpandangan dengan keelokan Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w mengajar baginda mengucap dua kalimah syahadat.

Rasulullah s.a.w menitahkan baginda menukar nama kepada Sultan Muhammad Syah. -Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa keesokan hari pada waktu Asar akan sampai sebuah kapal dari Jeddah dan orang-orang dari kapal itu akan bersembahyang di pantai Melaka. Rasulullah menitahkan baginda menurut kata-kata orang dari kapal itu. Raja Kecil Besar berjanji akan menurut segala kata-kata dan perintah Rasulullah. Kemudian Rasulullah pun ghaib dan baginda terjaga dari mimpi.

Keesokan harinya pada hari siang, baginda mendapati badan baginda berbau narawastu. "Kalam" baginda seperti sudah dikhatankan. Mulut baginda menyebut kalimah syahadat tiada berhenti-henti.

Kelakuan dan tingkah laku Raja Kecil Besar dianggap aneh. Raja Perempuan bimbang melihat perlakuan raja dan memberitahu Bendahara. Ketika Bendahara sampai, baginda masih menyebut "la ilaha i'l Allah, Muhammad-ar-rasulullah." (Sulalatus Salatin, hal 73)

Sultan menceritakan kepada Bendahara tentang mimpinya. Bagi membuktikan bahawa kata-kata baginda adalah benar, ditunjukkan alamat iaitu kalam baginda seperti dikhatankan orang. Baginda juga menyampaikan sabda Rasulullah akan kedatangan sebuah kapal dari Jeddah pada waktu Asar nanti.

Segala cerita mimpi raja itu didapati benar-benar berlaku. Pada waktu Asar, sebuah kapal dari Jeddah berlabuh di Melaka. Makhdum kapal itu bernama Syed Abdul Aziz. Mereka turun bersembahyang di pantai Melaka. Orang-orang Melaka hairan melihat kelakuan orang bersembahyang, "Mengapa orang itu tunggang-tunggik?" ( Sulalatus Salatin, hal 73)

Raja Kecil Besar berserta pembesar negeri datang ke pelabuhan menjemput Makhdum dan rombongan ke istana. Raja dan pembesar diislamkan. Mereka diajar bersembahyang oleh Makhdum.

SS-ASPEK KETATANEGARAAN

Takrif ketatanegaraan

Ketatanegaraan berasal dan perkataan tatanegara yang bermaksud, "aturan dan susunan negara." (Zainul Abidin Safuwan, Kamus Bahasa Melayu Utusan, Utusan Pub. Dist. hlm 1383)

Manakala Kamus Dewan memberi makna tatanegara itu sebagai "susunan dan bentuk pemerintahan negara dan ketatanegaraan pula bermakna, hal yang berkaitan dengan tatanegara seperti politik dan lain-Iain lagi. "( Kamus Dewan, DBP, hlm 1383)


KONSEP RAJA

Raja merupakan orang dan institusi terpenting dalam sebuah pemerintahan. Raja orang yang sangat, mulia dan mempunyai berbagai-bagai kelebihan. Pengarang Sulalatus Salatin meletakkan raja setaraf dengan nabi dan sebagai pengganti Allah di muka bumi (wasiat Bendahara Paduka Raja Tun Perak)

Raja berkuasa mutlak dan menjadi penghubung antara rakyat dengan roh nenek moyang.

Konsep raja berkait rapat dengan keagamaan. Ini bertujuan memperkuatkan kepercayaan rakyat terhadap kebesaran dan kemuliaan raja. Sulalatus Salatin mengaitkan keturunan raja dengan Iskandar Zulkarnain , keturunan raja yang agung dalam sejarah dunia.

Raja mempunyai sifat mulia dan luar biasa yang dikaitkan dengan cerita mitos, misalnya keturunan Raja Suran di Bukit Si Guntang.
Raja memiliki "daulat". Kebolehan luar biasa dikaitkan dengan daulat, contoh daulat raja-raja Melayu dalam Sulalatus Salatin, misalnya;Seri Teri Buana boleh menawarkan air masin.

Raja China pula mendapat penyakit kedal setelah menerima surat sembah raja Sultan Mansur Syah Melaka. Penyakit itu hanya boleh diubati dengan cara Raja China mesti minum air basuh kaki raja Melaka.

Sang Rajuna Tapa yang belot kepada Raja Singapura mendapat tulah iaitu suami isteri menjadi batu.


KONSEP DAULAT DAN DERHAKA

Konsep ini berkait rapat dengan unsur keagamaan dan kepercayaan rakyat meyakini sesiapa derhaka kepada raja akan mendapat balasan di akhirat.

Kewujudan konsep 'daulat dan derhaka' terhasil daripada waadat antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana. Peristiwa waadat ialah manifestasi pengakuan rakyat akan kedaulatan raja dan rakyat tidak boleh derhaka kepada raja walau dalam apa keadaan sekalipun. Contoh:

(i) Bendahara Paduka Raja Tun Perak tidak membenarkan anak buahnya bertindak balas ke atas Raja Muhammad walaupun anaknya (Tun Besar) dibunuh.

(ii) Bendahara Seri Maharaja tidak menentang hukuman bunuh yang dititahkan Sultan Mahmud Syah walaupun beliau tidak bersalah. Bendahara lebih rela dibunuh daripada menderhaka kepada rajanya.

Kedudukan raja diperkukuhkan lagi dengan alat- alat kebesaran dan peraturan-peraturan, larangan-larangan yang dikenakan dalam hubungan raja-rakyat.

KONSEP KERAJAAN

Konsep kerajaan dalam konteks Melayu merujuk kepada;

"satu organisasi besar yang dipimpin oleh, raja dan pembesar-pembesar dalam menjalankan pemerintahan ke atas golongan rakyat bagi sesebuah negeri dan jajahan takluknya." (Harun Daud, hlm. 95)

Kewujudan kerajaan disahkan lagi dengan adanya alat kebesaran kerajaan sebagai bukti kuasa raja yang memerintah.

Ketiga-tiga putera Raja Suran yang turun di Bukit Si Guntang Mahamiru turut membawa bersama alat kebesaran kerajaan seperti mahkota, pedang, curik dan lembing serta cap kempa.

Setiap kerajaan Melayu memiliki alat-alat kebesaran diraja yang tersendiri.



KONSEP NEGERI

Konsep negeri bagi Melaka ialah "bukan sahaja terdiri dari Melaka. malah semua negeri atau jajahan takluknya." (Harun Daud. hlm 97)

Hubungan antara raja dan rakyat terjamin melalui undang-undang dan larangan. Fungsi undang- undang dan larangan untuk keamanan dan mengekalkan taat setia rakyat kepada pemerintah.
 

Raja memerlukan negeri untuk membentuk kerajaan. Tempat-tempat yang dibuka dijadikan negeri biasanya tempat yang strategik dan mempunyai keistimewaan yang tertentu. Pembukaan sesebuah negeri dikaitkan dengan unsur mitos untuk menunjukkan bahawa tempat yang dibuka itu membawa "tuah" atau kelebihan yang tersendiri.


SISTEM PEMERINTAHAN

Masyarakat Melayu tradisional khasnya Melaka mengamalkan sistem pemerintahan beraja secara mutlak. Yang dimaksudkan secara mutlak ini ialah:

Raja berkuasa sepenuhnya. Raja menduduki strata paling tinggi. Mempunyai kuasa autoriti, kuasa penuh ke atas rakyat dan berkuasa penuh dalam urusan kerajaan.

Raja merupakan golongan yang merintah dan rakyat merupakan golongan yang diperintah. Persetujuan ini hasil dari waadat antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun.

Kedudukan raja tidak boleh diganggu gugat. Raja boleh berbuat apa sahaja dan tidak boleh dibantah, misalnya menjatuhkan hukuman mati.

Pengganti raja ditentukan oleh raja pemerintah. Bianya mengikut keturunan sebelah ayah. Selain itu raja ditentukan pelantikannya melalui wasiat, misalnya perlantikan Sultan Mahmud Syah sebagai ganti memerintah dari wasiat ayahandanya Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.

Pemerintahan negeri dibantu oleh pembesar- pembesar negeri melaksanakan perintah raja.

Hubungan raja dan pembesar sangat erat dan kadang-kadang wujud pertalian darah misalnya puteri Bendahara dikahwini oleh sultan.

Pembesar-pembesar Negeri

Pembesar memainkan peranan utama dalam kerajaan Melayu Melaka seperti Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Syahbandar.

Pembesar negeri dilantik oleh raja. Tugas dan kedudukan pembesar mengikut bidang tugas masing-masing;


KECEMERLANGAN DAN KEMALAPAN KUASA POLITIK


Kuasa Politik Melaka melalui empat tahap perkembangan iaitu
 

Tahap1 :
 

Meliputi tahap pembukaan Melaka meliputi masa pemerintahan Raja Iskandar Syah, Raja Besar Muda dan Raja Tengah .

Tahap 2 :
 

Zaman pengukuhan kerajaan Melaka yang berlangsung pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah dan Sultan Abu Syahid.

Tahap 3 :
 

Zaman kegemilangan Melaka yang berlangsung pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.


Tahap 4 :
 

Zaman kejatuhan Melaka yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah.

Pembukaan Melaka

Sulalatus Salatin menceritakan Melaka dibuka oleh Raja Iskandar Syah yang lari dari Singapura. Pembukaan Melaka dikaitkan dengan mitos Raja Iskandar Syah melihat kejadian aneh iaitu seekor pelanduk putih menendang anjing perburuan jatuh ke sungai. Ketika kejadian Raja Iskandar Syah menyandar di bawah sepohon pokok bernama Melaka.

Melaka mula bertapak sebagai kuasa politik yang kuat dan disegani yang dilihat pada kejayaan Melaka mengatasi ancaman daripada Siam.

Tahap Kegemilangan

Puncak kegemilangandan kejayaan Melaka dicapai pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.

Melaka berperanan sebagai empayar Melayu yang kuat dan besar. Melaka muncul sebagai pusat perdagangan, pusat persinggahan timur dan barat dan pusat pengembangan Islam dan hasil-hasil kesusasteraan Melayu dan Islam di kepulauan Melayu.

Kegemilangan Melaka dikaitkan dengan kewibawaan pembesar-pembesar negeri yang berjaya mentadbir Melaka dengan penuh kebijaksanaan.

Ketika ini Melaka melaksanakan dasar perluasan tanah jajahan dan berjaya menakluki Pahang. Keturunan raja Melaka memerintah Pahang misalnya Raja Muhammad.

Melaka juga menakluki Inderagiri, Jambi, Siantan, Kampar dan Siak, Haru, Manjong dan Beruas, Kelantan dan Terengganu.

Tahap Kejatuhan
 

Kerajaan Melayu Melaka mulai mengalami zaman kejatuhan pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Faktor kejatuhan Melaka berkait rapat dengan corak pemerintahan baginda yang lemah.

Sultan Mahmud mementingkan hawa nafsu lebih daripada kepentingan negara dan rakyat. Sultan Mahmud Syah dianggap gila perempuan.

Sultan Mahmud juga bersifat kejam dan gemar menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa. Baginda telah membunuh Tun Ali Sandang kerana menghalang hajatnya pada Tun Dewi dan membunuh Bendahara Seri Maharaja kerana Bendahara tidak menunjukkan Tun Fatimah kepada baginda.

Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud, amalan rasuah berluasa di kalangan pembesar negeri. Misalnya pengikut- pengikut Tun Hassan Temenggung terima rasuah daripada pekedai-pekedai. Saudagar-saudagar memberi persembahan harta benda kepada pembesar untuk tujuan- tujuan tertentu.

Selain itu amalan fitnah memfitnah, hasad dengki dan dendam berluasa. Semuanya berpunca kerana meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan kerajaan dan negeri.
 

Akhirnya kejatuhan Melaka dimuktamadkan dengan penaklukan oleh Portugis.

SS-Pembesar Melaka

Bendahara


Bendahara merupakan pembesar negeri yang paling kanan yang menjadi ketua penasihat kepada sultan. Bendahara bertindak sebagai pemangku sultan sekiranya sultan masih kecil. Misalnya Bendahara Paduka Raja Tun Perak menjalankan pemerintahan sewaktu Sultan Mahmud Syah kecil.

Bendahara kerkuasa menyelesaikan masalah tertentu tanpa merujuk kepada sultan. Misalnya Bendahara Seri Maharaja menyelesaikan perselisihan antara Raja Mendaliar dengan Nina Sura Dewana.

Bendahara juga berkuasa memberi arahan tanpa perintah raja. Selain itu bendahara bertindak sebagai pemimpin tentera dalam peperangan.

Bendahara berkuasa dan berpengaruh dalam melantik dan memilih pengganti sultan. Bendahara Paduka Raja Tun Perak enggan menyembah Raja Muhammad (Raja Muda) setelah tragedi pembunuhan Tun Besar menyebabkan Sultan Mansur Syah terpaksa "mengalah" dan menyingkirkan Raja Muhammad dari takhta Melaka dan dirajakan di Pahang.

Kedudukan Bendahara hampir setaraf dengan raja. Kebesarannya jelas dilihat sewaktu raja mengadakan majlis-majlis jamuan istana. Hanya Bendahara yang layak makan sehidangan dengan anak raja.


Penghulu Bendahari

Penghulu Bendahari bertanggungjawab sebagai Bendahari Raja. Bidang tugasnya memungut hasil negeri terrnasuk yang dipungut oleh syahbandar.

Penghulu Bendahari juga menyimpan daftar bilangan hamba selain mengurus kelengkapan dalam istana, misalnya menyuruh penghulu balai menghiasi balai, membentang tikar, menggantung tabir dan langit-iangit.

Selain itu Penghulu Bendahari memegang usungan di sebelah kanan apabila raja berangkat secara berusungan pada hari raya.

Gelaran untuk Penghulu Bendahari ialah Seri Nara Diraja.


Temenggung

Temenggung bertanggungjawab atas pelaksanaan undang- undang dan peraturan negeri terutama mengenai keselamatan. Temenggung menangkap orang bersalah dan menjalankan hukuman.

Temenggung melaksanakan kawalan dalam negeri. Perkara ini dilihat jelas pada waktu Melaka diancam oleh pencuri-pencuri sewaktu pemerintahan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.

Temenggung bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibatkan protokol seperti dalam majlis mengatur tempat duduk pembesar-pembesar negeri mengikut status masing--masing.

Temenggung turut mengepalai gajah ketika raja berangkat menaiki gajah.


Syahbandar

Syahbandar dianggap sebagai raja segala dagang. Syahbandar bertanggungjawab atas segala urusan di Kuala seperti nemeriksa perahu yang masuk dan keluar. Selain itu tugas Syahbandar

menyelia pedagang-pedagang yang menurunkan barang-oarang dari kapal dan memungut cukai daripada pedagang- pedagang. 


Laksamana

Laksamana dilantik daripada keturunan hulubalang. Laksamana bertanggungjawab menjaga negeri daripada ancaman baik di laut mahupun di darat. Contohnya, Hang Tuah menghalang Semerluki dari Makasar yang datang merosakkan tanah jajahan Melaka.
 

Laksamana juga memikul pedang kerajaan dalam istiadat rasmi. Sulalatus Salatin menceritakan bagaimana Hang Tuah diberi pengiktirafan yang begitu tinggi setelah berjasa kepada raja dengan membunuh Hang Jebat yang menderhaka.

Selain itu Laksamana akan memikul pedang kerajaan di bahagian belakang gajah ketika raja bergajah.

Laksamana turut hadir bersama Temenggung ketika Bendahara membicarakan orang.
 

Laksamana juga bertugas menjaga keselamatan dan maruah Bendahara sekiranya ada yang menghina atau berlaku biadap terhadap Bendahara. Misalnya Laksamana Khoja Hassan tidak teragak-agak membunuh Tun Perpatih Hitam yang berkelakuan kurang sopan iaitu menguis tikar dengan kaki di hadapan Bendahara Seri Maharaja.
 

Laksamana juga bertugas sebagai pengawal istana.