17 July 2011

SS-Isi Kandungan Sulalatus Salatin

Bersifat cerita, meliputi cerita:-

(i) Berasaskan fakta-fakta sejarah seperti;

(a) kisah raja-raja memerintah Melaka.

Contoh:-

- Sultan Muzaffar Syah

- Sultan Mansur Syah

- Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah

- Sultan Mahmud Syah dan Iain-Iain.

(b) Kisah perhubungan dan dasar luar Melaka dengan negara-negara jiran dan negara-negara
 
luar seperti Melaka dengan;

- Negeri Siam

- Benua China

- Benua Keling

- Pasai

- Pahang dan sebagainya.

(c) Kisah-kisah peperangan dan penaklukan.

Contoh:-

- kedatangan Peringgi dan penguasaannya ke atas Melaka.

- Penaklukan Melaka ke atas Siak, Kampar, Pahang dan Iain-Iain.


(ii) Cerita bersifat fiksyen dan mitos. Contoh:

- kisah Raja Suran turun ke negeri bawah laut (Dika).

-kisah-kisah di Bukit Si Guntang.

-kisah-kisah mitos seperti,

(a) mitos pembukaan tempat dan negeri, seperti pembukaan Pasai, Singapura dan Melaka.

(b) mitos kemasukan Islam di Melaka.

(c) mitos peminangan Puteri Gunung Ledang.

SS: CIRI-CIRI SEBAGAI SEBUAH KARYA SASTERA SEJARAH

1. Tujuan Penulisan:

a. Kegunaan istana – raja dan bangsawan

b. Merakamkan:

i. kebesaran negara kota Melaka

ii. ketinggian martabat kerajaan Melaka

iii. kegemilangan pemerintahan kerajaan Melaka

2. Corak Penceritaan:

a Mengandungi dua corak peristiwa iaitu:-

(i) peristiwa sebenar/fakta sejarah, dan

(ii) peristiwa fantasi, dongeng, mitos/bukan fakta sejarah.

b. Kisah bercampur aduk antara fakta sejarah dan bukan sejarah.

3. Kisah Negara-Kota - Melaka
 

Menitikberatkan peristiwa-peristiwa:

a. Mengagungkan keturunan raja -> melalui unsur ajaib.

Keturunan raja dikaitkan berasal dari keturunan raja agung dan hebat -> iaitu keturunan Iskandar Zulkarnain, Raja dari Mukaduniah yang terkenal hebat, berani dan mempunyai sifat kepahlawanan.

b. Gambaran pemerintahan penuh kebaikan-> adil, gagah, perkasa, berani dan berdaulat.

Contoh 1 : Kemakmuran Melaka dikaitkan dengan peribadi baik sultan pemerintah seperti Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'dDin Riayat Syah.

Contoh 2 : Kait dengan hubungan Melaka -China.

Contoh 3 : Kait raja mulia dan berdaulat peluk Islam.

c. Menonjolkan kebesaran raja Melaka melalui;

(i) gambaran adat-istiadat dan larangan- larangan. Contoh —> mementingkan protokol dan adat-istiadat seperti adat mengadap raja, adat mengarak sejadah, adat pertabalan dan sebagainya.

Contoh -> larangan memakai kain berwarna kuning.
 

-> larangan memakai emas, keris tertentu dan sebagainya.
 

-> larangan bertujuan mengekalkan statusquo.
 

-> kehebatan dan keistimewaan raja.

(ii) Melalui kejayaan Melaka mengatasi negara lain.

(a) Hubungan Melaka dengan China.

(b) Hubungan Melaka -> Pasai dan Iain-Iain .

4. Dari Segi Pertarikhan

a. Sulalatus Salatin tidak mementingkan catatan tarikh berlaku peristiwa-peristiwa terutama peristiwa sejarah sebenar.

b. Pertabalan raja, kelahiran, kemangkatan, hubungan diplomatik tidak disertai tarikh.

c. Jika ada tarikh pun, tidak bertepatan dengan kenyataan sejarah sebenar.

d. Peristiwa sejarah diceritakan seperti laporan.

5. Pengisahan Berpusat kepada satu keturunan

a. Tumpuan kepada keturunan raja pemerintahan Melaka.

b. Keturunan raja Melaka bermula dengan Sultan Muhammad Syah -> diwariskan kepada keturunannya dari sebelah 'ayah'.

c. Pemerintahan-pemerintahan Melaka seterusnya - Sultan Muzaffar Syah -> Sultan Mansur Syah, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah -> Sultan Mahmud Syah.


6. Gaya Penceritaan

a. Mementingkan gambaran kebesaran dan kemasyhuran raja memerintah.

b. Menyanjung kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara-kota. Caranya melalui;

(i) cerita dikaitkan dengan kisah-kisah ajaib,dongeng, mitos, legenda dan fantasi.

(ii) keagungan negara-kota/pemerintahan.

(iii) ketokohan dan kehebatan raja dan pembesar negeri.

c. Memasukkan kisah yang benar-benar berlaku (fakta sejarah sebenar) misalnya sejarah tentang;

(i) kewujudan empayar Melaka dan rantau jajahan takluknya.

(ii) hubungan diplomatik Melaka dengan Siam, China,dan Pasai.

(iii) hubungan Melaka di peringkat antarabangsa.

d. Unsur sejarah adalah bersifat 'pseudosejarah' - sejarah yang dilihat dari perspektif masyarakat dan zaman yang menghasilkannya.

7. Dari Segi Watak

a.Terdiri dari watak-watak dari kalangan:-

(i) Manusia

-> golongan istana (raja dan kerabat) pembesar-pembesar negeri/bangsawan, rakyat jelata/hamba, golongan Arab, India-Muslim dan lain- lain.

(ii) Watak bukan manusia.

-> binatang-binatang seperti lembu putih, semut besar, pelanduk putih, anjing perburuan, cacing gelang-gelang.

-> orang-orang halus seperti hantu, Puteri Gunung Ledang.

8. Dari Segi Struktur Isi Cerita

Struktur isi cerita Sulalatus Salatin menepati ciri-ciri yang biasa ditemui dalam karya corak sastera sejarah iaitu terbahagi kepada 3 bahagian:-

(i) Bahagian awal

(ii) Bahagian kegemilangan

(iii) Bahagian kemerosotan

(i) Bahagian Awal: Kisah awal sesebuah kerajaan/negara kota meliputi kisah;

a. asal-usul keturunan raja- raja

b. kisah pembukaan negara kota

c. kemasukan Islam

Peristiwa dikaitkan dengan cerita mitos, legenda, dongeng dan fantasi.

Contoh dalam teks Sulalatus Salatin;

- Asal usul raja Melaka dikaitkan dari keturunan iskandar Zul-Karnain

- Pembukaan Melaka dikaitkan dengan kejadian aneh -> anjing perburuan ditendang oleh pelanduk putih yang berani dan kemudian ghaib.

- Kemasukan Islam dikaitkan dengan mitos Raja Kecil Besar bermimpi bertemu Rasulullah.

(ii) Bahagian Kegemilangan: meliputi kisah mengenai;

a. Kisah pemerintahan raja-raja pemerintah negara kota.

b. Menonjolkan kebesaran, kejayaan, kehebatan pemerintahan.

c. Peranan negara kota dari segi politik, kebudayaan,perdagangan, pusat penyebaran Islam dan lain-lain.

Contoh Sulalatus Salatin merakam kegemilangan pemerintahan Sultan-Sultan Melaka misalnya:

• Sultan Muzaffar Syah

• Sultan Mansur Syah

• Sultan Alau'd-Din Riayat Syah

d. Kegemilangan Melaka sebagai empayar Melayu terkuat, luas jajahan takluk meliputi Kelantan, Pahang dan Terengganu.

e. Peranan Melaka sebagai pusat pelabuhan terbesar di rantau ini.

f. Peranan Melaka sebagai pusat penyebaran dan pengembangan agama Islam.

g. Peranan Melaka sebagai pusat pengumpulan khazanah hasil-hasil kesusasteraan Islam terpenting.


(iii) Bahagian Kemerosotan: meliputi kisah-kisah:

a. Kemerosotan sesebuah kerajaan dan negara kota dikaitkan dengan kekejaman dan kezaliman raja
memerintah.

b. Berlaku perpecahan di kalangan pembesar.

c. Berleluasa fitnah, amalan rasuah, pilih kasih,ketidakadilan dan sebagainya.

d. Kerajaan lemah senang ditakluki musuh.

Contoh dari teks Sulalatus Salatin;

(i) Menceritakan kekejaman dan kezaliman Sultan Mahmud Syah -> guna kuasa untuk kepentingan diri, kepuasan seks.

(ii) Sultan Mahmud Syah abaikan rakyat, berlaku ketidakadilan, berleluasa amalan rasuah dan pilih kasih.

(iii) Kepentingan raja dan pembesar diutamakan.

(iv) Pentadbiran lemah dan kucar-kacir, pertahanan lemah.

(iv) Portugis menyerang dengan mudah dapat mengalahkan dan menawan Melaka.

SS-Pengenalan

a. "Sulalatus Salatin" (nama dalam bahasa Arab).

b. Nama lain ialah SEJARAH MELAYU lebih popular.

c. Sulalatus Salatin bermaksud "Salasilah Sultan-sultan" atau Peraturan Segala Raja-raja.

d. Naskhah asal Sulalatus Salatin -» dipercayai Hikayat Melayu yang dibawa dari Goa.

e. Dipercayai naskhah awal tamat penulisannya sebelum tahun Masihi 1536. Disusun semula pada tahun 1612.

03 June 2011

PERIBAHASA BERANGKAP


Definisi :

Harun Mat Piah (1989) :
Peribahasa berangkap ialah ungkapan peribahasa yang terdiri sekurang-kurangnya dua keratan yang sejajar, baik dalam sebaris atau lebih. Kemungkinan baris-baris itu tidak berhubungan dari segi rima tetapi terjalin dalam hubungan yang seimbang, iaitu sebagai pembanding atau pelengkap kepada yang lain.

Peribahasa berangkap ialah :
a. Peribahasa yang wujud dalam bentuk puisi
b. Dikenali juga sebagai peribahasa berirama
c. Puisi tidak terikat
d. Ditulis dalam rangkap, sekurang-kurangnya dua baris atau lebih
e. Pengucapan disusun dalam baris-baris yang berurutan dalam satu rangkap.

Ciri-ciri :

a. Bentuk yang tidak terikat
b. Dua baris serangkap atau lebih
c. Rima di hujung yang bebas
d. Suku kata sebaris yang tidak sekata
e. Tidak tentu jumlah perkataan sebaris

1. Ada peribahasa berangkap yang terdiri daripada dua baris
Lulus angan dilakukan,
lulus kaki dilangkahkan.
Biar bersimbah peluh di muka,
jangan tersingkap kain basahan.
Bongkok kail penyangkut insang,
bongkok fail penyangkut hutang.
Di dalam manis ada pahitnya,
Di dalam pahit ada manisnya.
Kalau puntung masih berapi,
jangan dihembus-hembus juga.
2. Ada peribahasa berangkap yang terdiri daripada empat baris
Tebu menyentak naik,
Meninggalkan ruas dengan bukunya.
Manusia menyentak turun.
Meninggla adat dan pusaka.
Kalau disendeng biduk di tebing,
betulkan galangnya.
Kalau tersendeng ikan di sungai,
siapkan serampangnya.
Banyak tampungnya,
Banyak pula penjahitnya.
Banyak tampalnya,
Banyak pula ragamnya.
Kalau hendak bergalah,
pergilah ke hulu-hulu.
Kalau hendak berdayung,
Hilirlah ke kuala.
Besar senduk dari belanga,
Besar pasak dari tiang.
Besar kepala dari kopiah,
Besar gelegar dari rusuk.
Ditebang tidak tertebang,
Ditebas juga jadinya.
Diempang tidak terempang,
Dilepas juga jadinya.
Kalau kayu sama tingginya,
di mana angin hendak lalu.
Kalau lantai sama tingginya,
Di mana letak aib malu.
Kalau berdagang di negeri orang,
Jangan buat lagak ayam jantan.
Belum duduk dah berlunjur,
Biar genting jangan putus.

Peribahasa Berangkap
Peribahasa atau ungkapan tradisional yang mempunyai subgenre seperti bidalan, pepatah, perbilangan, perumpamaan, lidah pendeta, kias ibarat, dan tamsil tidak tergolong dalam genre puisi kerana strukturnya bukan merupakan ungkapan atau kata-kata yang berangkap. Namun, dalam pustaka puisi Melayu tradisional terdapat sejumlah besar peribahasa yang wujud dalam bentuk puisi. Oleh itu, Za’ba (1966), Mohd. Taib Osman (1979) menamakan puisi ini sebagai peribahasa berangkap atau peribahasa berirama.
Menurut Harun Mat Piah (1989), peribahasa berangkap ialah ungkapan peribahasa yang terdiri sekurang-kurangnya dua keratan yang sejajar, baik dalam sebaris atau lebih. Kemungkinan baris-baris itu tidak berhubungan dari segi rima tetapi terjalin dalam hubungan yang seimbang, iaitu sebagai pembanding atau pelengkap kepada yang lain.
Seperti puisi-puisi Melayu yang lain, peribahasa berangkap juga boleh dikenal pasti berdasarkan ciri-ciri yang terdapat ada aspek struktur, tema, isi, dan fungsinya.
Asas pembentukan peribahasa berangkap ialah peribahasa. Seperti bahasa lisan yang lain, peribahasa berangkap berfungsi sebagai alat komunikasi, sama ada secara formal (digunakan dalam adat istiadat tertentu) atau tidak formal (terutamanya untuk menyindir, menegur atau mengkritik seseorang) dan sebagai alat pendidikan atau didaktik. Selain itu ia berfungsi sebagai “pembebas tanggungjawab perseorangan terhadap suatu kekuasaan” (Alan Dundes, 1989). Maksud daripada kata-kata ini ialah jika mengkritik (terutamanya menunjukkan kesalahan atau mencela) seseorang dengan menggunakan peribahasa, individu sasaran akan lebih mudah menerima daripada dikritik atau dicela secara langsung.Oleh: Qamarul Arifin Abdullah
Fungsi yang seterusnya ialah sebagai alat kawalan sosial dan pemantapan sesuatu sistem sosial dalam masyarakatnya. Selain itu sebagai media yang mempamerkan kebijaksanaan penutur atau pewarisnya (juga melambangkan kebijaksanaan masyarakat khalayaknya). Pewarisnya yang terhad menyebabkan mereka dianggap sebagai golongan yang eksklusif dan istimewa. Semakin banyak mereka mewarisi puisi ini semakin tinggi sanjungan masyarakat khalayaknya dan dapat menggambarkan ketinggian status seseorang dalam masyarakatnya. Peribahasa berangkap terhadap dalam teromba. Teromba hanya dimiliki oleh indivividu yang memegang kunci adat seperti ketua adat atau ketua lembaga. Oleh itu penguasaan puisi ini sekali gus dapat menunjukkan ketinggian status seseorang dalam masyarakatnya.

KESAN PENGGUNAAN TEKNIK PENCERITAAN (PROSA)


1. Teknik pemerian (memerihalkan suasana)- memberi gambaran dgn lebih berkesan / menghidupkan imaginasi pembaca
2.       2,Teknik dialog (perbualan antara watak)- memberi gambaran lebih realistik
3.       3. Teknik imbas kembali (ingatan terhadap masa lalu)- gambaran watak lebih realistik & berkesan / plot cerita lebih rencam/ kompleks
4.      4.  Teknik monolog (percakapan sendirian watak)- gambaran watak lebih terperinci
5.       5. Teknik monolog dalaman (percakapan dalam hati)- gambaran watak lebih mendalam
6.      6.  Teknik imbas muka (bayangan perkara yg akn berlaku pd masa akn dtg) – plot cerita lebih kompleks

KESAN PENGGUNAAN GAYA BAHASA


1.       Anafora dan epifora- menjelaskan lagi maksud yang ingin disampaikan, menimbulkan kesan keindahan pada pengucapan, kesan penegasan

2.       Asonansi- menimbulkan kelembutan irama, menyedapkan sebutan bunyi, kelembutan bunyi

3.       Aliterasi- menimbulkan kekerasan/ kelantangan bunyi, menyedapkan sebutan, kelembutan @ kemerduan bunyi

4.       Personifikasi- memberi penekanan pada sesuatu perkara yang ingin disampaikan, memberikan gambaran kehidupan yang lebih jelas, menghidupkan pengucapan dan menggerakkan imaginasi pembaca @ menimbulkan pengucapan yang puitis

5.       Metafora- menimbulkan pengucapan puitis dan membawa pernyataan fikiran yang tepat serta berkesan
6.       Hiperbola- menguatkan kesan/ makna gambaran

7.       Perlambangan/ simbol- menggerakkan imaginasi pembaca

8.       Paradoks- memberi gambaran yang bertentangan

9.       Rima- kesan kemerduan dan keindahan bunyi

# gaya bahasa yang menimbulkan kesan estetik- gaya bahasa perulangan (semua jenis perulangan termasuk asonansi dan aliterasi), paradoks, inversi, perlambangan

Hamzah Fansuri : Biografi & Sumbangan


Huraikan Kedudukan dan Sumbangan Tokoh-tokoh berikut terhadap
perkembangan Kesusasteraan Melayu.
a) Hamzah Fansuri


Hamzah Fansuri
Biografi
Syeikh Hamzah al-Fansuri dilahirkan di Barus atau Fansur pada pertengahan abadke-16 hingga awal abad ke-17, tetapi tarikh lahir secara tepat belum dapat ditentukan.Fansur merupakan sebuah kampung yang terletak di antara Kota Singkel dengan GosongTelaga(Aceh Selatan). Semasa zaman Kerajaan Aceh Darussalam, Kampung Fansur ituterkenal sebagai pusat pendidikan Islam di bahagian Aceh Selatan. Perbezaan pendapatmenyatakan bahawa beliau dilahirkan di Syahrun Nawi atau Ayuthia di Siam danberhijrah serta menetap di Barus.
Ayah Syeikh Hamzah al-Fansuri bernama Syeikh Ismail Aceh pernah menjadigabenor di Kota Sri Banoi. Beliau menggantikan Gabenor Wan Ismail yang berasal dariPatani, yang telah melepaskan jawatan kerana usianya yang lanjut. Syeikh Ismail Acehmeninggal dunia dalam pertempuran melawan orang Yuwun (Annam) di Phanrang.
Ibubapa Hamzah telah meninggal dunia ketika beliau masih kecil. Suasana dankeadaan ini mendorong beliau hidup terpencil dan berdagang atau mengembara darisebuah negerike sebuah negeri. Sewaktu mengembara dan berdagang itu, pelbagaisumber menyebut bahawa Syeikh Hamzah al-Fansuri telah belajar berbagai-bagai ilmudalam masa yang lama. Selain menimba ilmu di Aceh, beliau juga telah mengembara kepelbagai tempat, di antaranya ke Banten (Jawa Barat).Sumber lain juga menyatakanbahawa beliau pernah mengembara keseluruh tanah Jawa, Semenanjung Tanah Melayu,India, Parsi dan Arab. Dikatakan bahawa Syeikh Hamzah al-Fansuri sangat mahir dalamilmu-ilmu fikah, tasawuf, falsafah, mantiq, ilmu kalam, sejarah, sastera dan lain-lain.

Dalam bidang bahasa pula, beliau menguasai dengan kemas seluruh sektor ilmu Arabiyahdan fasih dalam pengucapan bahasa tersebut. Beliau juga berkebolehan dalam pelbagaibahasa lain seperti bahasa Urdu, Parsi, Melayu dan Jawa. Bahasa Melayu telah menjadibahasa ibundanya. Bahasa Melayu yang digunakannya itu sudah memperlihatkan bentukseperti yang digunakan sekarang.
Menurut Muhammad Naguib al-Attas, Hamzah Fansuri diperkirakan meninggalmenjelang tahun 1607, sedangkan L.F Brakel menyebutkan bahwa Hamzah Fansurimasih sempat hidup hingga tahun 1620.


Kedudukan dan Sumbangan Hamzah Fansuri terhadap perkembangan
Kesusasteraan Melayu
SYEIKH Hamzah Fansuri ialah seorang ulama dan pujangga besar Melayu.Beliau merupakan penyair Melayu pertama yang mengubah syair-syair bersifat agama.Hamzah Fansuri adalah seorang yang sangat terkemuka dikalangan orang-orang Melayuoleh kerana syair-syair dan puisi-puisinya yang menakjubkan.
Syair-syair Hamzah Fansuri yang diketahui tidak kurang 32 untaian.Syair-syairnya dianggap sebagai syair Melayu pertama yang ditulis dalam bahasaMelayu, iaitu sajak empat baris dengan pola bunyi akhiraaaa pada setiap barisnya. Ciri-ciri sajaknya yang menonjol di antaranya menjadi puisi Melayu klasik. Pertama,pemakaian penanda kepengarangan. Kedua, banyak petikan ayat Al-quran, hadis,pepatah, dan kata-kata Arab. Itu menunjukkan cepatnya proses Islamisasi dalampenggunaanbahasa, kebudayaan dan sastera Melayu abad ke-16. Ketiga, dalam setiapbait terakhir syairnya selalu mencantumkan takhallus (nama diri), iaitu nama julukanyang biasanya didasarkan pada nama tempat kelahiran penyair atau tempat ia dibesarkan.Keempat, terdapat pula tamsil dan citraan-citraan simbolik yang biasa digunakan olehpenyair-penyair Arab dan Persia dalam melukiskan pengalaman dan gagasannya. Kelima,kerana paduan yang seimbang antara diksi (pilihan kata), rima dan unsur-unsur puitiklainnya.Pengaruh Hamzah Fansuri cepat tersebar di seluruh tempat di Malaysia terutama
melalui pengajaran-pengajaran yang beliau berikan selama perantauan ke berbagaitempat dan melalui karya-karyanya yang tersebar di seluruh Asia Tenggara. HamzahFansuri bukan sahaja seorang ulama tasawuf dan sasterawan terkemuka tetapi jugaseorang perintis dan pelopor pembaharuan. Sumbangannya sangat besar bagi perkembangan kebudayaan Islam di Nusantara, khususnya dalam bidang kerohanian, keilmuan, falsafah, bahasa, dan sastera.
Dalam bidang keilmuan, Hamzah Fansuri telah mempelopori penulisan risalahtasawuf atau keagamaan yang bercorak mistik dan bersifat ilmiah. Sebelum karya-karyaHamzah Fansuri muncul, masyarakat Melayu mempelajari masalah-masalah agama,tasawuf, dan sastera melalui kitab-kitab yang ditulis dalam bahasa Arab dan Parsi. Dalambidang sastera, Hamzah Fansuri mempelopori pula penulisan puisi-puisi Islam bercorakkesufian, mistik,metafizik dan pembicaraan terhadap hubungan insan dengan penciptanyadan manusia seluruhnya. Kedalaman kandungan puisi-puisinya sukar ditandingi olehpenyair lain yang sezaman atau selepasnya. Mereka menerapkan bentuk puisi modendalm karya-karya mereka, namun mereka tidak terlepas daripada pengaruh sastera Islamyang diasaskan oleh Hamzah Fansuri. Dalam bidang kesusasteraan pula, beliau ialahorang pertama yang memperkenalkan syair dan puisi empat baris dengan skema sajakakhiraaaa seperti sebelumnya. Dilihat dari strukturnya, syair yang diperkenalkan olehHamzah Fansuri seolah-olah merupakan perpaduan antara sajak Parsi dengan pantun Melayu.
Hamzah Fansuri juga telah berhasil meletakkan dasar-dasar puitika dan estetikaMelayu. Pengaruh itu masih dapat diamati sehingga sekarang, seperti dalam karyapenyair Pujangga Baru, sasterawan angkatan 70-an dan sebagainya. Bidang kebahasaan,Hamzah Fansuri telah memberikan beberapa sumbangan. Pertama, sebagai penulispertama kitab keilmuan dalam bahasa Melayu, beliau berhasil mengangkat bahasaMelayu menjadi bahasa intelektual dan ekspresi keilmuan yang hebat. Oleh sebab itu,kedudukan bahasa Melayu di bidang penyebaran ilmu dan persuratan menjadi sangat
penting dan mengungguli bahasa-bahasa Nusantara yang lain pada waktu itu. Pada sekitarabad ke-17, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar kepada pelbagai lembagapendidikan Islam, bahkan digunakan pula oleh Pemerintah Hindia Belanda sebagaibahasa pentadbiran dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah pemerintah. Itulah yangtelah memberikan peluang besar terhadap bahasa Melayu bukan sahaja untukberkembang maju tetapi juga untuk dipilih dan ditetapkan menjadi bahasa persatuan dankebangsaan.
Sumbangan dan pemikiran selanjutnya mengenai kebahasaan dapat dibaca dalamsyair-syair dan risalah-risalah tasawuf Hamzah Fansuri, sangat besar jasanya dalamproses Islamisasi bahasa Melayu. Islamisasi bahasa sama saja dengan Islamisasipemikiran dan kebudayaan. Syair-syairnya bukan sahaja memperkaya perbendaharaankata bahasa Melayu tetapi juga mengintegrasikan konsep-konsep Islam dalam berbagaibidang kehidupan dalam sistem bahasa. Karya-karya sufisme dalam bentuk syair telahmengubah perspektif dan fungsi sastera ini. Beliau telah memperkenalkan satu dimensibaru untuk memahami kehidupan dan keindahan. Melalui hasil karangannya, dijelaskanmengapa orang harus mencari Tuhan dan juga sebagai garis petunjuk untuk mencariTuhan. Syair-syair Hamzah sarat dengan estetika, ilmu dan falsafah diolah berdasarkanpengaruh pantun menampakkan bahawa Hamzah menguasai puisi Parsi bersifat tasawufdan memupuk rasa cinta akan Allah. Hamzahlah penyajak Melayu pertama yangmenggunakan syair dalam tulisan agama.
Hamzah telah memperkenalkan suatu dimensi baru untuk memahami kehidupandan keindahan. Karya-karyanya memacarkan kesatuan estetika, kepaduan, keutuhan dankesejagatan yang membentuk perubahan dan pembangunan dalam sastera Melayu.

Sesungguhnya, Hamzah melalui pengalaman peribadi dan dirinya sebagai fokus telahmenukar konsep sastera, kepengarangan dan konsep diri. Paling penting beliau telahmengungkapkan perubahan dari segi persepsi kehidupan dunia Melayu. Hamzahmemberi sumbangan yang sangat besar kepada kesusasteraan Melayu dan Nusantara.Hasilan karyanya mengandungi benih-benih inovasi yang kemudiannya di warisi olehpengarang Melayu seperti Abdullah Munshi, Raja Ali Haji dan Salleh Perang. Hamzahberjaya memadukan semua unsur-unsur inovasi tersebut dengan indah dan berkesan.Oleh itu, pembaharuan yang di bawa oleh Hamzah dianggap menjangkau zaman dangenerasinya sehingga unsur pembaharuan dan nilai moden berjaya ditonjolkan.

Karya Hamzah Fansuri
Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana)
Sharab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Berahi)
Zinat al-Muwahidin (Perhiasan Sekalian Orang yang Mengesakan).
Syair Si Burung Pingai
Syair Si Burung Pungguk
Syair Sidang Fakir
Syair Dagang
Syair Perahu

Contoh soalan dari Prosa Tradisional Hikayat Pandawa lima


i) Huraikan persoalan yang terdapat dalam cerita di atas.
(F)= usaha mengembalikan hak.                                  
(H/C)= Maharaja Gatotkaca dan Sang Bimayu mendapatkan semula Dewi Satya Sundari yang dilarikan oleh Laksmana Kumara. Sang Bimayu telah Berjaya mendapatkan Dewi Satya Sundari semula memandangkan Dewi Satya Sundari tidak suka akan Naim dan Laksmana Kumara.
(F)= Keistimewaan pemerintah.
(H/C)= ketika berperang, Maharaja Gatotkaca dan Maharaja Bala Dewa memperlihatkan kehandalan masing-masing. Contohnya, apabila Kaharaja Gatotkaca mencampakkan cakera ke udara, lalu turunlah hujan rebut petir serta halinlintar.
(F)= usaha mewujudkan keamanan.
(H/C)= Bentera Krisna telah mendamaikan pertelingkahan antara Maharaja Gatotkaca dengan Maharaja Bala Dewa.

ii) Latar tempat.
(F)= sebuah bukit.
(H/C)= tempat Sang Bimayu dan Jerude berehat. Disinilah Bota Kala Putra bertemu dengan Jerude.
(F)= Gunung Ugra Bajra
(H/C)= tempat Maharaja Gatotkaca berkumpul dengan rakyat sebelum ke istana Bala Dewa.
(F)= rumah Betara Gurga
(H/C)= tempat Sang Bimayu dan Jerude dibawa oleh Kala Putra. Dihalaman rumahnya terdapatperempuan yang cantik-cantik dan berbagai-bagai jenis tengkorak naim. 

(F)= istana Maharaja Bala Dewa.
(H/C)= tempat pertarungan antara Maharaja Bala Dewa dengan Maharaja Gatotkaca.

iii) latar masyarakat
(F)= ketegori.
(H/C)= masyarakat istana. Mengfokuskan kepada beberapa orang raja atau maharaja seperti Maharaja Gatotkaca dengan Maharaja Bala Dewa terdapat juga rakyat dan pengikutnya iaitu rakyat Putra Baya dan rakyat Korawa.
(F)= dari segi golongan.
(H/C)= golongan seperti maharaja-maharaja yang diketengahkan dalam cerita ini iaitu Bentera Krisna dan Maharaja Gatotkaca.
(F)= dari segi corak hidup.
(H/C)= corak hidup yang kucar-kacir kerana pemerintah yang sering berperang antara satu sama lain.

sumber: ppusseri

04 May 2011

KELEBIHAN BELAJAR DI TINGKATAN 6


TINGKATAN ENAM  
Tempoh pengajian 3 semester  
Aliran sains dan kemanusiaan  
Sijil diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA & luar negara
Kos rendah berbanding matrikulasi/diploma
Sijil diiktiraf JPA untuk mendapat pekerjaan
Setaraf A level
Pengantar Bahasa Melayu
Pusat di sekolah seluruh negara

MATRIKULASI
Tempoh pengajian 3 semester
Aliran sains hayat, fizikal & perakaunan
Sijil diiktiraf oleh universiti berkenaan sahaja ( Dalam kes khas, diiktiraf universiti awam lain & berbanding beberapa negara luar )
Kos lebih tinggi
Tidak diiktiraf oleh JPA
Kurikulum berpandukan STPM
Pengantar Bahasa Melayu  *yang ini saya rasa ada juga bahasa Inggeris, kalau salah tolong betulkan
Di kampus universiti atau pusat khas (kolej/sekolah)

09 August 2010

Kesusasteraan Melayu Tradisional

Mengenali Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu 922/1


UMUM TENTANG KM 1

Kesusasteraan Melayu 922/1 dikenali juga sebagai Kesusasteraan Melayu Tradisional atau Kesusasteraan Kertas 1. Para pelajar perlu mengetahui, membaca dan memahami SUKATAN PELAJARAN Kesusasteraan Melayu 922 yang boleh dimuat turun dari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Secara umum Kesusasteraan Melayu peringkat STPM dibahagikan kepada dua kertas. Kertas 1 adalah Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kertas 2 adalah Kesusasteraan Melayu Moden. Para pelajar boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kertas dua melalui beberapa blog dan web yang sedia ada di internet. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini blog ini hanya akan memfokuskan kepada Kertas 1.



Berdasarkan kertas soalan Kesusasteraan Melayu 1 (oleh MPM) soalan peperiksaan STPM kesusasteraan Melayu kertas 1 terdiri daripada 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Pembahagian kertas 1 ditunjukkan melalui keterangan di bawah:



BAHAGIAN A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

BAHAGIAN B : KARYA AGUNG (SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU)

BAHAGIAN C : PROSA MELAYU TRADISIONAL

BAHAGIAN D : PUISI MELAYU TRADISIONAL



ASPEK-ASPEK KAJIAN



Pelajar akan mengkaji aspek-aspek yang dinyatakan seperti berikut:



1. Pengenalan

2. Jenis Kesusasteraan Melayu Tradisional

3. Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional

4. Karya Agung

5. Prosa Melayu Tradisional

6. Puisi Melayu Tradisional



Pengenalan tentang Kesusasteraan Melayu Tradisional dari aspek definisi iaitu definisi umum tentang kesusasteraan tradisional dan definisi khusus tentang kesusasteraan Melayu tradisional. Pelajar juga akan mengkaji tentang fungsi yang meliputi kefungsian dari segi pendidikan,/pengajaran/didaktik dan juga dari segi kepuasan estetik.



Jenis Kesusasteraan Melayu Tradisional membawa pelajar menerokai dua cabang kesusasteraan Melayu tradisional iaitu prosa tradisional dan puisi tradisional. Prosa tradisional dipecahkan kepada naratif dan bukan naratif. Naratif pula dipecahkan lagi kepada naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan terdiri daripada metos, legenda dan cerita rakyat. Manakala naratif tulisan terdiri daripada Sastera sejarah, Sastera hikayat, Sastera panji dan Sastera kepahlawanan/epik. Prosa tradisional bukan naratif pula terdiri daripada Sastera undang-undang, Sastera agama Sastera kitab, Sastera ketatanegaraan. Puisi Tradisional juga boleh dipecahkan kepada puisi yang berbentuk naratif dan bukan naratif. Puisi tradisional yang digolongkan berbentuk naratif ialah syair, manakala yang bukan naratif ialah Pantun, Gurindam, Endoi, Rejang Dikir/Zikir, Ruba’I, Nazam, Masnawi, Ghazal, Barzanji, Qit’ah, Seloka, Teromba, Talibun, Peribahasa berangkap dan Mantera.



Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional menyorot tentang tahap, tokoh dan persoalan dan latar masyarakat.



Dalam penelitian terhadap tahap, pelajar akan didedahkan dengan kemunculan dan perkembangan sastera lisan (tumpuan kepada cerita rakyat, mitos, dan legenda) dan sastera tulisan secara khusus (sukatan pelajaran kesusasteraan Melayu, MPM 2004 m.s. 3) dengan menggunakan pendekatan dari segi zaman iaitu zaman pra-Islam dan zaman Islam.



Kajian terhadap tokoh dibuat dengan memberi penekanan kepada latar, sumbangan, dan kepentingan tokoh-tokoh sastera Melayu tradisional seperti Tun Seri Lanang, Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari, Nuruddin al-Raniri. Sheikh Daud al-Fatani, Raja Ali Haji, Syed Muhammad bin Zainal Abidin dan Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani.



Manakala persoalan dan latar masyarakat pula adalah kajian ke atas gambaran kepercayaan dan cara hidup dalam karya. Aspek-aspek yang dikaji dalam bahagian ini ialah Keagungan raja dan Negara, Kepahlawanan, Kesetiaan rakyat, Panduan untuk raja, pembesar, dan rakyat, Keagamaan dan kepercayaan, Pendidikan/moral dan Gambaran masyarakat.



Karya Agung dan Prosa Melayu Tradisional membawa kepada kajian terhadap pengenalan umum definisi, fungsi, ciri/sifat sastera, dan kedudukan. Di samping itu kajian juga melibatkan penghayatan intrinsik dan ekstrinsik sesuatu karya yang dikaji.



Akhir sekali kajian KM1 peringkat STPM melibatkan aspek Puisi Melayu Tradisional. Kajian melibatkan pengenalan secara umum tentang definisi, fungsi, cirri/sifat sastera dan kedudukan. Kajian juga menelusuri aspek penghayatan intrinsik dan ekstrinsik.





TEKS KAJIAN



1. SULALATUS SALATIN

Sulalatus Salatin Sejarah Melayu yang digunapakai pada peringkat STPM adalah hasil usaha A. Samad Ahmad dan diterbitkan oleh DBP. Pelajar dapat membeli buku ini dengan harga yang lebih murah kerana pihak DBP ada mengeluarkan edisi khas untuk pelajar dengan harga RM 11.00. Di bawah ini adalah kulit muka hadapan Sulalatus Salatin seperti yang diterbitkan oleh DBP.

2. MUTIARA SASTERA MELAYU TRADISIONAL

Diselenggarakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dan diterbitkan oleh DBP.



3. SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu 922 STPM menyatakan “Tidak ada teks kajian untuk tajuk-tajuk tentang Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Moden serta Kritikan Sastera. Calon hendaklah merujuk kepada buku-buku yang dinyatakan dalam Senarai Rujukan (sekadar cadangan) mengikut kehendak sukatan pelajaran bagi bahagian ini.”



Senarai Rujukan



Berikut adalah buku-buku yang boleh digunakan sebagai rujukan untuk bahagian ini:



Pengenalan Kesusasteraan dan Kritikan Sastera:

Ahmad Kamal Abdullah, Mohd Thani Ahmad, Safian Hussain, Suhaimi Hj Muhammad (penyelenggara), 1988.

Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ali Ahmad, 1997. Pengantar Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang, 1988. Kritikan Kesusasteraan - Teori Dan Penulisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_________, Othman Puteh, Ramli Isin, Sahlan Mohd Saman (penyelenggara), 1985. Mendekati Kesusasteraan

Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Noriah Taslim, 1993. Teori Dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sahlan Mohd Saman, 1986. Sastera Bandingan Konsep Teori Dan Amalan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.



Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional:

Ismail Mat (penyunting), ] 1993. Ulama Silam Dalam Kenangan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jamilah Hj Ahmad dan Zalila Sharif, 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad A. Bakar (penyelenggara), 1991. Ulama Terengganu Suatu Sorotan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Teuku Iskandar, 1995. Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad. Shah Alam: Malindo Printers Sdn Bhd.

Definisi Kesusasteraan

Tajuk ini tidak terdapat dalam sukatan pelajaran KM1 STPM. Walau bagaimanapun penulis menganggap ia mempunyai kaitan langsung dengan kajian seterusnya tentang Kesusasteraan Melayu Tradisional. Ali Ahmad : 1994 menyatakan Soal mencari definisi kesusasteraan merupakan salah satu perkara asas bagi ilmu kesusasteraan. Jika tidak pun ia bolehlah digunakan sebagai bacaan tambahan untuk pelajar-pelajar Kesusasteraan Melayu STPM.