13 September 2012

SS-UNSUR LAGENDA DALAM SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU


LEGENDA ialah cerita yang mengisahkan kebesaran dan keistimewaan seseorang tokoh yang diyakini kewujudannya oleh masyarakat. Cerita tersebut sering kali dibuat secaraberlebih-lebihan dan melampaui kelaziman yang biasa dimiliki oleh seseorang manusia. Cerita-cerita tentang tokoh legenda ini juga bercampur aduk antara unsur Sejarah dengan unsur fantasi. Tokoh-tokoh legenda itu biasanya menjadi kemegahan dan kebanggaan sesuatu bangsa.
Tokoh-tokoh legenda biasanya ditandai oleh beberapa ciri. Antara ciri utama tersebut termasuklah:
mereka memiliki rupa paras yang kacak dan tampan, berperibadi mulia, dan bijaksana. Ketampanan, kemuliaan, dan kebijaksanaan mereka dikagumi dan disenangi oleh setiap orang;
mereka memiliki ilmu kepahlawanan, cekap bermain senjata, gagah dan perkasa, serta berani. Kehebatan mereka selalunya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pahlawan sekalipun;
mereka memiliki ilmu kesaktian ataupun ilmu hikmat yang membantu mereka dalam apa-apa juga keadaan semasa berjuang;
4 mereka, taat dan setia kepada keluarga dan raja. Ketaatan dan kesetiaan mereka begitu luhur clan suci;
5 mereka memiliki keistimewaan tertentu yang tiada pada manusia biasa.

Berdasar pada hakikat tersebut, dapat ditemukan perbezaan yang ketara antara legenda dengan mitos. Legenda lebih berpijak di bumi nyata, yakni tokoh yang dipusatkan 'lazimnya memang pernah hidup (diyakini kewujudannya) dan tokoh itu banyak jasanya. Mereka disenangi dan menjadi sebut-sebutan (idola)masyarakat dan lantaran itu, perwatakan mereka telah ditokok tambah oleh masyarakat, malah sikap, pemikiran, dan tindakan mereka, dijadikan ikut-ikutan olehkelompok tertentu. Hal ini berbeza dengan mitos yang ceritanya merupakan imaginasipengarang atau kelompok masyarakat tertentu.
CONTOH-CONTOH LEGENDA
Laksamana Hang Tuah
Kewajaran Laksamana Hang Tuah sebagai Legenda
Hang Tuah ialah salah satu legenda Melayu yang menonjol dalam teks. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Tokoh ini dipercayai memang pernah hidup di Melaka pada mass dahulu. Yang menjadikan Hang Tuah tergolong sebagai legenda Melayu adalah kerana beliau memiliki pelbagai keistimewaan dan kelebihan, sama ada fizikalnya mahupun mentalnya. Keistimewaan beliau yang paling ketara ialah kepahlawanan dan kegagahan yang dimilikinya.Beliau juga merupakan lambang kesetiaan masyarakat Melayu terhadap raja - bersedia menabur jasa dan bakti demi memelihara kebesaran dan kedaulatan raja Melayu.
Legenda Hang Tuah terakam dalam sebuah hikayat Melayu yang masyhur, iaitu Hikayat Hang Tuah. Walau bagaimanapun, kisah yang terdapat dalam hikayat tersebut mempunyai beberapa perbezaan dengan yang terdapat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini.
Latar Belakang Laksamana Hang Tuah
Cerita tentang Hang Tuah dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu bermula pada halaman 103. Beliau dikatakan berasal dari Mengkasar, Sulawesi. Nama sebenarnya ialah Daeng Mempawah, anak raja Bajung yang telah pun meninggal dunia. Beliau menetap di Melaka setelah dianugerahkan oleh raja di Goa (Mengkasar) kepada Sultan Mansur. Pada waktu itu, umurnya baru dua belas tahun. Sultan Mansur Syahlah yang menukarkan namanya, daripada Daeng Mempawah kepada Hang Tuah. Beliau menjadi hulubalang utama kepada beberapa orang sultan Melaka dan diberi gelaran "Laksamana" oleh Sultan Mansur. Sepanjang menjadi hulubalang Melaka, beliau beberapa kali terlibat dalam peperangan, antaranya dengan Siam, Haru, dan beberapa negeri lain serta pernah menjadi utusan ke Siak, Pahang, dan lain-lain.
Hang Tuah mempunyai dua orang isteri dan lima orang anak. Isteri beliau yang pertama ialah saudara Seri Bija Diraja Datuk Bongkok. Dengan isteri pertamanya itu, beliau memperoleh tiga orang anak - Tun Sirah, Tun Biajid, dan Tun Daerah. Tun Daerah kahwini oleh Sultan Mahmud Syah dan mereka dikurniai seorang puteri yang diberi nama Raja Dewi. Isteri beliau yang kedua adalah daripada keluarga Bendahara Paduka Raja.  Dengan isteri keduanya itu, beliau dikurniai dua orang anak - Sang Guna dan Tun Emas Jiwa. Tun Emas Jiwa dijodohkan oleh Hang Tuah dengan Hang Nadim.
Hang Tuah pernah dihukum bunuh oleh Sultan Mansur Syah atas tuduhan bermukah dengan salah seorang pekerja istana. Walau bagaimanapun, beliau terselamat daripada hukuman itu sebagai hasil pertolongan Seri Nara Diraja yang menyembunyikan dan memenjarakan beliau di sebuah dusun. Hang Tuah meninggal dunia semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah dan dikebumikan di Tanjung Keling.
Bukti Hang Tuah sebagai Legenda
·    KEPAHLAWANAN DAN KEBERANIAN
Kegagahan dan keberanian Hang Tuah telah digambarkan secara langsung sejak awal lagi. Pada usia semuda dua belas tahun, beliau telah berjaya membunuh dua orang yang mengamuk di negeri asalnya (Mengkasar). Di Melaka, beliau telah membunuh 74 orang yang mengamuk. Semasa mengikuti rombongan peminangan sultan Melaka ke Majapahit, beliau beberapa kali memperlihatkan kepahlawanannya. Antaranya, beliau telah dapat memangkasratusan tombak pahlawan Majapahit yang cuba menahannya daripada menaiki balai larangan betara Majapahit. Kepahlawanan beliau juga terlihat menerusi beberapa siri peperangan yangmelibatkan beliau selaku pemimpin. Dalam peperangan menentang Semerluki dan Haru, beliau berjaya mengusir kedua-dua angkatan tentera itu dari perairan Melaka.
·    KESETIAAN
Kesetiaan Hang Tuah terhadap raja dan negara memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Beliau senantiasa mentaati perintah raja yang sesetengahnya tidak dapat dilakukan oleh orang lain. Penderhakaan Hang Jebat adalah salah satu daripadanya. Dalam peristiwa itu, tidak ada seorang pun yang dapat mengusir Hang Jebat daripada istana. Apabila Sultan Mansur Syah menitahkan Hang Tuah supaya membunuh Hang Jebat, beliau tidak menolak langsung perintah itu walaupun orang yang bakal dibunuhnya itu adalah sahabat karibnya sendiri. Beliau seterusnya berjaya membunuh Hang Jebat. Begitu juga halnya dengan kerelaannya untuk mengeluarkan kuda raja daripada takungan najis. Demi kesetiaannya kepada raja, beliau telah mengesampingkan rasa jijik dan berjaya melepaskan kuda itu. seterusnya, kesetiaan beliau diperlihatkan menerusi kesediaannya menyertai rombonganpeminangan ke Gunung Ledang bagi memenuhi keinginan I'luar biasa" Sultan Mahmud Syah yang bercita-cita untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang.

·       KETAMPANAN DAN KEELOKAN RUPA PARAS
Ketampanan beliau digilai oleh gadis dan wanita Majapahit dan banyak menimbulkan kekecohan di mana-mana sahaja beliau pergi. Malah, ada wanita yang dalam pelukan suami meleraikan pelukan mereka semata-mata hendak menatap Hang Tuah.
·       KEBIJAKSANAAN DAN KEPINTARAN
Kebijaksanaan Hang Tuah terserlah semasa beliau menentang seorang lelaki Jawa yang mengamuk di Melaka. Dalam peristiwa itu, lelaki Jawa tersebut membawa golok sebagai senjata. Oleh sebab Hang Tuah lebih mahir berdepan dengan orang yang menggunakan keris, beliau terus mencicirkan kerisnya lalu dipungut oleh lelaki itu. sebagai hasil daripada kebijaksanaannya itu, beliau berjaya menewaskan lelaki Jawa itu dengan mudah.
Raja Iskandar Zul-Karnain
Kewajaran Iskandar Zul-Karnain sebagai Legenda
Raja Iskandar Zul-Karnain merupakan salah seorang tokoh legenda yang tidak kurang pentingnya dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Hal ini demikian kerana Raja Iskandar Zul-Karnain merupakan salah seorang tokoh besar dalam sastera Melayu.Walaupun baginda tidak digolongkan sebagai tokoh legenda tempatan (kerana kisah-kisah tentang baginda disadur daripada sastera Arab atau Arab-Parsi), namun cerita tentang baginda telah tersebar luas dalam kalangan masyarakat Melayu semenjak kedatangan Islam dahulu.
Pemerihalan tentang raja ini ditonjolkan oleh pengarang pada awal bab lagi. Pengarang secara langsung telah memerihalkan insan yang bernama Iskandar Zul-Karnain ini, khususnya tentang asal keturunannya, bangsa, negeri dan gelarannya. Baginda telah berperang dengan Raja Kida Hindi dan gambaran tentangpeperangan ini, menurut pengarang "terlalu ramai seperti yang dalam Hikayat Iskandar itu". Hal ini bermakna, sebagaimana legenda Hang Tuah yang terakam dalam hikayatnya sendiri -Hikayat Hang Tuah - kisah tentang Raja Iskandar Zul-Karnain juga ada terakam dalam hikayatnya sendiri yang memungkinkan baginda tergolong sebagai tokoh legenda.
Latar Belakang Raja Iskandar Zul-Karnain
Pemerihalan tentang ketokohan Iskandar Zul-Karnain bermula pada halaman 4. Nama baginda ialah Iskandar; Zul-Karnain ialah gelarannya. Baginda merupakan anak raja Darab dan berbangsa Rom Berta memerintah Makaduniah (Macedonia). Kemunculanbaginda di dunia sebelah Timur ini bermula dengan keinginannya untuk "berjalan hendak melihat matahari terbit". Keinginannya itL telah membawanya tiba di suatu kawasan di negeri Hindi tetap kehadiran baginda telah disambut dengan serangan oleh pihak Raja Kida Hindi. Raja Iskandar membalas serangan itu dan berolehkemenangan. Baginda telah mengislamkan Raja Kida Hindi dan seterusnya menjadi menantu raja itu setelah berkahwin dengan puterinya yang bernama Puteri Syahrul-Bariyah. Perkahwinan itu disempurnakan oleh Nabi Khidir a. s. dan melalui perkahwinan itu lahirlah seorang putera yang dinamai Aristun Syah. Raja Iskandar Zul-Karnain telah pulang ke Makaduniah semula dan meninggalkan isterinya pada Raja Kida Hindi atas permintaan Raja Kida Hindi sendiri. Selepas kemangkatan Raja Kida Hindi, Raja Aristun Syah dan keturunannyalah yang memerintah negeri Hindi.
Bukti Raja Iskandar Zul-Karnain sebagai Legenda
·    KEPAHLAWANAN DAN KEHEBATAN
Kepahlawanan Raja Iskandar terlihat semasa bala tenteranyo menentang angkatan tentera Raja Kida Hindi. Bala tenterz pimpinan baginda dapat mengalahkan Raja Kida Hindi dengarmudah, menangkap raja itu hidup-hidup lalu mengislamkannya, dan seterusnya menjadikan negeri Hindi berada di bawah kekuasaannya. seterusnya, baginda memberikan persalinar kepada Raja Kida Hindi dan menyuruh raja itu kembali ke negerinya semula. Kehebatan Raja Iskandar mengagumkan Raja Kida Hindi sehingga baginda terdorong untuk menjodohkan puterinya - Puteri Syahrul-Bariyah - dengan Raja Iskandar. Malah lamaran untuk majlis perkahwinan itu datang daripada pihak perempuan (Raja Kida Hindi), bukan daripada kehendak Raja Iskandar Zul-Karnain sendiri. Yang melamarnya ialah Nabi Khidir a. s. Begitulah hebatnya insan yang bernama, Iskandar Zul-Karnain itu.
·       KEAGUNGAN DAN KEBESARAN
Keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain begit menonjol dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini. Raja Kida Hindi sendiri, misalnya, menyedari keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain dan oleh sebab itulah baginda Segera bermuafakat dengan perdana menterinya untuk mengahwinkan puterinya - Puteri Syahrul-Bariyah - dengan Raja Iskandar Zu Karnain yang agung itu. Hal ini dilakukannya demi kelangsungan pemerintahannya di samping untuk beroleh zuriat daripada raja yang agung itu bagi memerintah negeri Hindi nanti.
Keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain juga dapat dilihat menerusi upacara perkahwinannya kerana yang menyempurnakan majlis itu ialah Nabi Khidir a.s yang juga bertindak sebagai wali bagi pihak Raja Kida Hindi). Malah, Nabi Khidir a.s. sendiri mengesahkan keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain melalui peringatan yang disampaikannya kepada Raja Kida Hindi:
... "ketahui olehmu hei Raja Kida Hindi, bahawa raja kami inilah yang diserahkan Allah Taala kerajaan dunia ini kepadanya, dari daksina lalu ke paksina."...  (hlm. 5)

Seterusnya, keagungan dan kebesaran baginda terlihat menerusi perlakuan dan ucapan balas Raja Kida Hindi sendiri Setelah mendengar kata-kata Nabi Khidir a. s.:
... tatkala didengar oleh Raja Kida Hindi kata Nabi Khidir demikian itu, maka ia pun segera turun dari atas kerusi, lalu berdiri di tanah seraya ia menyembah pada Raja Iskandar, dan berkata ia: "Bahawa ketahui oleh tuanku, ya Nabi Allah, dan segala tuan-tuan yang ada hadir; bahawa hamba ini dengan sesungguhnya hamba kepada Raja Iskandar, dan anak hamba sekalian pun hamba juga ke bawah duli baginda itu, seperti sahaya yang mengerjakan dia seorang, dua orang itu....  (hlm. 6)

Keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain juga dapat dilihat sewaktu baginda dikahwinkan. Pada waktu itu, semua pembesar bangun memberikan penghormatan, malahmereka menaburkan emas perak dan permata ratna mutu manikam ke kaki Raja Iskandar sehingga "seperti busut dua tiga timbunannya".
·  KEKAYAAN DAN KEMURAHAN HATI
Sebagai raja yang agung, Sultan Iskandar Zul-Karnain memiliki kekayaan yang melimpah-ruah. Baginda tidak tamak akan kemewahan yang dimilikinya. Baginda telah menganugerahi PuteriSyahrul-Bariyah pakaian kerajaan yang "tiada-terperi lagi banyaknya". Baginda juga telah menganugerahi semua raja yang ada semasa majlis perkahwinannya dengan pakaian yang elok-­elok yang bertatahkan ratna mutu manikam dan tiga buah perbendaharaan yang terbuka. Baginda juga menganugerahi bapa mentuanya (Raja Kida Hindi) seratus cembul emas berisi permata, ratna mutu manikam, clan harta benda yang elok-elok. Tidak cukup dengan itu, baginda turut menganugerahkan seratus ekor kuda.

KEBIJAKSANAAN DAN KEPINTGARAN
Raja Iskandar Zuklkarnain merupakan raja dan pemimpin perang (penakluk) Islam yang dihormati dan ditakuti di seluruh dunia.  Baginda dihormati bukan sahaja oleh keberanian dan kepahlawanannya, tetapi juga oleh kebijaksanaan dan kepintarannya. Baginda begitu pintar dalam mengatur strategi perkembangan Islam. Perkara ini dibuktikan baginda melaluitinclakannya menangkap Raja Kida Hindi hidup-hidup dan kemudiannya mengislamkan baginda. Baginda kemudiannya mengambil hati Raja Kida Hindi dengan mempersalini Raja Kida Hindi seperti pakaian dirinya dan seterusnya menyuruh raja itu pulang ke negerinya. Langkah bijak yang diambil baginda memungkinkan Raja Kida Hindi yang menguasai setengah negeri Hindi itu akan memerintahkan rakyatnya menganut Islam dan seterusnya membolehkan Islam bertapak di India (Hindi).

Hikayat Raja Donan


KESUSASTERAAN RAKYAT

Cerita Lipur Lara


CERITA lipur lara merupakan cerita yang sangat popular. Cerita ini menggambarkan pengembaraan putera puteri raja sama ada di bumi mahupun di kayangan. Selalunya, pengem­baraan ini berlaku untuk mencari pasangan masing-masing. Oleh itu, cerita ini melibatkan unsur keajaiban, kesaktian, per-cintaan, peperangan, perdamaian, perkahwinan, dan penya-maran. Putera raja digambarkan sebagai orang yang begitu kacak, tampan, handal, dan penuh dengan kesaktian. Putera raja yang menjadi wira sesuatu cerita ini selalunya digambar­kan sebagai tokoh yang istimewa sejak lahir lagi. Kelahirannya diiringi dengan suasana alam yang amat dahsyat dan dibekal-kan objek ajaib tertentu seperti parang dan geliga. Puteri raja juga digambarkan sebagai seorang yang cantik jelita se-hingga menjadi rebutan putera-putera raja termasuk wira cerita itu.
Selain watak putera puteri raja, dalam cerita lipur lara juga terdapat watak nenek kebayan yang membantu pertemu-an pasangan tersebut. Makhluk bukan manusia seperti ger-gasi dan geroda juga terdapat dalam cerita lipur lara ini. Cerita lipur lara selalu diselitkan dengan bentuk-bentuk puisi seperti pantun, syair, dan talibun, yang secara langsung meningkatkan lagi keindahannya.
Antara cerita lipur lara Melayu yang terkenal ialah seperti Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Raja Muda, Hikayat MalitnDeman, Hikayat AwangSulungMerahMuda, SiGembang,dan SelindungBulan Kedah Tua (Jamilah Haji Ahmad, 1993).
*   *   *

Hikayat Raja Donan
TIDAK berapa lama setelah:
Lepas di mulut,
Lupa di hati, maka melancarlah anak raja itu.
Bagai belut diketil ekor,
Bagai mayang mengurai.
Jatuh ke tikar, tikar roboh,
Jatuh ke lantai, lantai patah.
Lalu, jatuhlah kanak-kanak itu ke tanah. Maka berlarilah Bidan Nan Tujuh, berdahulu-dahuluan cepat, pergi mendapatkan kanak-kanak itu. Setelah dekat dengan kanak-kanak itu, maka dilihat oleh Bidan Nan Tujuh pada kanak-kanak itu ada:
Pedang sebilah di tangan kanan,
 Telur sebiji di tangan kiri,
Beduk selaras di bahu kanan.
Maka dibawalah budak itu naik ke rumah. Setelah sampai di rumah maka bekerjalah Bidan Nan Tujuh.
Yang memandikan budak, memandikan budaklah, Yang mengerat pusat, mengerat pusatlah.
Kemudian dipanggillah Raja Madong Bongsu. Maka bertanyalah Bidan Nan Tujuh, "Duli tuanku! Sembah ampun, beribu ampun. Harapkan diampun. Siapakah hendak dinamakan paduka anakanda ini?"
"Lelakikah, perempuan? Kalau lelaki, namakan Awang Donan. Kalau perempuan, namakan Puteri Sehari Bulan."
"Lelaki, duli tuanku." Maka kanak-kanak itu pun dinama-kanlah Awang Donan. Kemudian dibarut, dibedung dan di-bengkunglah budak itu oleh Bidan Nan Bongsu.
Telah beberapa lamanya maka besarlah Awang Donan.
Besar siang, besar malam,
Besar bagai ditiup-tiup,
Besar bagai dihembus-hembus.
Pada suatu hari tergeraklah hati Raja Madong Bongsu hendak menengok nasib Raja Donan. Maka dipanggillah Nu-jum Nan Tujuh.
Setelah datang Nujum Nan Tujuh, maka bertanyalah Raja Madong Bongsu, £Apakah padahnya anak beta ini?"
"Jatuh ke tikar, tikar roboh, Jatuh ke lantai, lantai patah; Langsung jatuh ke tanah."
Maka bertudunglah Nujum Nan Enam lalu bernujum. Sejurus sejenang panjang, maka dibukanyalah tudung itu. Maka bertudung pula Nujum Nan Bongsu lalu bernujum. Setelah Nujum Nan Bongsu membuka tudung, maka ber­tanyalah Raja Madong Bongsu, "Wahai Nujum Nan Enam! Apakah padahnya anak kami itu?"
"Duli tuanku! Sembah ampun beribu ampun. Harapkan diampun. Jikalau anakanda tuanku ini ditaruh di Gunung Mandi Angin, nescaya Gunung Mandi Angin ini:
Jadi padang jarak padang tekukur, Pucuk nyiur digelung api (dijilat api), dan nescaya Puteri Permaisuri diambil orang."
Kemudian bertanya pula Raja Madong Bongsu kepada Nujum Nan Bongsu, "Wahai Nujum Nan Bongsu! Apakah padahnya, anak kami ini?"
"Duli tuanku! Sembah ampun, beribu ampun. Harapkan diampun ke bawah duli:
Tidaklah masin garam sebuku, Masinlah lagi garam segenggam."
"Pada nujum patik, anakanda ke bawah duli ini penuh dengan tuah. Barang siapa mengatakan ia celaka, entahlah; tak tahulah patik apa yang hendak patik katakan kepada orang itu. Kalaulah tuanku buangkan Awang Donan ini ke laut, nescaya Gunung Mandi Angin ini:
Jadi padang jarak, padang tekukur, Pucuk nyiur digelung api,
dan selepas tiga hari kelak, adalah orang mengambil Tuan Puteri Permaisuri."
Jawab Raja Madong Bongsu, "Bagaimana pula begitu, Nujum Nan Bongsu? Nujum Nan Enam habis mengatakan celgka. Awak seorang sahaja mengatakan bertuah. Kami tak boleh pakai cakap awak."
Maka sembah Nujum Nan Bongsu, "Duli tuanku! Itulah kata patik tadi:
Tidaklah masin garam sebuku, Masin lagi garam segenggam."
Setelah itu maka baliklah Nujum Nan Tujuh. Tinggallah Raja Madong Bongsu. Maka hendak dibunuhnya anakandanya Awang Donan itu. Maka menyembahlah Temenggung Ben-dahara, "Ampun tuanku! Tak usahlah duli tuanku bunuh anak- anda itu kerana bukan adat anak raja dibunuh; adat anak raja dibuang ke laut."
Maka dibuangkanlah Awang Donan ke laut; dibawa oleh * Temenggung Bendahara berdua dengan Mak Inang Tanda Pengasuh. Diberilah ia bekal:
Perahu sempung, Pengayuh sompek, Belanga retak, Periuk sempung, Samir sekeping.
Maka berkayuhlah Temenggung Bendahara sehingga sampai ke Pulau Sembilan. Maka ternampaklah oleh Nenek Batu Karang akan perahu Raja Donan itu, lalu berkatalah nenek seorang diri:
"Hai Raja Madong Bongsu! Tak ada anak hendakkan anak, Ada anak dibuang ke laut, Itulah raja yang sehabis tak elok."
Setelah tiba di Pulau Sembilan, maka naiklah Temeng­gung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh, membawa Raja Donan ke darat. Oleh Temenggung Bendahara dicari-nya buluh empat kerat. Setelah dapat maka dicacakkannya buluh empat kerat itu; di atasnya diletakkan samir sekeping. Kemudian duduklah mereka tiga beranak di bawah samir itu. Maka besarlah Raja Donan.
Besar siang besar malam, Besar bagai ditiup-tiup, Besar bagai dihembus-hembus, Dari mengiring sampai meniarap, Dari meniarap sampai menjalar,
Dari menjalar sampai merangkak, Dari merangkak sampai berdiri lepas, Dari berdiri lepas sampai berjalan jatuh. Lama-lama pandailah ia berlari; berlari ke hulu, berlari ke hilir, di Pulau Sembilan itu.
Pada suatu hari pergilah ia bermain di tepi sebatang anak sungai. Di tebing anak sungai itu ada buluh perindu tujuh perdu. Maka ditebangnya buluh perindu itu hendak dibuatnya bangsi, tetapi tidak menjadi bangsinya. Lama-lama habis enam perdu buluh perindu itu ditebangnya, tetapi bangsinya tidak juga menjadi.
Maka datanglah seekor gagak buta bersama anaknya ke t empat Raja Donan menebang buluh itu. "Ak, ak," bunyi <»agak itu.
Maka bertanyalah Raja Donan kepada dirinya sendiri, "Apakah yang dibuat oleh gagak buta ini di sini?" Kemudian bertanya pula ia kepada gagak buta itu, "Tahukah engkau pctua membuat bangsi, wahai gagak?"
Jawab gagak buta, "Patik hendak katakan tak tahu, entah tahu. Patik hendak katakan tahu, entah tak tahu. Tetapi, jika hendak mencuba bolehlah patik tunjukkan, jikalau kiranya duli tuanku bermurah hati memberi anak patik kerak nasi."
"Ah! Tak usahkan memberi kerak nasi, isi nasi pun boleh kami beri."
Maka pergilah Raja Donan berlari-lari kepada Mak Inang mcnyuruh Mak Inang bertanak.
Sejurus sejenang panjang kemudian, maka masaklah nasi. Maka diambillah oleh Raja Donan kerak nasi itu dan diberi-kannya kepada gagak buta itu, tetapi tidaklah dapat gagak buta hendak mencatuk kerak nasi itu daripada jari Raja Donan. Maka dipukul oleh Raja Donan sebelah mata gagak buta itu dengan kerak nasi, dengan takdir Tuhan celiklah ia. Selepas itu, diambilnya lagi kerak nasi oleh Raja Donan, lalu dipukulkannya pula kepada mata gagak yang sebelah lagi itu. Seketika itu juga celiklah mata gagak itu.
Maka menyembahlah gagak itu, "Duli tuanku! Sembah ampun, beribu ampun. Harapkan diampun. Sesungguhnya tak adalah barang yang lebih besar dan tinggi nilaiannya ke­pada patik selain daripada hendakkan celik. Rendah gunung tinggi harapan, dan:
Tak ada langit patik nak junjung, Tak ada bumi patik nak pijak.

Sukanya hati patik kerana duli tuanku telah mencelikkan mata patik ini."
"Duli tuanku, sembah ampun beribu ampun. Jika tuanku hendak membuat buluh bangsi hendaklah tuanku tetak buluh bangsi itu dan campakkan ke air.
Tetak sebatang, campak ke air, Tetak sebatang, campak ke air. Dan yang mudik ke hulu itulah duli tuanku ambil."

Maka Raja Donan pun menetaklah buluh perindu:
Tetak sebatang, campak ke air,
Tetak sebatang, campak ke air,
Dari satu ke dua,
Dari dua ke tiga,
Dari tiga ke empat,
Dari empat ke lima,
Dari lima ke enam,
tidak juga mudik ke hulu.

Setelah dicampakkannya buluh yang ketujuhnya, baharu­lah mencelegek (dengan pantas) mudik ke hulu. Maka di-ambillah oleh Raja Donan dibawanya balik.
Setelah sampai ke rumah, maka hari pun malam. Maka tidurlah Mak Inang Tanda Pengasuh dan Temenggung Ben­dahara, tetapi Raja Donan tidak tidur.
Setelah tengah malam sunyi senyap, maka Raja Donan pun mengambil mata gobek Temenggung Bendahara lalu dibakarnya, kerana hendak menyelar buluh bangsinya. Pada masa ia membuat buluh bangsi itu, maka terdengarlah olehnya bedil kecil ayahandanya berbunyi satu lentum dua degam.
"Ah," fikirnya, "Barangkali sudah datang Raja Mambang Nan Tujuh hendak mengambil bondaku."
Maka berhentilah ia menyelar buluh bangsi itu lalu di-gerakkannya Mak Inang. Kemudian digerakkannya pula Temenggung Bendahara, "Wahai ayah (Temenggung Benda­hara), bangunlah ayah!" katanya sambil sujud menyembah ayahnya. "Anakanda hendak pergi ke Gunung Mandi Angin menolong ayahanda dan bonda. Kalau anakanda tidak pergi menolong bonda Puteri Permaisuri, tentulah ia akan ditawan oleh Raja Mambang."
Maka jawab Temenggung Bendahara, "Tak usahlah eng-kau pergi ke Gunung Mandi Angin, Awang Donan, kerana engkau orang celaka serta engkau sudah dibuangkan oleh ayahanda engkau ke laut."
"Wahai ayah! Kalau tidak kerana ayah, kita tak nampak bulan dan matahari. Walau bagaimanapun ayah, anakanda hendak pergi juga menolong ayahanda itu," katanya sambil mengurut-urut mata gobek Temenggung Bendahara.
Kemudian sujudlah ia menyembah Temenggung Benda­hara dan Mak Inang Tanda Pengasuh. Kepada Temenggung Bendahara ia berpesan, "Wahai ayah! Jikalau ada musuh da­tang, ayah lawanlah seboleh-boleh sementara menantikan anakanda balik."
Sejurus sejenang panjang, setelah: Hilang di mulut, Lupa di hati, maka melayanglah ia, hilang ghaib di mata.
Sejurus sejenang panjang kemudian, maka tibalah ia di Gunung Mandi Angin. Maka berteriaklah ia kepada bonda-nya:
"Wahai bonda! Bangunlah bonda, Bukalah, bonda, pintu jendela Pasanglah dian, tanglung, pelita."
Apabila mendengar orang memanggilnya itu, maka ber-tanyalah Puteri Permaisuri:
"Musuh datang dari mana? Mambang datang dari mana?
Tak ada aku berjanji dan berwaad hendak berjumpa dengan engkau!"
"Wahai bondaku! Bukannya musuh, Bukannya mambang, Bukannya peri.
Inilah Awang Donan datang dari Pulau Sembilan."
Maka Puteri Permaisuri pun bangunlah, terebah-rebah pergi menggerakkan Mak Inang Tanda Pengasuh suruh pa-sang dian, tanglung dan pelita. Telah terpasang dian, tanglung dan pelita maka dibukalah pintu jendela. Maka masuklah Awang Donan lalu dibawa beradu di mahligai dan meneteklah ia pada bondanya di mahligai. Ayahandanya sedang asyik bercatur di halaman balai.
Tiba-tiba terdengarlah Raja Mambang berteriak, "Wahai Raja Madong Bongsu! Marilah kita:
Membuang karat pedang, Membuang karat keris.
Aku belayar datang ke mari kerana adinda Puteri Permai­suri. Kalau engkau tak hendak:
Membuang karat pedang, Membuang karat keris,

hantarkan adinda Permaisuri kepada aku. Kalau tidak, nanti aku amuk ke atas balai."
Jawab Raja Madong Bongsu, "Nantilah, beta hendak ber-cium, berpangku dan berbelai dahulu dengan Puteri Permai­suri."
"Hantarkan cepat adinda Puteri Permaisuri! Beta belayar ke mari kerana dia."
"Beta menghantar tentulah tidak! Remak hilang jiwa di badan, Berpadam puntung, Kecailah bara, sebarang bara."

Maka bertempik-tempik lagi Raja Mambang Nan Tua tidak berhenti-henti menyuruh hantarkan Puteri Permaisuri kepada-nya. Lama-lama risaulah Raja Madong Bongsu mendengarkan tempiknya itu. Maka turunlah Raja Madong Bongsu.
Sebaik-baik sahaja Raja Madong Bongsu itu turun ke lanah, dengan serta-merta diterkam oleh Raja Mambang Nan Tua hendak ditetaknya. Maka puaslah Raja Madong Bongsu mengelakkan pedang Raja Mambang Nan Tua itu.
Tetak di kiri, dibuang ke kanan,
Tetak di kanan, dibuang ke kiri,
Tetak di atas diendap ke bawah,
Tetak ke bawah, dilompat ke atas.

Lama-lama tersalahlah langkah Raja Mambang Nan Tua. Oleh Raja Madong Bongsu, dikeratnya leher Raja Mambang Nan Tua, langsung mati.
Setelah itu, maka naiklah Raja Madong Bongsu ke hala-man balai kerana bercatur. Maka datang pula seorang lagi raja mambang (raja mambang itu tujuh beradik) dan berteriak juga meminta hantarkan Puteri Permaisuri kepadanya, seperti kehendak Raja Mambang Nan Tua dahulu. Maka turun juga Raja Madong Bongsu berperang dan alah juga raja mambang itu. Lama-lama habislah enam orang raja mambang mati dibunuh oleh Raja Madong Bongsu. Hanya tinggal Raja Mambang Nan Bongsu sahaja lagi.
Maka berteriaklah Raja Mambang Nan Bongsu kepada Raja Madong Bongsu, "Wahai Raja Madong Bongsu! Turun-lah engkau. Kalau engkau tidak turun, aku amuk engkau ke atas balai. Kalau tak hendak berperang dengan aku, hantarkan cepat adinda Puteri Permaisuri kepada aku."
"Aku menghantar tentulah tidak! Remak hilang jiwa di badan, Berpadam puntung, Kecailah bara, sebarang bara."

Maka bertempik-tempik juga Raja Mambang Nan Bong­su berteriak menyuruh hantarkan Puteri Permaisuri kepada­nya. Lama-lama risau pula Raja Madong Bongsu mendengar tempik Raja Mambang Nan Bongsu itu, lalu ia turun hendak berperang. Setibanya di tanah, maka langsung ditetak oleh Raja Mambang Nan Bongsu. Oleh Raja Madong Bongsu:
Ditetak di kiri, dibuang ke kanan, Ditetak di kanan, dibuang ke kiri, Ditetak di atas, diendap ke bawah, Ditetak di bawah, dilompat ke atas.

Lama-lama pada ketika:
Wak-wak ndayu-ndayu (mendayu-dayu)
Hujan panas sepoi bahasa,
Danu (pelangi) minum di tengah gelanggang.

Maka salahlah langkah Raja Madong Bongsu terus dikerat lehernya oleh Raja Mambang Nan Bongsu. Maka matilah Raja Madong Bongsu. Raja Mambang Nan Bongsu pun bertempik-tempiklah:
Melompat-lompat,
Melampus-lampus (menikam-nikam) pinang dara, Melampus-lampus nyiur dara, Merentak-rentak,
Menyingsing-nyingsing lengan baju, Menyingsing-nyingsing pesak seluar, Bagai orang pedas sirih, Bagai orang malan (mabuk) pinang.

Maka anak angkat bertuah Raja Madong Bongsu yang bertujuh itu:
Dengan membuang songkok, membuang songkoklah, Dengan membuang keris, membuang kerislah, Dengan membuang sapu tangan, membuang sapu tanganlah.

Serta berkata, "Alangkan ayahanda kita Raja Madong Bongsu kalah, inikan pula kita."
Seketika itu terdengarlah oleh Awang Donan tempik so-rak Raja Mambang Nan Bongsu itu. Maka ia pun berhentilah mengopek-ngopek (menyusu) terus berlari turun membawa:
Pedang sebilah di tangan kanan,
Bedil selaras di tangan kiri.
Ia pun menerpa ke pintu besar, pintu gerbang.

Maka ternampaklah oleh Raja Mambang Nan Bongsu akan dia dan berkatalah Raja Mambang Nan Bongsu, "Oh, Awang Donan. Kalau aku tahu Awang Donan ada di Gunung Mandi Angin, takkan aku belayar ke sini membunuh Raja Madong Bongsu."
"Itu tak apalah ayahanda. Tak ada ayahanda anakanda, Raja Madong Bongsu, ayahanda Mambang Nan Bongsu ada gantinya."
"Baiklah Awang, anak ayahanda:
Dua tidak,
Tiga tidak,
Melainkan Awang Donan seorang."

"Ayahanda anakanda pun, ayahandalah: Dua tidak, Tiga tidak,
Melainkan ayahanda seorang. Marilah naik ayahanda."

Maka naiklah Raja Mambang Nan Bongsu dan Raja Donan pun mengeluarkan bekas sirih sebuah dan tikar sebidang.
Maka duduklah Raja Donan dan Raja Mambang Nan Bongsu di atas tikar sebidang itu bercakap-cakap sambil memakan sirih.
Kata Raja Donan, "Ayahanda, ajarlah anakanda memencak."
"Baiklah, Awang. Segala pencak yang ayahanda tahu akan ayahanda ajarkan kepada Awang kerana anak ayahanda: Dua tidak, Tiga tidak,
Melainkan Awang seorang."
"Baiklah ayahanda." Kemudian pergilah Awang Donan menghadap bondanya Puteri Permaisuri lalu berkata, "Wahai bonda! Hendakkah bonda mengikut kata anakanda?" Maka jawab bondanya, "Hai anakanda! Kata siapakah lagi bonda hendak ikut kalau tidak kata anakanda? Hendak pun diikut kata ayahanda, ayahanda sudah meninggal." Maka berkata lagi Awang Donan, "Jikalau begitu bonda, memasaklah bonda dahulu kerana ayahanda Mambang Nan Bongsu letih sangat belayar. Ia hendak makan nasi masakan bonda sendiri. Sesudah memasak hendaklah bonda bersikat, berminyak dan bersanggul."
"Baiklah anakanda," jawab Puteri Permaisuri.
Maka memasaklah Puteri Permaisuri. Sejurus sejenang panjang kemudian, maka masaklah nasi, sayur dan siaplah sambal sepiring. Maka diangkatlah hidangan ke hadapan Raja Mambang Nan Bongsu lalu santaplah ia bersama Raja Donan. Setelah itu maka Puteri Permaisuri pun berlimau bersanggul dan duduk memakai di pintu gerbang. Melihatkan kecantikan-nya itu, sesuap nasi pun tak habis dimakan oleh Raja Mam­bang Nan Bongsu kerana lenuk (asyik) matanya memandang Puteri Permaisuri yang cantik manis tak ada tolok bandingnya di seluruh Gunung Mandi Angin itu.
Maka Raja Donan pun sangatlah geram memandang mata Raja Mambang Nan Bongsu itu. Maka berkatalah Raja Donan, "Marilah kita santap ayahanda."
Maka santaplah Raja Mambang Nan Bongsu bersama-sama Raja Donan:
Sesuap kedua undur berair, Ketiga makan sirih dua kapur.
Setelah sudah makan, maka berkatalah Raja Mambang Nan Bongsu, "Marilah kita turun ke halaman balai, Awang; kita turun bermain. Ayahanda boleh mengajar Awang Pencak Rimau Mengeram Bangkai dan Pencak Kucing Bermain Daun."
"Baiklah ayahanda."
Maka turunlah mereka ke halaman balai bermain pencak. Kemudian pada ketika:
Wak-wak ndayu-ndayu,
Hujan panas sepoi bahasa,
Danu minum di tengah gelanggang.

Maka salahlah langkah Raja Mambang Nan Bongsu. Oleh Raja Donan diambilnya pedangnya. Pedang itu:
Besar sebesar lidah ayam, Nipis senipis daun padi, Dikilir-kilir (diasah) di bunga kuku, Digabus (disapu) di hujung lidah. Kemudian perlahan-lahan: la undur tiga tapak, la mara tiga tapak.

Setelah itu berderas sahajalah bunyi rambut panjang Raja Mambang Nan Bongsu dan kepalanya terputus dari badan-nya. Maka berkatalah Raja Mambang Nan Bongsu. "Hai Awang!
Ayahanda ditipu ada,
Diperdaya ada oleh Awang."
"Hai ayahanda!
Anakanda tertipu ada,
Terpedaya ada,
Sebaik-baiknya bapa tiri,
Sejahat-jahatlah bapa benar;
Manakah sama dengan bapa benar?
Orang bermain gelanggang dengan ayahandanya,
Menyembelih kerbau,
Anakanda bermain gelanggang dengan ayahanda, Anakanda menyembelih ayahanda."

"Hai Awang! Kenapa Awang tidak juga menetak ayahanda ini?"
"Sudah, ayahanda! Kalau ayahanda tak percaya yang leher ayahanda sudah putus, ayahanda bangkidah dan angkat pe-dang ayahanda."
Maka Raja Mambang Nan Bongsu pun bangkitlah hendak mengangkat pedang, maka bergerbaklah bunyi kepalanya jatuh ke tanah.
Setelah itu maka Raja Donan pun mengambil pedangnya. Dicungkisnya mayat raja mambang tujuh beradik itu dengan pedangnya. Kemudian dibawanya kepada buaya putih dan berkatalah ia, "Wahai Buaya Putih! Ambillah mayat raja-raja derhaka bedebah datang melanggar ke Gunung Mandi Angin dan membunuh ayahanda aku ini." Maka ditelan oleh Buaya Putih akan mayat raja-raja itu.
Kemudian Raja Donan pergi mengambil mayat ayahanda-nya:
Kepala dikepek (kepit) di tangan kanan, Badan dikepek di tangan kiri.

Dan, berteriaklah ia kepada bondanya, "Wahai bonda! Ambilkan anakanda tikar putih dan kain putih. Kemudian titahkan Temenggung Bendahara mengambil lidi nyiur gading tujuh urat dan beras basuh."
Setelah dapat semuanya, maka dibentangkan oleh Raja Donan tikar putih dan kain putih. Diletakkannya mayat ayahandanya itu di atas tikar putih dan kain putih. Kemudian diambilnya beras basuh dan beryanglah ia:
"Ya Allah, ya Tuhanku rabbi. Dulu Allah kemudian ku jadi.
Jikalau ya asal aku daripada datuk aku yang pergi memikat ke Gunung Sangga Lotang, ia mendapat Raja Bongsu Dondang Adik; kemudian Raja Bongsu Dondang Adik beranakkan Raja Besar serta Raja Madong Bongsu dan Raja Madong Bongsu beranakkan aku Raja Donan, hiduplah balik ayah aku!" Maka ditaburnya beras basuh itu tiga kali.
Setelah ditabur, maka bergeraklah ibu kaki Raja Madong Bongsu. Ditabur sekali lagi, langsung bangun dan terbersinlah Raja Madong Bongsu.
Setelah itu maka Raja Donan pun mengambil baju layang-nya dan melayanglah ia balik ke Pulau Sembilan.
Setelah Raja Madong Bongsu sedar semula, maka berpalinglah ia ke kiri dan ke kanan; dan berkatalah ia kepada isterinya Puteri Permaisuri, "Wahai adinda! Lena sungguh kakanda tidur."
"Sekarang, di manakah Raja Mambang Nan Bongsu itu?"
"Sudah mati dibunuh oleh Awang Donan. Itulah kanda, anak celaka serta bedebah yang kanda buang ke laut dahulu itulah yang datang menuntut bela, kanda. Anak kanda ber-tujuh yang bertuah dan kanda pelihara itu:
Nan membuang songkok, membuang songkoklah, Nan membuang sapu tangan, membuang sapu tanganlah."
"Oh, jikalau begitu adinda, bersiaplah. Kerahkan segala siti dan dayang buat bekal empat puluh butir mukun. Kanda hendak belayar ke Pulau Sembilan menjemput Awang Donan."
"Kanda minta buatkan bekal itu bolehlah adinda kerah­kan segala siti dan dayang membuatnya; tetapi kanda hendak belayar menjemput Awang Donan itu, pada perasaan adinda, susahlah kanda dapat berjumpa dengannya jikalau ia sendiri tidak menyerah diri, kerana ia sangat sakti."
Sesudah berkata-kata itu maka berkerahlah Puteri Per-maisuri akan segala siti dan dayang membuat bekal empat puluh butir mukun. Pada esok harinya, setelah siap bekal genap empat puluh butir mukun, maka belayarlah Raja Madong Bongsu menuju ke Pulau Sembilan.
Sejurus sejenang panjang kemudian maka nampaklah olehnya Pulau Sembilan terama-rama (samar-samar). Kemu­dian nampak pula olehnya tiga orang pemukat. Pemukat-pemukat itu duduk di dalam sebuah biduk Palembang. Maka bahtera Raja Madong Bongsu pun menuju biduk Palembang itu. Setelah dekat maka Raja Madong Bongsu disapa oleh budak pemukat, "Wahai Tuan Lebai! Datang dari manakah Tuan Lebai ini?"
"Saya ini datang dari Gunung Mandi Angin."
"Hendak ke manakah, Tuan Lebai?"
"Saya ini hendak ke Pulau Sembilan inilah, kerana hendak mencari Awang Donan."
"Pangkat apakah Awang Donan itu kepada Tuan Lebai?"
"Awang Donan itu anak saya."
"Oh, begitu. Saya mendengar surah (cerita) orang me-ngatakan Awang Donan itu dibawa oleh Temenggong Benda-hara ke Pulau Sembilan ini kerana Awang Donan itu dibuang ke laut. Apa mulanya, Tuan Lebai, makanya Awang Donan itu dibuang ke laut?"
"Oh, mulanya begini. Di waktu ia dilahirkan:
Singgah ke tikar, tikar pesok,
Singgah ke lantai, lantai patah.
Lalu, jatuhlah ia ke tanah dan berkejarlah Bidan Nan Tujuh berdahulu-dahuluan cepat hendak mengambilnya. Apabila Bidan Nan Tujuh datang hampir kepadanya, maka dilihat oleh Bidan Nan Tujuh ada padanya:
Pedang sebilah di tangan kanan,
Bedil selaras di bahu kanan, Telur sebiji di tangan kiri.

Maka saya panggil Nujum Nan Tujuh kerana saya hendak meminta tengokkan padah anak saya itu. Maka datanglah Nujum Nan Tujuh bernujum. Nujum Nan Enam bertudung dahulu lalu bernujum. Kemudian bertudung pula Nujum Nan Bongsu.
Setelah selesai, maka Nujum Nan Enam mengatakan penuhlah anak saya, Awang Donan itu dengan celaka dan jikalau ia ditaruh di Gunung Mandi Angin nescaya Gunung Mandi Angin itu:
 Jadi padang jarak padang tekukur,
Pucuk nyiur digelung api.
Tetapi, Nujum Nan Bongsu mengatakan anak saya itu sangat bertuah."
"Jadi, bagaimana Tuan Lebai? Siapakah yang menang?" "Menanglah Nujum Nan Bongsu.
"Kalau begitu Tuan Lebai, lain kali jika Tuan Lebai ber-anak, janganlah panggil ahli nujum."
Sebenarnyalah seperti katamu itu, wahai budak pemukat. Kami sangkat (setakat) ini turun, sangkat ini naik, sehingga cucu cicit kami, tidaklah kami memanggil ahli nujum lagi. Sumpah, kami tak panggil."
"Ini, Tuan Lebai nak ke mana?"
"Nak mencari Awang Donan itulah. Adakah budak pe­mukat berjumpa Awang Donan?"
"Oh, tak ada! Selama saya memukat tak pernah saya ber­jumpa Awang Donan. Kami di sinilah duduk memukat tiap-tiap hari tetapi tak pernah berjumpa Awang Donan itu."
"Oh! Kalau begitu bagaimanalah gayanya? Biarlah kami tinggalkan kepada awak mukun empat puluh butir ini, kiriman bondanya Puteri Permaisuri kepada Awang Donan. "Bolehlah, saya menerimakan kiriman itu, Tuan Lebai. Tetapi, jikalau saya tak berjumpa Awang Donan, akan saya makanlah kiriman itu."
"Tak apalah, budak pemukat."
Maka Raja Madong Bongsu pun memberi mukun empat puluh butir itu kepada budak pemukat. Kemudian, budak pemukat melingkupkan ikan ke dalam bahtera Raja Madong Bongsu. Maka saratlah bahtera Raja Madong Bongsu dengan ikan.
Selepas itu maka Raja Madong Bongsu pun baliklah. Se-jurus sejenang panjang kemudian, maka sampailah ia ke istananya. Puteri Permaisuri sedang duduk di pintu besar. Maka bertanyalah Puteri Permaisuri, "Berjumpakah kanda dengan Awang Donan?"
"Tak berjumpa, adinda. Kanda berjumpa dengan budak pemukat sahaja; tiga orang."
"Itulah dia Awang Donan, kanda. Yang duduk di ruang itu Mak Inang, yang dibuntut itu Temenggung Bendahara dan yang memegang kemudi di tengah serta yang bercakap dengan kanda itulah dia Awang Donan."
"Kalau begitu, buatlah bekal lagi. Kanda hendak pergi lagi mencari Awang Donan. Kanda nak tangkap sahaja Awang Donan itu."
"Tak usahlah kanda pergi. Kalau Awang Donan sendiri tak hendak berjumpa, takkan dapat kanda menemui dia."
Tetapi, tidak puas hati Raja Madong Bongsu mendengar kata isterinya, Puteri Permaisuri itu. Ia berkeras juga hendak pergi. Lama-lama risaulah hati Puteri Permaisuri. Maka dibuatlah oleh Puteri Permaisuri itu bekal. Maka pergilah Raja Madong Bongsu belayar sekali lagi menuju ke Pulau Sembilan; tidaklah sempat naik ke istana lagi.
Setelah sampai ke Pulau Sembilan maka naiklah Raja Madong Bongsu ke pulau itu. Ketika itu Raja Donan sedang menyelar buluh perindu hendak membuat buluh bangsi. Tiba-tiba ternampaklah oleh Raja Donan akan ayahandanya itu. Maka larilah Raja Donan hala ke darat pondoknya. Maka naiklah Raja Madong Bongsu ke pondok itu mencari Raja Donan. Dicarinya tak ada orang barang seorang pun; tetapi ada dilihatnya asap api berkesul (berkepul) sahaja dan periuk terjerang di atas tungku dapur. Kemudian, ia turun dari atas pondok itu sambil mencari-cari, maka tiba-tiba dilihatnya ada basung (gabus) tiga kerat. Maka diangkatnya basung-basung itu dan dikerahkan Budak Bertujuh memikulnya. Maka dipikullah oleh tiga orang Budak Bertujuh.
Setelah hampir dengan bahtera, maka melelaslah bahu budak tiga orang itu kerana memikul basung tiga kerat tadi. Maka dihempaskan mereka basung itu ke atas pasir.
Setelah jatuh, maka basung itu tak dapat diambil dan tidak dapat dicungkis lagi. Basung itu terus tenggelam ke dalam pasir. Pada pandangan Budak Bertujuh, basung itu meneng-gelamkan diri sehingga sama paras dengan muka pasir. Maka beberapa juga dicungkis tidak juga dapat basung itu. Maka putuslah harapan Raja Madong Bongsu hendak mengambil basung itu. Maka ia pun belayarlah balik. Sejurus sejenang panjang kemudian, maka tibalah dia di istananya. Puteri Permaisuri sedang duduk di pintu besar. Ia pun turun ke tanah menyambut ketibaan baginda sambil bertanya:
"Apa khabar kanda?"
"Oh," katanya, "Khabar baik, adinda."
"Berjumpakah kanda dengan Awang Donan?"
"Tidak. Kakanda tak dapat berjumpa dengan dia, adin­da." Sambil bercakap itu, Raja Madong Bongsu berjalan naik ke istana lalu menyambung, "Kakanda berjumpa asap api sahaja, belum padam lagi puntungnya. Periuknya terjerang di atas tungku tetapi orangnya tak ada. Kemudian, kanda pergi ke darat pondok lalu berjumpa dengan basung tiga kerat."
"Itulah dia Awang Donan, kanda. Yang di kanan itu Temenggung Bendahara, yang di kiri Mak Inang dan yang di tengah itu Awang Donan."
"Kanda dah kerahkan Budak Bertujuh memikul basung itu ke bahtera, tetapi tidak dapat dibawa balik. Basung itu jatuh, kemudian tenggelam ke dalam pasir."
"Tak apalah kanda. Itu tandanya yang Awang Donan tidak akan dapat ke tangan kanda."


Sumber: Diubahsuaikan daripada penceritaan Esah Muhammad Akil, Temerloh, 1961. Zaharah Mohd. Khalid, 1971.