18 April 2012

Nota Ringkas Kata Tugas


Subtajuk Kata Tugas mesti ditanya dalam BM 1 STPM setiap tahun. Adalah rugi sekiranya anda tidak menguasainya...
 
 
KATA TUGAS

·                     Kata yang bersifat pelbagai jenis (heterogen) – tidak boleh jadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik (FN/FK/FA)
·                     Hadir dalam ayat, klausa @ frasa
·                     Mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu
JENIS KT
DEFINISI
CONTOH
Kata hubung
Dan, lalu, malahan, yang, bahawa, kerana
Hubung 2 binaan ayat
AMC
AMP
1.                   Aminah mengemas rumah   dan ibunya membasuh kain.
2.                   Budak yang sedangmembaca itu adik saya
Kata seru
Aduh, cis, amboi
Lahirkan perasaan
1.                   Aduh, sakitnya kakiku !
2.                   Amboi, comelnya bayi itu !
Kata Tanya
ASIBIDIBAM
Tanya / soal
1.       Apakah yang ada dalam kotak itu ?
Kata perintah
Jangan, usah, minta, harap, tolong
Tindakbalas – perintah, arahan, larangan, silaan, permintaan
1.       Jangan buang sampah di sini.
2.       Sila ambil makanan di sana.
3.       Tolong temankan adik saya.
Kata pembenar
Ya, benar, betul
mengesahkan
1.       Ya, itulah orangnya.
2.       Betul, kamilah yang menjaga budak itu.
Kata pangkal ayat
Maka, adapun, sebermula
Depan ayat
1.       Maka panglima itu pun diberi persalinan.
2.       Hatta istana itu pun siaplah.
Kata Bantu
·                     Telah, sedang, masih
·                     Hendak, mahu, patut, dapat, mesti, mungkin
Aspek – masa
1.       Pekerja itu sudah pulang.
2.       Ahmad akan ke sana esok.
Ragam - perasaan
1.       Kanak-kanak itu hendakmakan.
2.       Dia patut datang bulan lalu.
Kata penguat
·                     Terlalu, makin, agak, paling, cukup, kurang.
·                     Sekali, nian, betul, benar
·                     Amat, sungguh, sangat
Depan
1.       Masakan ibunya palingsedap
2.       Sungai itu agak dalam.
Belakang
1.       Indah nian istana bunian.
2.       Lambat benar bas itu tiba.
bebas
1.       Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.
2.       Pakaian seragam pasukan itu kemas amat.
Kata penegas
·                     Juga, jua, pun, lagi, hanya, memang
·                     -kah, -tah, -lah
Kata
1.       Hanya dia sahabat baik saya.
2.       Kami juga ingin ke pekan.
partikel
1.       Siapakah majikan kamu ?
2.       Itulah rumah idamanku.
Kata nafi
·                     Bukan
·                     Tidak
·                     Bukan...tidak
Bukan (FN / FSN )
1.       Projek itu bukan usaha saya.
2.       Makanan itu bukan untuk Ratna.
Tidak   (FK / FA)
1.       Bapanya tidak turun ke sawah hari ini
2.       Kenyataan itu tidak benar.
Bukan (FK/FA) pertentangan maklumat
1.       Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja
2.       Pak Ali bukan kaya sangat, tetapi pemurah orangnya.
Kata pemeri
·                     Ialah
·                     adalah
Ialah + FN
Adalah + FA
Adalah + FSN
1.       Bahasa Melayu ialahsalah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia.
2.       Makanan seimbangadalah baik untuk kesihatan badan
3.       Sumbangan besar beliauadalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar.
Kata arah
tepi, belakang
atas, bawah, sisi, selatan, timur dll.
Hala


1.       Buku itu ada di atas meja.
2.       Mereka menuju ke tengahpadang.
Kata bilangan
Tentu (kardinal)
dua, seratus
1.       Dua hari lagi, saya akan berangkat ke Itali.
Tak tentu
segala, semua, beberapa
1.       Segala persiapan telah dibuat.
himpunan
beratus-ratus, berguni-guni, ketiga-tiga
1.       Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjara.

pisahan
masing-masing, tiap-tiap
1.       Setiap orang dikehendaki mengisi borang penyertaan.
pecahan
setengah, dua per tiga
1.       Setengah hartanya akan diserahkan kepada rumah anak yatim.
Kata penekan
nya
Beri penegasan
1.       Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
Kata pembenda
nya
Bukan KN jadi KN
1.       Lajunya ialah 100 km sejam.

KATA SENDI NAMA   
- Letaknya dihadapan FN
KSN
Definisi
Contoh
di
 tunjukkan tempat
1.       Ibunya bekerja di sekolah itu.
ke
1. tunjukkan tempat
   @ arah yang dituju
2. tunjukkan
    masa/waktu
1.       Mereka akan ke Kuantan esok.
2.       Burung-burung itu terbang ke arah selatan.
3.       Ali menunggu emaknya di perhentian bas dari pagi ke petang.
dari
tunjukkan arah, tempat @ waktu/masa
1.       Angin kencang bertiup dari arah selatan.
2.       Bola itu ditendang dari penjuru padang.
3.       Temoh pembayaran bermula dari pukul sembilan pagi.
daripada
1.       menyatakan punca bagi
manusia/haiwan/benda/unsur mujarad.
1.       Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya.
2.       Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah.
2. sumber / asal kejadian
1. Ukiran itu diperbuat
    daripada logam.
3. perbandingan / perbezaan
1. Edisi kedua buku itu lebih
    lengkap daripada edisi
    pertama.
kepada
1. menyatakan sasaran manusia/institusi, haiwan dan unsur mujarad
1.       Sila kembalikan borang itu kepada kerani pejabat ini.
2.       Sisa makanan itu diberikan kepada kucing.
3.       Pastikanlah anak-anak anda tidak terdedah kepada bahaya dadah.
2. menyatakan pecahan
1. Peserta bengkel itu
    dibahagiakan kepada dua
    kumpulan.
3. menyatakan perubahan keadaan
1. Suhu badannya meningkat kepada 39ºC
pada
1. menunjukkan keterangan waktu/tempat
1. Bas kami bertolah pada pukul
    tujuh pagi.
2. ada pada
1. Wang itu ada pada ibu.
3. menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja
1. Layang-layang itu tersangkut
    pada tiang telefon.
4. digunakan pada ungkapan
1. Pada pandangan saya, kisah
    itu hanyalah khayalan.
untuk/bagi
1. tunjukkan kegunaan sesuatu
1. Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.
untuk
menyatakan bahagian yang ditentukan
1.       Hadiah itu untukmu.
2.       Tanah seluas dua ekar itu untuk kamu.
demi
tujuan
1.       Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara.
unsur penegas
1.       Demi Allah, aku tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu.
tentang
(mengenai)
membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu/umum @ mujarad
1.       Mereka berbincangtentang masalah negara.
2.       Kami berbual tentangkejadianrompakan itu.
terhadap
rujukan penyambut tentu (haiwan/manusia/benda)
1.       Seseorang ketua harus bersikap adil terhadapanak buahnya.
2.       Tawas akan bertindakbalas terhadapkotoran dalam air.
seperti/bagai/
umpama/
laksana
perbandingan
1.       Pemuda itu berlagak ...orang kaya.
2.       Pasangan mempelai itu ...pinang dibelah dua.
dengan
1. maksud bersama2/beserta
1. Ayah pergi ke pekan
   dengan ibu.
2. cara sesuatu dilakukan
1. Dia menyambut tetamu itu dengan hati terbuka.
3. mamakai/menggunakan
1. Ani melukis potret itu
    dengan cat air.
4. perbandingan yang serupa/sama
1. Warna bajunya sama biru dengan warna bajuku.
sejak/semenjak
penanda waktu/masa
1. Hasnah sugul sejak kematian ibunya.
akan
merujuk manusia (penggunaannya mesti didahului KA emotif
1.      Wanita itu amat rindu akan anaknya.
2.      Anak raja itu berahi akan Tuan Puteri Bongsu.
oleh
ayat pasif (di-.../ter-.../kena
1.       Kuih itu dibeli olehnya
2.       Buku Pelita Bahasa terkarang oleh Za’ba.
3.       Pencuri itu kena tangkap oleh polis.
membawa maksud sebab
(asalnya oleh sebab)
boleh guna ”lantaran”
1.       Ia mati oleh senjatanya sendiri.
hingga/sampai
membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu @ tempat
1.       Pegawai itu berjaga sampai pagi.
2.       Anak-anaknya belajar hingga peringkat universiti
dalam/antara
berfungsi sebagai kata arah
(tiada ruang/tiada jarak)
1.       Dalam hal ini, kita semua setuju
2.       Tiada perbezaan yang besar antara pendapatnya dengan pendapat saya